Thursday, July 26, 2012

Terbang kesana kesini

Salam.

Semalam, saya ke Kota Bharu atas urusan tugas, Alhamdulillah Allah ketemukan saya dengan orang baik2 yang berbudi tinggi, berhemah dan rendah hati. Bangga saya berjumpa mereka yang begini.
Pagi hari dengan Limo saya sudah bergerak ke Airport, Pukul 6:00 tepat Limo sudah menunggu saya.
Perjalanan hampir sejam, saya boring, tak de kerja ambil gambar pemandangan dari udara di Kota Bharu. Sampai2 saya ambil teksi direct ke pejabat negeri. Alhamdulillah, Pakcik teksi tu sangat baik orangnya. Saya masuk2 teksi dia kata "bismillahhirrohmannirrohim" bagi salam. Sepanjang perjalanan dia berbual dengan penuh sopan dan berhemah. Moga rezeki pakcik ni selalu dimurahkan Tuhan. Sampai2 di pejabat negeri saya ucapkan terima kasih & beri salam. Dia jawab: Pak cik doakan semua urusan kamu di permudahkan Allah, Nak... Terkedu saya...bercampur terharu.
Saya ke sini, berbincang mengenai perkembangan lanjut pembinaan kilang Halal/GMP dan sekali lagi saya bertemu pasangan yang sangat berbudi tinggi, isterinya wanita yang dilahirkan dan dibesarkan di Kelantan, sweet rupa parasnya, suaminya orang Indonesia yang gigih berniaga tetapi bertutur dialek Kelantan version Indonesia. Tajwidnya dah lari, susah benar saya nak faham apa soalan yang beliau ajukan. Kawan saya orang Kelantan pun sukar memahami apatah lagi saya. Nak balik dia bagi saya satu bundle keropok percuma, saya tolak sebab saya tahu satu bundle harganya RM40 jadi saya bayar RM20 dan ambil bilangan yang sepatutnya.

Bila saya cadangkan proses menggunakan automation, pantas mereka menolak kerana mereka fikirkan pekerja mereka yang terdiri dari orang2 kampung, ibu2 tunggal dan mereka yang berpendapatan rendah akan kehilangan pekerjaan. Terkedu saya, panas muka, bodohnya saya hidup hanya menilai wang dan hasil jualan tetapi saya lupa tentang modal insan. Harap mereka tak perasan muka saya berubah...rasa nak menyorok dalam bungkusan keropok. Jarang kita jumpa mereka yang sedemikian. Saya pergi pula berjumpa supplier keropok mereka, juga baik hati budinya, kilang beliau ditepi laut, panas tetapi dek tugas kami gagahi juga.
Jemuran keropok yang pekerjanya terdiri dari orang kampung, dari Kota Bharu saya berkunjung ke Besut, Terengganu. Akhirnya, setelah mendapat maklumat yang saya perlukan, sempena Ramadhan yang mulia, saya beli 100 plus dan berbuka di Airport, terjumpa pula kawan lama seorang doktor pakar di Hospital Kota Bharu, berbincang pasal seorang blogger Alia Haryanie, menitik airmata kami sambil berbuka bersama2 sambil membaca blog beliau, hebat dugaan dihadapi oleh ibu tunggal muda ini. Kita doakan sama2 agar segala penderitaan dan bebanannya diringankan Allah.
KL saya pulang...Call anak2 manja saya, adek dah pergi tuition, Along kat rumah. Mak Ndak buat karipap sardin, ayam masak merah dan nasi biasa, air sirap limau. Saya bawak balik pulut panggang, "etok" macam remis sebab saya kesiankan pasangan suami isteri yang selalu bertanya saya peluang2 perniagaan dan InsyaAllah akan saya bantu nanti, saya bayar mereka marah2 saya, siapkan satu kilo serunding tapi saya tolak, saya hanya ambil daging kerutubnya lima ketul dan saya bagi RM10. Mereka marah2 saya tetapi saya pekakkan telinga. Saya siapkan duit raya mereka sekali, lagilah mereka marah saya. Harapan saya mereka akan sentiasa sihat dan mampu meneruskan perniagaan mereka. Tiada tangan yang dapat menghasilkan serunding dan masakan asli yang enak sebegitu. Makcik, pakcik jangan marah, saya bayar sebab saya hargai titik peluh pakcik makcik, saya bagi duit raya kerana kebaikan pakcik makcik terhadap saya, tidak akan terbalas didunia ini, hanya Allah yang akan membalasnya.

Alhamdulillah, InsyaAllah, minggu depan saya akan terbang lagi...


12 comments:

  1. Org Kelantan mmg mcm tu. Kalau diziarahi, mereka selalunya akan dibekalkan apa yg ada utk tetamu bawa pulang.
    :p

    ReplyDelete
  2. Pertama kali saya ke KB tahun lepas. Sangat menenangkan. Rasa ingin pergi lagi. Tambahan memang ada sahabat baik di sana. Moga Mak Wardah juga dimurahkan rezeki kerana sentiasa bermurah hati membantu orang lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih Aidah, mudah2an kita semua sama2 diberkati.

      Delete
  3. Ini entri kedua saya baca malam ni yg buat saya rasa terharu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih Dinas, saya amat terharu dengan keikhlasan mereka.

      Delete
  4. salam MW..
    semoga kebaikan yg dihulur mendapat ganjaran dariNya..saya masih berbangga menjadi rakyat malaysia kerana ramai lagi warganya yg berbudi dan pemurah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih Ieja, semuga kita sama2 diberkati, akakpun amat bersyukur dan berbangga dilahirkan di Malaysia.

      Delete
  5. Pak cik doakan semua urusan kamu di permudahkan Allah, Nak...

    satu baris perkataan yang sangat mudah untuk dituturkan tapau sukar bagi kebanyakan kita utuk luahkan secara ikhlaskan.

    Kota Baharu ada beberapa kali saya pergi direct naik bus dari JB ada sekali curi masuk ke Thailand menyeberangi sungai sahaja nak rasa pengalaman masuk curi secara haram - Hmmmm Sg Golok kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Najmi,
      Apa kata kita jadikan amalan berdoa dengan penuh keikhlasan. Tak susahpun.
      Pernah juga sekali dengan kawan2 naik perahu lalu sungai Golok ramai2 dengan office mates lelaki, kalau perempuan aje bahaya, silap2 boleh jadi penghuni rumah kaca. Alhamdulillah semua okay

      Delete
  6. saya baca dengan perasaan sebak.adakah kerana mak wardah bercerita ttg org negeri saya membuatkan saya lebih tersentuh?ye..barangkali

    kat opis ni ramai akan order serunding daging dr kelantan.katanya sedap w,pun sedikit mahal

    selalu terbang dr klia ke?bila kita boleh jumpa?hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye irfa dari klia...InsyaAllah nanti boleh jumpa

      Delete