Friday, June 29, 2012

Bila pendek tajam, bila panjang bukan main ganas

Salam  Malam Sabtu.

Baru balik dari Seksyen 20, tiba2 saya ingin bercerita tentang mentaliti orang kita. Sambil makan sate, ada lelaki buta dengan wanita normal, orang asing meminta sedekah dengan menghulurkan kertas-kertas kecil doa yang dilaminate dengan plastik. Haitan saya kenapa pengemis asing ini tetap berleluasa di Malaysia. Ada jugak yang menghulur duit dan mereka di hulurkan dengan kertas2 doa tersebut. Ramai juga yang menghulur maklumlah taraf hidup penduduk kita bertambah.

Di belakang saya, 3 orang nurse dari hospiotal swasta berhampiran sedang makan. Perbualan mereka tentang pesakit HIV yang datang ambil rawatan ke hospital mereka.
A: Aku kesian tengok balak tu, punyalah macho tapi kena HIV pulak.
B: Nanti kau tunjukkan kat aku.
A: Sorrylah aku takkan benarkan diri aku buat macam tu. Aku tak sampai hati kalau orang lain tau tentang penyakit dia. Semua info dia orang tu rahsia tau.
C: Aku sokong ko...kesian sangat2 kalau identiti mereka didedahkan. Itu mereka masih hidup. Dugaan mereka besar, paling sedih kalau masa meninggal. Tapi aku rasa nak suggestlah kalau masa mandi jenazah mereka kita buat secara low profile.
A: Aku ada baca jugak tentang tu, tapi tak sampai hati nak baca sampai habis. Sedih hati aku.
C: Aku harap setiap Hospital Besar, Daerah dan Pusat2 Kesihatan ada pasukan terlatih dalam pengendalian jenazah mereka. Ada SOP yang lebih tertutup jadi orang luar tak tahu yang meninggal itu penyakit HIV.
A; Kenapa Saintis tak jumpa lagi ubat HIV yek?
B: Mungkin Allah nak duga manusia, kalau tak ada penyakit tu manusia leka bila ada manusia jaga2 takut sebab ubatnya hanya maut.
A: jom...kena punch ni.

Ketiga3 mereka beredar dan si B terlanggar kerusi Along, Along merungut bila mereka dah jauh sikit. "Macammana dia jadi nurse, ganas macam tu". along tak sedar muka dia sendiri lebih ganas dari nurse tu" Kalau tak percaya tengok gambar ni, bila rambut panjang Along nampak garang sangat.
Garangnya Along...tapi dia bukan Ah Long
Rambut pendek  tak nampak garang tapi tajam...
Baju sama lokasi berbeza, makanan berbeza hanya orangnya yang sama. Kadang2 Along garang jugak, banyak masa Along baik, 25% garang, 75% baik. Still kadar baik Along A tapi A minus. Tapi kalau boleh Along naikkan  ke A plus. Along mesti jadi lebih penyabar lagi...usaha betul2 untuk SPM, mak doakan Along dapat masuk UPNM., Ameen. Kawan2 yang sudi membaca, doakan sama ye. Terimakasih, semuga hidup kita semua di berkati.

26 comments:

  1. Replies
    1. Ya betul CR, perunding imej yang baik. Tkasih

      Delete
  2. InsyaAllah, Along akan mencapai kejayaan dalam hidupnya. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih kakcik atas doa yang sentiasa baik kepada semua sahabat

      Delete
  3. tajam betul pendengaran akak bleh dengar nurse2 tu bersembang atau diorang sembang kuat2 ..heheheeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ME,
      Belakang dia orang dekat...bertemupun kedai makan tu sekangkang kera aje...bs body betul akak ni taoi akak baru tahu pasal pengurusan jenazah hiv macam tu.

      Delete
  4. InsyaAllah......saya pun ikut mendoakan along ni...:)

    ReplyDelete
  5. t kasih atas keprihatinan,

    bagi saya simple sahaja,
    kematian itu pasti.
    boleh berlaku dgn pelbagai punca dan sebab.
    yg penting pandangan Allah.
    jika mati dengan penghormatan negara sekalipu,tanpa iman di dada tiada maknanya.

    p/s- kadang2 saya suka berambut pendek terpacak. selesa diurus dan seronok bila digosok. terasa tajam mencucuk tangan. ngeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. AHP,

      Jangan risau ramai dari non PLHIV memahami situasi anda sekelian. Kami tidak berhak hukum anda malahan kami berbangga dengan ketabahan anda semua...bolehkan kita bersahabat?

      Delete
  6. staff nurse KPJ Shah Alam ke? :)
    memang ada dedicated team/pasukan terlatih di hospital kerajaan yang akan uruskan jenazah mereka yg meninggal kerana AIDS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sih doctor tekaan yang sangat tepat. Tkasih

      Delete
  7. semoga Along berjaya dengn cemerlang dalam exam nanti....InsyaAllah...

    ReplyDelete
  8. Suka tengok Along dengan rambut pendek, kemas & encem, hehe. Saya doakan semoga Along berjaya dengan cemerlang dalam SPM nanti, amin.

    Bagus betul nurse2 tu jaga privasi pesakit, alhamdulillah. Sangat berwibawa & bertanggungjawab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Ameen. Respect saya pada nurse muda2 tu.

      Delete
  9. Insyaallah, usaha tangga kejayaan kan? =)
    Anak teruna dah besar!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasin Ren Din,
      Tkasih sdui komen & for doa.

      Delete
  10. Yang menderita di dunia, dengan izin Allah, mungkin bahagia di akhirat. Demikian juga sebaliknya. Alangkah untungnya kita jika diizinkan-Nya bahagia di dunia dan akhirat.

    Semoga Along berjaya dan bahagia di dunia dan akhirat. Insya-Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu,

      Terima kasih atas kata2 yang begitu baik memberi semangat kepada semua. Tkasih atas doa.

      Delete
  11. hehe.. utg la masuk upnm. dulu lepas dari RMC L nak apply upnm tapi parent L suruh L jadi ceghu..tu yg bakal jadi ceghu la nih...semoga berjaya.. =D

    jom baca kejap..=)
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/06/bapa-juta-dah-mu-derma.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. L, tkasih. Auntie doakan L terus berjaya. Nanti auntie baca ye..

      Delete
  12. saya setuju dgn kata2 nurse tu.
    masa mandikan pesakit HIV lebih baik dibuat di spital dgn prosedur tertutup..kesian ahli keluarga mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akupun stuju Irfa...kesian dia orang

      Delete
    2. Irfa sorry anyway nak tulis akakpun setuju...rude betul..

      Delete