Hari yang waktu rehatnya panjang...saya terkenang sahabat baik saya seorang lelaki tampan, peguam berjaya, pemain softball yang baik, sahabat yang tiada gantinya dan saya amat merinduinya sehingga kini. Al-Fatihah untuk arwah XXXXXX yang telah pulang kepada pemilikNYA. 13 August ini adalah hari lahir arwah yang ke 45 dan kami di sini amat merindui anda.
Sahabat saya ini bukan GAY tetapi lelaki sahabat yang sangat istimewa untuk kami semua. Saya adalah pemain softball tegar pada zaman remaja kerana saya jatuh cinta pada permainan rounders semasa kecil dan
diusia remaja saya menjadikan softball sebagai aktiviti sukan saya. Dari mewakili sekolah, MSSD, MSSN, MSSM dan Inter Varsity.
Ini bola softball yang saya still simpan di store rumah saya sehingga hari ini. Ini pula bat softball yang saya tidak tahu di mana saya simpan tetapi gambar ini hanya hiasan.
Ini pula gelanggang softbal. dan saya menghabiskan petang remaja saya dari usia 13 tahun sehingga 23 tahun di sini bersama arwah sahabat saya.
Glove dia masih ada dirumah saya, tanda kenangan kami pernah bersahabat di sepanjang pengajian kami
dan kami bermain di posisi berbeza. Saya seorang catcher, dan kadangkalanya menjadi short stop, arwah pula pitcher dan 1st baseman.
Setiap petang Selasa, Arwah akan menunggu di bawah asrama saya dan kami sama2 turun ke padang.
Kami berlatih bersama, bergaduh bersama, dikejar anjing bersama, saya baling arwah dengan bola, saya buli arwah, Arwah sabar, Arwah redha, Arwah sangat baik kepada kami semua dan sehingga kini hilang yang tidak pernah berganti, patah yang tidak pernah tumbuh kembali...Al-Fatihah.
Bercerita tentang Gay pula kerana hari ini saya bersembang dengan kawan2 sepejabat mengenai perkara ini. Cuba kita selami betapa sukarnya diduga menjadi GAY atau LESBIAN? Biasanya kalau ada sahabat lelaki yang lembut, dia pasti jadi bahan ketawa, wujudnya karakter tangan lembut dan bunyi Auwww...ko ni nyah, malu noks...Hari ini cuba kita selami jiwa mereka, bercelaru dengan naluri sendiri, berperang dengan stigma masyarakat, bergelut dengan nafsu sendiri. Nak mendirikan rumahtangga dengan kekasih sejenis HARAM di sisi Islam, nak berkahwin macam orang biasa, mungkin memudaratkan isteri dan bakal anak2 kerana GAY biasanya menerima akad hanya untuk menutup kelemahan diri, bersama dengan isteri hanya untuk mempunyai anak2 dan dilihat seperti lelaki normal yang lain tetapi sebenarnya untuk mengubah GAY menjadi normal terlalu susah. Tahu kah anda hanya mendekatkan GAY ini kearah Islam sahaja yang mampi membantu mereka menjadi normal. Percayalah golongan ini perlukan ahli2 Agama, Pakar2 Agama untuk duduk semeja dan secara perlahan2 menarik mereka kearah yang betul.
Saya sangat bersimpati dengan mereka, diduga sebegitu berat oleh Allah kerana dilahirkan bernaluri songsang (bukan mereka yang sengaja songsang) ibarat ditelan mati emak, diluah pula mati bapak. Betul kata Ustaz Kazim Elias, bercampur dengan mereka, berbuat baik dengan mereka, prlahan2 menjadikan mereka sahabat kita kerana golongan ini sangat istimewa. Ramai yang ada latarbelakang pendidikan yang baik, rupa paras tmapan, bergaya dan berjaya. Ruginya agama kalau kiota kehilangan Insan seperti ini.
Tahukan anda di negara2 barat seandainya golongan ini memohon taraf kerakyata di negara asing ini dengan alasan tidak kebebasan bagi golongan ini, begitu mudah mereka akan mendapatkannya. Tuan2 & puan2, berikan cadangan anda bagi memperbaiki keadaan ini, semuga boleh kita jadikan garis panduan.
Ya ALLAH, sempena hari Jumaat yang mulia ini, kurniakan kepada kami rezekiMU yang terbaik, kedudukan hati yang termulia, dihiasi dengan sifat2 terpuji, permudahkanlah setiap urusan kami. Ameen.
