Sunday, July 8, 2012

Penangan Doraemon

Salam Ahad.

Setiap Sabtu Along mesti standby depan TV hanya untuk Doraemon. Masuk Maghrib, terus solat lepas tu erpacak kat depan TV. Kalah solat kusyuknya, kalau nak ajak ke pasar malam kena tunggu habis Doraemon. Seingat saya, sebaik sahaja Along pandai membaca dalam usia 4 tahun, Doraemon menjadi rancangan TV favourite Along. Bermakna 13 tahun usia Along menjadi hamba Doraemon. Jumlah komik yang pertama dia beli sehingga umur 13 tahun sahaja hampir 2 rak, tak termasuk CD bermakna banyak pelaburan Along kepada Doraemon. Kesetiaan Along kepada Doraemon sehingga kini tidak pernah tergugat dengan program2 lain.

Watak2 Nobita, Sinyu, Sizuka dan Giant karakter yang tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Kadang2 saya terfikir kenapa watak2 ini melekat kuat kat dalam otak Along. Kadang2 lepas Maghrib sayapun tumpang tengok, saya cuba mencari puncanya. Inovasi2 yang dilakukan oleh Doraemon adakalanya menyusahkan diri sendiri. Suara2 alihbahasa yang comel mungkin salah satu daya tarikan. Ini adalah findings saya kenapa Along sangat2 tertarik. Saya senaraikan satu persatu:-
1. Rekacipta & Innovasi
Along berminat dengan bidang Sains dan rekabentuk sejak dari kecil. Saya masih simpan lukisan kereta pertama Along semasa umurnya 3 tahun. Along Atomen Car. Berfungsi di darat, diair dan diudara. Doraemon ada karakter ini. Explore kehidupan dengan pelbagai cara dan sekaligus suka membantu Nobita dalam menghadapi masalah hariannya. Alongpun suka berkawan dan selalu membantu kawan (yang dia suka sahaja)
2. Kelucuan
Along minat rancangan lawak dan Along minat kumpulan Sepah. Walaupun muka Along serius tetapi Along suka berlawak dengan keluarga rapat dan kawan2. 
3. Kecomelan
Along tertarik dengan kecomelan watak2 yang ada di dalam Doraemon. Lukisan komik yang comel menarik minat Along untuk menontonnya, Along akan tersenyum lebar bila tengok Nobita menangis seperti air pancut, rumah Nobita yang simple dan kemas. Makanan Dorashi pun Along suka beli.
4. Idea2 Doraemon dalam mencari penyelesaian masalah, adakalanya salah tetapi pasti ada jalan penyelesaiannya. Along akan sentiasa memastikan setaip permasalahan dan penyelesaian Doraemon mesti ada kaitan dengan fakta Sains.
5. Semangat setiakawan yang wujud dalam Doraemon, iannya wujud dikalangan Along dan persekitarannya. Along ada sahabat karib yang sejak dari kecil sehingga hari ini.


Along adalah penggalak utama saya dalam membuka blog kerana Along adalah insan yang paling bangga bila saya ada pengikut di Blog ini. Hari ini saya turut di jadikan karakter Doraemon sebab bila saya buka blog sahabat saya Naj Mi yang bertajuk kebaikan berbasikal, Along kata uncle Naj Mi update entry tersebut khas untuk saya. Peringatan agar saya dari Doremon jangan jadi Giant...@ emak Giant. Insya Allah saya nak jadi Sizuka, hehehe...Along ketawa bila saya jawab macam tu.


Anak2 tuan puan pun suka Doraemon, jom kita berkongsi Program kegemaran anak2. Program yang diikuti lebih dari 5 tahun, bermakna mereka setia kepada program ini. Mungkin tuan puan ada cerita yang lebih seronok untuk dikongsi.


Ya Allah, permudahkan segala urusan kami di duniamu ini, peliharalah iman kami, peliharalah takwa kami, pelihara keluarga kami, Ya Allah, aku memohon kenerkatan sahabat2 ku akan sentiasa diberkati dan dilindungi oleh MU. Ameen.

26 comments:

  1. Baru berkesempatan singgah disini, masih tak pasti siapa along? Anak ? Suami? Tak pa lah yang pasti seseorang yang amat disayangi oleh Mak Wardah kan. Apa-apa pun thanks kerana selalu meninggalkan komen yang bernas di blog saya Terimakasih atas galakan dan sokongan dari jauh :)

    ReplyDelete
  2. My only son Naj Mi, tkasih juga. Komen bernas tu rasanya tak delah tapi galakan dan sokongan tu rasa betul. Blog u tu worth sharing...

