Sempena Ramadhan semua.
Hari ini saya mengemas album2 lama, melihat gambar anak2, saya terasa jauh saya ditinggalkan. Kalau dulu saya boleh gunakan kuasa veto saya sebagai ibu, menentukan pakaian raya mereka tapi kini mereka ada pilihan dan identiti mereka sendiri.
Gambar ini semasa Along berumur 10 tahun & Wardah 8 tahun, 100% saya jadi perunding imej mereka.
Hari ini mereka menentukan halatuju identiti mereka dan saya terpaksa ikut dengan syarat2 tertentu. Mereka memilih berdasarkan trend semasa, keselesaan dan identiti merekea tetapi saya ada spec yang mereka mesti penuhi. Saya ibu yang agak tegas tentang hal berpakaian , boleh beli branded tapi mesti sopan dan bersesuaian. Alhamdulillah, anak perempuan saya masih boleh dikawal dari segi berpakaian dan pergaulan. Saya mesti tegas sebab saya bekerja, saya mesti tahu kemna kemana dan dimana mereka berada dan dengan siapa. Saya akui saya amat cerewet walaupun saya yakin mereka dah boleh bezakan buruk dan baik. Paling teruk anak saya tidak solat terawih tanpa orangtua bersama. Terukkan saya...sebab saya tidak mahu mereka menghabiskan masa sia2 di surau.
Along masa umur 4 bulan, maaf kualiti ganbar kurang baik tetapi sekarang Along dah hampir 17 tahun. Sekejap betul masa, dia jauh meninggalkan saya dari segi ketinggian dan pengetahuan. Along walaupun nampak garang tapi pengasih orangnya, sayangkan adek2 serta sentiasa adil.
Gambar Wardah umur 4 bulan, muka masam sebab dia penakut dengan orang lain, sekarang dia sangat jauh meninggalkan saya dari segi ketinggian tetapi pengetahuan saya lebih baik lagi. Antara kedua2 anak ini sangat berbeza. Along tidak pernah menonton cerekarama, sinetron, Af dan sebagainya hanya National Geogaphic dan semasa dengannya tetapi Wardah meminati apa yang along tidak berminat. Along kurang suka masakan kampung tetapi itu favourite Wardah. Along tidak pernah membaca novel Melayu lebih suka novel English tetapi Wardah peminat setia Hanis Azla, dan novel2 tempatan. Along pandai mengemas rumah tetapi Wardah pandai memasak. Along banyak bertutur bahasa Malaysia campur English tetapi Wardah lebih banyak bertutur English. Along memilih kawan tetapi Wardah bergaul dengan semua orang. Along menzahirkan apa yang terpendam tetapi Wardah hanya memendamnya. Persamaannya mereka pengasih kepada adek2 angkat mereka, pengasih kepada saya terutama Along selalu melindungi saya dan Wardah. Kedua2nya akan memberikan pendapat secara jujur dan telus, tahan telinga aje untuk mendengar. Kaedah kelahiran mereka juga berbeza, Along secara normal Wardah secara pembedahan, hanya tempat dan doktor yang sama.
Apabila saya melihat mereka menunaikan solat, saya berdoa walaupun satu hari nanti mereka akan pergi dari saya untuk masa depan mereka, rukun Islam mereka sentiasa lekat dihati. Tanpa amalan walaupun berilmu hidup tidak bermakna.
Ya Allah, sebagai ibu yang mengandung dan melahirkan mereka, saya sentiasa ampunkan setiap silap dan salah mereka, semoga mereka sentiasa diberi petunjuk dan hidayahMU, diberkati dan berjaya di Akhirat dan DuniaMU, Lindungilah mereka Ya Allah. Ameen.