Sunday, June 3, 2012

Yang Ikhlas Itu Budi, Yang Indah Pula Bahasa

Salam.

Seminggu bercuti bersama keluarga di kampung, saya mengambil kesempatan berehat sepuas2 hati saya. anak2 pula saya galakkan berkunjung kerumah2 saudara mara yang mengadakan kenduri perkahwinan, cukur jambul & sebagainya. Anak2 buah saya mengambil kesempatan mengajak mereka bermain permainan tradisional seperti galah panjang, tuju tin dan kejar2. Disini saya paparkan kerenah anak2 tatkala bermain permainan ini.
Rumput di halaman rumah panjang kerana belum dimesin, cara mereka bermain menggelikan hati kerana ada pasukan terpaksa menyerap masuk 2 pemain bawah umur iatu amjad dan adam.
Wardah satu team dengan amjad & adam, apa nak kata kalah teruklah jawabnya. Berakhir dengan amjad menangis tak dapat pegang bola.
Wajah kecewa amjad bila kalah main tuju tin...dipujuk afif tapi tak berkesan. Amjad memang tak ada semangat kesukanan.

Di majlis perkahwinan pula si along asyik kata panas tapi memang panas di rumah kenduri tersebut di Felda Sungai Kemahal di Triang Pahang. Kata Amjad kenapa dia orang tahan panas, tak pasang kipas dengan alasan kalau panas dia kena berlari untuk dapatkan angin dan jadi sejuk.
Saya jadi mangsa paparazzi Adam Lutfi yang nakal. Kerana panas yang terlampau, kami gunakan pinggan sebagai kipas. Paling kelakar bila adam warning semua perempuan jangan pakai highheel kalau kenduri kat kg...
Nah...lain kali dengar cakap Adam, keadaan tanah yang berbatu menyukarkan saya mengambil pinggan untuk dijadikan kipas dan kemenangan kepada adam bahawa teori dia betul. Nadhir, Wardah & Ooah dah ready dengan kipas masing2.
Aduh rombongan kami kepanasan, ini satu lagi mangsa ketiadaan angin. Rombongan saya juga ni...
Aduhh...betul2 kepanasan...kata amjad kalau kat neraka macam mana???
Nostalgia....di rumah Felda, kepanasan...mencari tiupan angin
Amjad si rabbit yang comel...penat along dgn kiki control adam dgn amjad yg kepanasan...
Mengabadikan kenangan di rumah Felda tetapi senyuman amjad menyejukkan hati saya. Afif dah basah kuyup dan tukar baju
Gambar kenangan dengan ibu saudara yang hanya saya temui mungkin setahun sekali, menjadikan tanah rancangan sebagai punca pendapatan keluarga mereka. Rombongan kami di bahagian kiri gambar, perkahwinan sepupu lelaki ini adalah kunjungi saya selepas 7 tahun yang lepas tetapi ibu saudara saya rupa parasnya tetap sama. Mungkin saya perlu tukar jenama kosmetik agaknya ataupun bertukar kerjaya dari principal consultant dengan mengambil alih tugas mereka...apapun saya bahagia menjadi kerana menjadi diri saya sendiri...Ingat pesanan arwah ibu, miskin jangan dihina, kaya jangan dipuja kerana yang ikhlas itu budi, yang indah pula bahasa. Saya menjunjung pesan arwah ibubapa saya selagi hayat dikandung badan.






8 comments:

  1. Kesian tengok muka Amjad sedih tu haa. Seronok dapat jumpa saudara mara & bergambar ramai2 gitu :)

    ReplyDelete
  2. Yela, amjad tak faham macam mana nak main tuju tin tu...dia asyik nak pegang bola aje dinas, penat akak ajar bola kena baling kat gang lawan...last2 dia menangis tapi lepas tu ketawa pulak sebab dia terkentut...

    ReplyDelete
  3. seronok tgk budak2 tu ...
    mmg tak dinafikan kalau balik kampung mmg terasa bahang panasnya ...
    kena standby dok dalam keta on aircond jap ;p

    tapi teringat dulu zaman kecik2 kat kampung tu tak terasa plak main panas terik ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ME, tkasih sudi baca & komen. Sekarang lg dah tak ada pokok2 lagi...Kehidupan dah berubah...budak2 kgpun dah tak tahu permainan tradisional lagi

      Delete
  4. btol kak..tak semestinya yg kaya itu KAYA budi bahasa..dan tak semestinya yang miskin itu MISKIN dengan senyuman & kasih sayang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih Nini. Betul Nini akak setuju sgt2.

      Delete
  5. jumaat ni saya akan ke pahang.ada kenduri sepupu yg dah berbelas tahun tak jumpa.kali ni cuba utk hadirkan diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Irfa, sama2 kita merapatkan silaturrahim. Hati2 memandu, semuga selamat sampai ke destinasi dgn selamat.

      Delete