Sunday, July 22, 2012

Cinta bukan hanya buta tetapi juga tuli

Salam 2 Ramadhan. 2 hari lepas email saya didatangi seseorang yang telah jatuh cinta kepada sahabat saya. Aduhh dek, dalam penat2 berpuasa sempat pulak kamu merisik khabar si dia. Inikah yang dikatakan cinta itu buta? tetapi dalam kesi ini cinta itu adalah cinta buta dan tuli. Apa2 pun jatuh hati memang tak salah tetapi untuk meluahkan nya mesti berhati2. Memang dia baik tetapi saya rasa dari blog beliau  sendiri memang jelas pintu hatinya belum pernah terbuka untuk wanita dan sesiapa, dia perlukan masa mencari diri sendiri tetapi kamu membutakan mata dan mentulikan telinga demi atas nama cinta...
Cinta anda bagaikan anda meraba2 dalam kegelapan ini, hanya diterangi lampu2 jalan yang ada kerana setiap penghuni rumah hanya, menghidupkan lampu untuk kediaman masing2 sahaja. Ini pemandangan lepas teraweh selepas saya membaca email kamu. Inikah gambaran kegelapan cinta kamu? hanya kamu yang tahu, dek berharap pada yang sayang, berkasih pada yang sudi, bercinta pada yang suka. Jawapan saya, berterus teranglah pada sidia, lebih mudah dan tepat jawapannya.
Dek, dalam kesamaran mencari cinta sidia, jangan lupa kalau benar2 sayangkan dia biarkan dia melakukan apa yang perlu untuk membahagiakan diri kamu, sukarnya untuk kamu meneka di adalam kesamaran ini. Dek, dia memang lelaki dewasa yang matang, atas sebab kematangan anda jatuh cinta, tetapi si dia juga berhak mencari cinta untuk dirinya sendiri. Hidup kita sama seperti sorang kembara, akhirnya kita akan balik keasal kita, doa saya andai anda bertemu dia, ada jodoh dan pertemuan itu, saya turut bangga dan bersyukur. Saya tidak termampu menjawab semua pertanyaan anda tentang sidia walaupun dia sahabat saya.
Doa dan harapan saya, agar hadirnya anda dalam hidup si dia akan memberi cahaya terang dan kebahagian berpanjangan dan setiap langkah anda berdua sentiasa disinari cahaya keberkatan. Benar sidia matang, benar sidia bijak, benar sidia handsome, benar sidia tabah, benar sidia berkarisma tetapi kenali dulu hati budinya, kenali dulu kehendak peribadinya, kenali dulu kemhauan hidupnya agar anda bertemu titik kebahagiaan itu. Dek....andai ada jodoh kamu dengan sidia, doa kami ianya berpanjangan dan berbahagia, doa kami anda  menerimanya seadanya dia, sama2 melangkah seiring ke arah kebahagiaan yang hakiki dan seandainya sidia menolak jangan marah dan kecewa kerana sidia juga ada alasannya yang tersendiri, mahukan kamu bahagia tanpa dia. Salam 2 Ramadhan dari saya.

14 comments:

  1. cinta itu perlukan kesabaran dan pengorbanan.hukhuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq CR,
      Rasanya tidak perlu over terkorban kot..

      Delete
  2. sedih pulak baca.. hihi.
    andai jodoh tak kemana.
    nice entry :)

    ReplyDelete
  3. Cinta memang tak boleh dipaksa. Kan.

    ReplyDelete
  4. assalam..
    andai ditakdirkan bersama..jodoh xkan lari kemana..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Salam kembali. MS, ada orang yg tulis jiwang2 so akak ikut aje.

      Delete
  6. salam kenal..

    bila bercerita bab cinta ni for me tooo subjective. hanya org yang bercinta je yang faham, kan..

    ReplyDelete