Amin...
ReplyDeleteKadang-kadang masyarakat kita hanya tahu memandang serong terhadap sesuatu perkara, bukan membantu memperbetulkannya. Mentaliti ini sukar diubah, tapi bukan tidak boleh diubah.
:p
Eey, anda ramai yang seperti anda, mungkin dunia ini akan lebih bermakna. Suka komen nada, selalu bernas dan munasabah
Deletesaya tumpang bersedih bila ada teman yang terpaksa mengalami keruntuhan rumahtangga kerana masalah GAY ni kak ... sedih mengenangkan anak yang masih kecil ...
ReplyDeleteAkakpun sama ME, itulah pentingnya penekanan Agama kpd anak2 sejak kecil
DeleteAl Fatihah kepada arwah yang sudah menemui Pencipta, semoga arwah bersama dengan orang yang beriman. Amin
ReplyDeleteBerkenaan soal Gay - Tekankan soal hukum hakam agama kepada anak2 sejak dari kecil, perhatikan tingkah laku mereka. Anda semua mungkin menyangka anak anda seorang remaja lelaki yang normal ada awek bercerita tentang awek tetapi anda perlu tahu ramai remaja lelaki yang menjadikan alasan punya awek, keluar tengok wayang dg awek untuk menutup nalurinya yang songsang. Saya bercakap atas dasar pengalaman dan pernah mendengar sendiri dari remaja yang mengunakan alasan berkenaan, punya cewek tetapi dalam masa yang sama mereka juga punya cowok. Dg cewek mereka mungkin tidak melakukannya tetapi dg cowok mereka bebas. Wallahuallam
Naj Mi, terima kasih atas pandangan dan saya amat bersetuju dengan pendapat Naj Mi.
DeleteAl-Fatihah buat teman sepermainan Mak Wardah.
ReplyDeleteSaya ada seorang bekas pelajar lelaki yg agak lembut perwatakannya, dulu sering dijadikan bahan ketawa rakan sebaya dalam kelas. Hingga kini (dah 3 tahun dia meninggalkan bangku sekolah) setiap kali dia datang menziarah saya, dia masih lagi mengekalkan cara berpakaian seperti lelaki tapi saya pun tak tau sampai bila dia dapat bertahan & mengekalkan cara sebegitu. Saya selalu berdoa untuknya, semoga dia kekal sebagai seorang lelaki & semoga dia tabah menghadapi dugaan hidup di luar sana..Allahu akbar..
Cikgu Dinas, anda guru yang sangat prihatin, sama2 kita doakan bekas pelajar dinas tu, dia bertuah ada guru seperti Dinas.
DeleteMasa kerja dulu saya suka berkawan dgn lelaki berpewatakan lembut ni...dia baik sgt..kerja kuat dan senang dibawak berbicara tentang masalah...cuma saya tak pasti dia gay atau tidak...skrg dah lost contact..baca entry ni tiba2 rasa rindu plk pada dia...hemm nnt nk cari lah kat mana sahabat saya ni...thanks
ReplyDeleteTkasih Saniah. Memang benar, lelaki seperti itu amat memahami wanita dan boleh menjdai sahabat yang sangat penyayang
DeleteAda yang gaya lembut tapi depa macam/naluri lelaki ok la.., yg kesian yg memang naluri peeempuan tu kan....
ReplyDeleteMak Chaq. Memang amat kesian dan dalam perkara ini hanya mendekatkan diri dengan Agama ubatnya.
DeleteSemoga sahabat mak wardah ditempatkan di kalangan mereka yang dirahmati Allah. Amin.
ReplyDeleteSeronok ada rakan baik lelaki yang ikhlas dgn berkawan dgn kita. Cara berfikir mereka sgt berbeza. Saya dulu masa U ramai sahabat lelaki. Biasanya lebih muda dari saya sebab saya masuk U dari form 6. Jadi coursemate pun kebanyakannnya muda dari saya.
Setiap manusia tu lain ujiannya. Bukan saja mereka yang gay ni diuji, kita yang disekeliling mereka ni pun diuji jugak utk tidak mencemuh, sebaliknya cuba membawa mereka balik ke landasan betul, kan.
Puan Aidah, komen bernas puan membuatkan saya berfikir, Dugaan membawa mereka ke jalan yang betul itu bagi saya amat sukar untuk dilakukan tetapi ianya membawa anda ke arah Agama yang luhur. Terima kasih
Delete