Sempena Ramadhan semua.
Hari ini saya mengemas album2 lama, melihat gambar anak2, saya terasa jauh saya ditinggalkan. Kalau dulu saya boleh gunakan kuasa veto saya sebagai ibu, menentukan pakaian raya mereka tapi kini mereka ada pilihan dan identiti mereka sendiri.
Gambar ini semasa Along berumur 10 tahun & Wardah 8 tahun, 100% saya jadi perunding imej mereka.
Hari ini mereka menentukan halatuju identiti mereka dan saya terpaksa ikut dengan syarat2 tertentu. Mereka memilih berdasarkan trend semasa, keselesaan dan identiti merekea tetapi saya ada spec yang mereka mesti penuhi. Saya ibu yang agak tegas tentang hal berpakaian , boleh beli branded tapi mesti sopan dan bersesuaian. Alhamdulillah, anak perempuan saya masih boleh dikawal dari segi berpakaian dan pergaulan. Saya mesti tegas sebab saya bekerja, saya mesti tahu kemna kemana dan dimana mereka berada dan dengan siapa. Saya akui saya amat cerewet walaupun saya yakin mereka dah boleh bezakan buruk dan baik. Paling teruk anak saya tidak solat terawih tanpa orangtua bersama. Terukkan saya...sebab saya tidak mahu mereka menghabiskan masa sia2 di surau.
Along masa umur 4 bulan, maaf kualiti ganbar kurang baik tetapi sekarang Along dah hampir 17 tahun. Sekejap betul masa, dia jauh meninggalkan saya dari segi ketinggian dan pengetahuan. Along walaupun nampak garang tapi pengasih orangnya, sayangkan adek2 serta sentiasa adil.
Gambar Wardah umur 4 bulan, muka masam sebab dia penakut dengan orang lain, sekarang dia sangat jauh meninggalkan saya dari segi ketinggian tetapi pengetahuan saya lebih baik lagi. Antara kedua2 anak ini sangat berbeza. Along tidak pernah menonton cerekarama, sinetron, Af dan sebagainya hanya National Geogaphic dan semasa dengannya tetapi Wardah meminati apa yang along tidak berminat. Along kurang suka masakan kampung tetapi itu favourite Wardah. Along tidak pernah membaca novel Melayu lebih suka novel English tetapi Wardah peminat setia Hanis Azla, dan novel2 tempatan. Along pandai mengemas rumah tetapi Wardah pandai memasak. Along banyak bertutur bahasa Malaysia campur English tetapi Wardah lebih banyak bertutur English. Along memilih kawan tetapi Wardah bergaul dengan semua orang. Along menzahirkan apa yang terpendam tetapi Wardah hanya memendamnya. Persamaannya mereka pengasih kepada adek2 angkat mereka, pengasih kepada saya terutama Along selalu melindungi saya dan Wardah. Kedua2nya akan memberikan pendapat secara jujur dan telus, tahan telinga aje untuk mendengar. Kaedah kelahiran mereka juga berbeza, Along secara normal Wardah secara pembedahan, hanya tempat dan doktor yang sama.
Apabila saya melihat mereka menunaikan solat, saya berdoa walaupun satu hari nanti mereka akan pergi dari saya untuk masa depan mereka, rukun Islam mereka sentiasa lekat dihati. Tanpa amalan walaupun berilmu hidup tidak bermakna.
Ya Allah, sebagai ibu yang mengandung dan melahirkan mereka, saya sentiasa ampunkan setiap silap dan salah mereka, semoga mereka sentiasa diberi petunjuk dan hidayahMU, diberkati dan berjaya di Akhirat dan DuniaMU, Lindungilah mereka Ya Allah. Ameen.
Salam MW. Bila usia anak2 meningkat remaja begitulah mereka. Satu lagi, agak susah nak diajak berjalan ke mana2 dengan parents, menurut pengalaman kawan saya yg ada anak remaja.
ReplyDeleteErr MW, description tentang usia Along & Wardah dalam gambar ke2 & ke3 tu tersilap rasanya, mungkinkah masa tu mereka 4 tahun? Takkan 4 bulan kot dah nampak besar tu haa, hehe..
Memang betul Dinas, sebab mereka bersaiz besar masa dilahirkan. Wardah 4.3 kg, Along 3.99 kg. Memang semua orang ingat dia org budak besar, rezeki Allah dapat anak Hulk Hogan
Deletesatu hari nanti pun saya akan jadi seperti akak...
ReplyDeletesekarang dok mengulit anak2 <7yo ...
Betul ME,
DeleteCeaptkan masa...
anak saya kecik lagi...mereka juga akan besar nnti...sedihlak kalau diaorg dh bsr....mesti rindu zmn2 kanak2 diaorg kan kak...
ReplyDeleteSangat rindu zaman kecik mereka, boleh dibuli lagi tapi sekarang mereka berdikari.
DeleteSayu pulak saya baca MW. Macam tu lah jugak perasaan saya pada anak2. Saya pun cerewet jugak. Anak2 tengok wayang pun sama2 dgn saya. Tapi Alhamdulillah anak2 setuju dgn cara saya, tak pernah mereka protes, setakat inilah. Cuma saya sedikit terduga sekarang ni dgn anak2 orang lain yang pernah saya dan ibu bela. Nak menangis rasanya.
ReplyDeleteAidah memang ada masalah begitu bila kita menjaga anak2 bukan darah daging kita, bersabarlah...
DeleteMemang sebegitu lah perasaan seorang ibu kan terhadap anak-anak mereka. Yang penting MW telah melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu dg smpurna selainnya terpulang pada anak2 untuk menentukan kehidupan mereka kelak.
ReplyDeleteBaik didikan dari mak bapak maka insyaallah baik lah akhlak dan budipekerti anak2 tersebut walau tercampak kemana pelusuk didunia sekali pun. Anak2 yg baik juga penjamin atau penyelamat yang akan memberi pahala (doa)berterusan kepada ibubapa sekiranya kita telah berpindah ke alam lain satu hari nanti.
Naj Mi
Sangat2 setuju Najmi, anak2 adalah pelaburan dunia dan akhirat tetapi yang paling penting adalah amalan kita sendiri.
DeleteMW....saya dah rasai perpisahan itu...mmg memeritkan dan perlu kuat semangat..:-)
ReplyDeleteMoga anak2 kita mnjd ank2 yg soleh dan solehah...ameeen
Thanks Saniah...itulah namanya pengorbanan ibu.
Deletesebagai ibu tentunya mahukan yg terbaik utk ank2..satu hari mereka pasti akan meninggalkan kita jg mengikut haluan msg2..insyaallah dgn didikan yg sempurna mereka akan sentiasa mengingati jasa2 org tua malah kelak akan menjaga kita..
ReplyDeleteThanks Ieja, itulah harapan akak jugak.
DeleteAs-salam. Semoga semua keturunan kita mendapat keredhaan Allah, selamat di dunia dan selamat di akhirat. Selamat meneruskan perjuangan Ramadhan.
ReplyDeleteWaalaikumsalam, Cikgu.
DeleteInsyaAllah semoga semuanya diperkenankan Allah, Ameen. Thanks cikgu
Hello Mak Wardah, you have beautiful kids.....guess they have their mother's good looks....
ReplyDeleteHave a pleasant weekend, keep a song in your heart.
Lee.
Thank you very much Uncle Lee, missed your romantic & beaituiful blog.
Deletesemoga anak2 kita jd anak soleh dan solehah
ReplyDeleteThanks Irfa
DeleteAlhamdulillah