    ReplyDelete
  3. Salam. Akak, anakku suka byk sgt kartun...! Yg mampu TPJ ikut ada la dua, tiga.. Yg myself pon minat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TPJ, memang budak2 dengan kartun tidak boleh dipisahkan...dulu2 akak suka tengok teletubbies sama dgn wardah.

      Delete
    2. Teletubbies tu kak, TPJ teman adik bongsu tengok bertahun2 lamanya. Sampai TPJ pon dah perangai mcm teletubbies... Ngeh3x.. Auw Oooo...

      Delete
  4. doraemon mmg rancangan kartun yg plg glemer utk budak2 umur2 along tu rasanya kak ...

    untuk anak2 saya skrg ni layan upin ipin, boboiboy ... tp memasing kecik2 lg tak tahula mana rancangan yg plg diorg setia... ada plak kartun baru "pada zaman dahulu" ... semua keluaran "les copaque" juga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ME, memang betulpun tapi kesetiaan Along tu yang kelakar. Anak2 ME suka upinipin? sama macam amjad dengan adam. Itu kartun era baru...

      Delete
  5. Jgn biarkan budak2 terlalu leka dpn TV. Sesekali bwk makan angin.....lihat kesan sejarah dan tmpt2 menarik terutamanya di Melaka. Dan kalau perlukan homestay ketika berkunjung ke Melaka, hubungi saya. Insya-Allah saya blh membantu. http://jakmashomestay.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih Encik Muhalith, InsyaAllah akan kesana satu hari nanti.

      Delete
  6. Salam...
    Untungnya Along setia dengan Doraemon.
    Kartunnya agak sopan penggunaan bahasanya, walaupun dialih bahasa.
    Kalau dibandingkan dgn BoboiBoy, bahasa yg digunakan agar kasar utk tontonan kanak2.
    :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eey, tkasih sudi singgah, kadang2 tengok Alongpun dah jadi macam doraemon aje...hahaha

      Delete
  7. ika xde anak. hahhaa..
    tp ika sendiri yg minat katun doraemon nie ^^

    ReplyDelete
  8. my kids jugak suker tengok doraemon ni...
    tapi iols lagi suker layan shin chan - upin & ipin dan jugak ninja boys

    ehhh... tadi tanya pasal anak2 aje kan???
    ni... mama nya plak yg terlebih tengok kartun!
    hak hak hak

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.

    Setelah beberapa kali berulang alik ke blog ini, teringin juga saya mengajukan permohonan untuk disenaraikan dalam bloglist Mak Wardah. Ucapan jazakallah atas kesudian Mak Wardah dan Alhamdulillah juga kalau tidak disenaraikan.

    Saya bukan seorang yg rajin memberi komen, tapi memang rajin membaca dari blog ke blog.

    Sekadar makluman, blog Mak Wardah ini telah beberapa bulan tersenarai di blog saya tanpa dimaklumkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Tkasih sudi bersahabat. Kalau tak de fb macam mana nak follow?

      Delete
  10. Saya takda anak tapi anak sedara saya yg umur 4 tahun tu suka benor tengok Wonderpets & Dora the Explorer. Bahasa dia cakap pun ikut bahasa yg digunakan dalam siri2 kartun tu, kihkih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dinas, budak lelali comel tu? ooh suka dora budak perempuan rambut topi keledar tu? wonderpet yg suara keledar tu? pandai dia pilih kartun rupanya

      Delete
  11. saya pun sesekali layan jugak doraemon ni
    cuma pendapat saya kena pilih2 rancangan kartun utk tontotan ank2 krn ada yg saya perhati membawa pengaruh x elok..cakap kurang ajar,melucah dan sebagainya

    ReplyDelete
    Replies
    1. samalah Irfa....tkasih for your +ve commment

      Delete
  12. Salam Mak Wardah
    Anak Gina dulu suka sgt tgk Astro Ceria especially cerita yang dialih suara tu, siang malan dok layan cerita tu aje

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqvm Gina, actually kartun dgn budak2 tak boleh dipisahkan...Selamat Menyambut Ramadhan.

      Delete