Wednesday, October 17, 2012

Dari Tanah Tinggi ke Kuala

Alhamdulillah, Allah pelihara keselamatan saya dan sahabat saya Nurhana Zahrullail di sepanjang perjalanan pergi dan balik dari Cameron Highland sehingga ke Kuala Ketil,  Dari suhu sejuk nyaman sehingga ke panas terik. Alhamdulillah juga bertemu pula dgn org2 yg baik2 belaka dan banyak ilmu yg kami perolehi. Saya catatkan yang manis dulu ya...
1. Berjumpa dengan mereka2 yang sangat berhemah dan baik.
Dato' Syed Abdul Rahman Al-Mashoor dan keluarga yang sangat baik hati, saya turut berjumpa dgn anak bujangnya yang selamat berumahtangga baru2 ini,  Syed Rasdan, pewaris ladang strawberry dan rumah penginapan unutk disewa kepada umum. Handsome, kacak dan muda, sayang sekarang dah berpunya semoga beliau mampu meneruskan business keluarga dengan cemerlang. Saya usik dia, bertuahnya jadi anak orang kaya, dia senyum lebar. Benar kata orang anak2 yang dididik dgn baik oleh ibubapa yg baik2 pastinya akan menjadi yang terbaik, Alhamdulillah. Seorang lagi teman Shahrul Zaini yang baru saya kenali, seorang anak muda lepasan universiti merantau ke Cameron Highland dengan minat untuk berniaga dan memilih strawberry sebagai satu bidang perniagaan.
Ladang Strawberry Milik Mereka
Strawberry baru berbunga, berputik dan berbuah
Yang Sudah Masak
Landscape yang cantik
Strawberry ditanam Secara Hidroponik 
Dari luar pagar, indah tersusun
2. Menjamu mata dengan bunga2 yang bersaiz XL tapi kalau saya tanam di rumah akan menjadi XS.
Perlu kaedah susunan lebih menarik
Bunga2 yang besar dan cantik
3. Sayur2an dan buah2an yang bersaiz XL tapi saya rasa takut nak makan.
Besar dan Cantik
Tahap saya nak percaya Chemical free ke tak, 70/30 %
Tak tahu buah apa, tapi saya suka warnanya
Saya beli tapi sampai hari ini masih ada lagi
4. Bangga dengan produk2 tempatan
. Acar Strawberry Yang Enak
Strawberry Terjamin Halal
Aiskrim yang sangat sedap
Ladang milik Melayu & Muslim

Pengalaman payau saya:-
1. Dihidangkan nasi ayam basi
Nasi Ayam yang berlendir2 
2. Ditepi longkang yang berulat
Aduhhh...layanan pulak sangat tip top, Sedih
3. Bersantai dihadapan sampah sarap
Lunch terbaik sepanjang hayat
Buruknya di mata pelancong, bahaya pada alam sekitar
4. Semua Pink & Red
Saya sukakan warna pelangi...suhu di Cameron Highland tidak senyaman dulu, pembangunan dan penerokaan tanah tanpa kawalan...Awas jangan peristiwa lama berulang kembali, jangan selepas kehilangan nyawa atau kehilangan tempat tinggal, baru tindakan akan diambil. YB2 yang berkenaan harus pantau dari sekarang saya takut ada kampung org asli yg akan tenggelam terus. Sepanjang perjalanan dari CH ke KL melalui Tapah, perjalanan sgt seriau, Lata Iskandar kosong tanpa penghuni. Para pemerintah sila turun padang lihat sendiri keadaan sebenar...lakukan penguatan akta segera bagi menghalang lebih banyak runtuhan. Sayangi rakyat anda,  bumi anda dan nyawa kami. Halang lori2 berat melalui kawasan ini, kurangkan pembalakan yang nampaknya semakin menjadi2. Tabiat kita Dah Basah Lencun Dek Hujan, Baru Sediakan Payung. Adakala Dah Demam Kura2 (Kesejukan) Baru Payungkan..
Merah...
Ada sikit warna warni
lebih warna warni
merah tetap ada....
YANG INGIN SAYA BAWA PULANG....TAPI TAKUT DATO' DEMAM!!!
Teringin sangat nak beli...
Ini juga...

dari Cameron Highland saya ke Kuala Ketil, berjumpa dengan bekas2 ketua polis yang aktif dalam menggiatkan aktiviti keagamaan diketuai Dato' Mad Lazim yang petah berpidato tentang Agama yang ditemani rakan2 mantan ketua polis, pengarah dan KSU, berjanggut, berjubah tetapi bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik mampu menghafaz 30 juzuk Al-Quran buat saya rasa kerdil sgt berhadapan dgn mereka tapi mereka sgt baik. Gembira kami dapat berjumpa semula, Alhamdulillah, semuanya sihat2 semoga Allah anugerahkan saya sedikit saham akhirat. 
Tak boleh tidur, missed my heart & soul
Lepas Subuh tengok TV, tengok luar....
dah cerah...
baru nak cerah...
cepatlah cerah...
Lunch setiap kali ke Kuala Ketil inilah yang kami cari, gerai kecil & panas tapi kualiti makanan dan layanan yang baik. Signature Kuala Ketil...
Sangat Sedap....
Sangat Berbaloi Maloi....

