Monday, June 4, 2012

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN KALAU

Salam.

Hari ini lunch dengan member kat gerai dalam kawasan masjid negeri shah alam. Bercerita tentang seorang insan yang agak lemah dari segi daya ketahanan hidupnya, mudah diperdayakan oleh orang lain asalkan orang2 tersebut menunjukkan kasih sayang terhadap dirinya.
Gambar hanya hiasan semata-mata

Kata member saya kalaulah dulu dia mendengar nasihat keluarga, pasti hidup dia selamat...
Kata member saya kalaulah dulu dia elakkan diri terjebak jauh, pasti hidup dia bahagia
Kata member saya kalaulah dulu dia pandai membawa diri, pasti hidup tidak dihina
Kata member saya kalaulah dulu dia bijak membuat penilaian, pasti hidup berharta
Kata member saya kalaulah dulu dia berusaha dalam kerjaya, pasti kini dia berjaya.

Sahabat, jangan gunakan perkataan kalau kerana ia telah terjadi, bukan sekali dia ditipu mentah2, pertama kali oleh seorang lelaki tua, kekasih gelap yang tugasnya hanya menipu & mengikis namun tiada nilai pengajaran. Kedua seorang lelaki beristeri dua, melayan lelaki tersebut bertahun tapi hubungan tersebut tidak kemana2, dia hanya dipergunakan semata2 namun masih tiada nilai pengajaran. Ketiga, berhubung rapat dengan kawan wanita sebaya, terpedaya dengan mulut manis, pujuk rayu teman, buang ibubapa, buang keluarga, buang saudara mara, buang segala. Penipuan selama bertahun2 hanya terbongkar apabila Allah turunkan bala, stroke tetapi sampai ke hari ini masih tiada nilai pengajaran. Kini, Allah tarik keupayaan deria, Allah tarik punca rezeki, sehelai sepinggang, kini hanya harapkan ihsan keluarga, pilu hati saya melihatnya tapi saya hanya mampu berdoa.

Khas buat pembaca yang sudi berkongsi pendapat dan pandangan, nasihat saya perkataan KALAU tidak perlu disebut kerana sudah terlewat. KALAU lebih baik diganti dengan MESTI kerana apabila berlaku sesuatu perkara buruk, kita MESTI ambil pengajaran darinya, kita MESTI muhasabah diri, kita MESTI dekatkan diri pada ALLAH, kita MESTI berbaik2 dengan keluarga dan saudara mara...Menangis Airmata Darah sekalipun semuanya dah terjadi dengan izin Allah. Semoga Allah sentiasa melindungi diri kita, anak2 kita, keluarga kita bertemu dengan insan2 berakhlak serendah itu, semoga kita dan mereka semua sentiasa dilindungiNYA, InsyaALLAH...Ameen

22 comments:

  1. tak berapa elok sebenarnya selalu ber KALAU ni
    silap2 boleh goyang pendirian dan aqidah
    maklum lah - seolah2 kita meragui ketetapan Ilahi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkasih m.a.m, memang betul sgt apa yg m.m.m cakap, jadi kita kena berhati2.

      Delete
  2. betul tu,
    saya pun pernah dengar....x elok...

    tapi kadangkala kita selalu terlupa,
    mcm tu la jugak saya ni...
    semoga kita sentiasa mngingatkan sesama kita...=))

    mekasih singgah blog saya=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih kembali, sudi singgah blog makcik2 ni...kalau bandingkan dengan Aine Ainun, malu besar akak.

      Delete
  3. Ya betul tu, tak elok kita ber'kalau' dalam kehidupan ni. Tapi itulah, saya pun kadang2 lupa, tercakap jugak. Kena selalu beringat nih. Terima kasih ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak setuju sangat dinas...adakala terlupa...

      Delete
  4. iye betul tu..tak elok ber 'kalau' benda dah jadi..macam kita tak suka pada ketentuan Allah pulak kan..macam menyesal apa yang Allah berikan..yang eloknya pada saya ialah..berfikir dan timbangkan dulu sesuatu perkara yang nak kita buat..bak kata org beringat dulu ..:) pendapat saya je la :)
    salam perkenalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih saniah sudi singgah...akak setuju sgt2 dgn pendapat saniah...

      Delete
  5. As salam Mak Wardah,

    Semoga kita lebih memberi, mendengar dan berkasih sayang hari ini... Kesian pada dia... Doa yg baik2 juga buat si dia...:)

    Salam perkenalan kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih MY. Betul sgt pendapat MY, sama2 doakan yang terbaik

      Delete
  6. 'kalau' ni perkataan syaitan...
    menggunakan perkataan ni seolah2 kita tak pernah bersyukur dengan apa yang Allah dah bagi pada kita.....

    semoga sahabat akak cepat sembuh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih eita, mudah-mudahan segalanya di permudahkan Allah.

      Delete
  7. moga beliau insaf & mengambil iktibar atas semua yang dah berlaku..

    sebusuk-busuk keluarga yang kita buang..keluarga itulah yang akan membantu kita bila kita memerlukan pertolongan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, Nini. Walaupun beliau buang mereka tapi keluarga lah yang berkorban untuk beliau walaupun mereka pernah terkorban dulu dengan sikap belaiu. Sampai hari ini, dia bencikan keluarga...doakan pintu hatinya terbuka untuk bertaubat...dan kembali ke jalan Allah

      Delete
  8. setiap pengajaran yang kita dapat patut dijadikan iktibar untuk kita berubah kepada lebih baik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih Liza, akak setuju dengan pendapat Liza.

      Delete
  9. betul tu tak elok kalau kita cakap kalau, setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya... insyaAllah... salam kenal juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih kembali Hanis. Yelah sama2 kita elakkan perkara yang boleh mengganggu akidah

      Delete
  10. baca sbg peringatan utk diri sendiri
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah Irfa, kita manusia tidak sempurna

      Delete
  11. Sama2x lah elakkan dr perkara yg bleh m'ybbkn akidah runtuh..
    terima ksh diats p'kgsian entry ini..

    ReplyDelete