Kata orang jauh berjalan luas pengalaman, banyak kenalan luas pergaulan, banyak membaca luas pengetahuan, banyak makanan luas permukaan, bermaksud anda akan mancapai tahap obesiti...Harus berjaga2. Saya ingat nak lunch dengan sahabat maya saya Najmi dari blog Hidup Mesti Diteruskan dekat nasi ganja Ipoh tapi jawapan Najmi dia takut ketagih...hahaha betul Najmi membantu saya mengurangkan luas permukaan. Thanks Najmi mungkin next time nak jugak makan kat sana. Sekali aje berganja, belum tahap heroin lagi, ok lah Najmikan...

Doa dan harapan  perjalanan saya ada memberi ikhtibar kepada semua. 

35 comments:

  1. ada yag best & yag x best nyer kat sini.... sekadar tambah pengalaman hidup kita kan MW

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Thanks JemariSuri, InsyaAllah akan sampai nanti...

      Delete
  3. saya ada beli produk al-mashoor masa ke pi CH dulu ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Mala bantu usahawan muslim kita...

      Delete
  4. merah nye strawberi tu...geli lak tengok tempat makan nasi ayam tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Sue, memang akak tak makanpun lagipun malas bertekak...tapi lain kali perlu ditegur..

      Delete
  5. alhamdullilah..ada juga bisnesman strawberry melayu islam kat CH tu...sebab majoritinya cina

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks doc, ALhamdulillah tapi bezanya kapasiti pengeluar yg berbeza, China luas dan besar muslim kecil tapi bertahan...

      Delete
  6. seronok bila dengar cerita org melayu yng berjaya, berjawatan dan sangat arif tentang agama.. geram tgk strawberi tu.. gemuk2 belaka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Hanis akak jumpa ramai Usahawan Melayu yg sgt berjaya dan kaya tapi semuanya sgt kuat berpegang pd agama. Thanks

      Delete
  7. kita suka sangat aiskrim strawbery (:

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, nanti singgah kat ladang Al-Mashoor, makan RM2 jer tapi berbaloi...

      Delete
  8. Saya pernah makan di gerai SYS di Kuala Ketil tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Dinas, akak kalau ke Kuala Ketil tu memang singgah, sebab otw ke Sekolah Tahfiz Al-Naim tu...sedap dan murah...

      Delete
  9. nasi ayam basi....erm mmg buat naya org je mcm tu.... org kaya xsemua sombongkan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Aishah,
      Bila akak complaint selamaba dia kata nasi tu baru masak...malas nak bertekak

      Delete
  10. Nanti lah Mak Wardah tunggu nasi heroin "wujud" baru kita lunch sama-sama hahaha.

    Kalau ke Cameron Highland Strawberry mesti kena beli, saya suka "ice cream malaysia" strawberry yang hanya dibungkus dalam plastik panjang tu... memang feveret, satu lagi saya akan borong tomato adakala dijual murah sedap dibuat juice minum.

    Cuma keinginan mengayuh dari ipoh ke CH belum jadi kenyataan,... yang pasti saya akan kayuh sendirian...

    insyaallah dulu dah nak buat segala dah stand by tapi last minit malas pulak. Kalau skrg dah susah, kalau dulu saya suka matahari berjemur dimana2 sahaja tetapi hari ini saya semakin tak suka cahaya matahari terutama waktu tengah hari.......:)

    *cantik pemandangan pagi dari luar tingkap bilik hotel tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Najmi, nasi heroin dah adala, lepas ni nak tunggu nasi apa lagi ya...Masa saay pergi tak jumpapun aiskrim tu...Najmi kayuhlah sendirian tapi kami ekori dgn kereta ramai2. Kamipun tak suka cahaya terik matahari sama mcm Najmi. Gambar tu sebab dah tak ada kerja tu...

      Delete
  11. Saya belum pernah sampai Cameron Highland. Aduhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks AA,
      Jom kita pergi ramai2...mesti meriah

      Delete
  12. saya suka strawberry coffee..hanya di CH.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Norh, jumpa pergi sama2, mesti meriah.

      Delete
  13. saya belum pernah sampai CH lagi kak.. teringin jugak bawak anak2.. tapi sayanglah kalau sampai sana nanti suhunya dah tak sesejuk dulu.. ruginya saya!

    kat wisma cosway dekat dengan KLCC tu ada jual nasi ganja.. sedap.. sanggup beratur panjang nak makan..hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Rai, jom pergi sama2 tapi keadaan dah berbeza sebab pembangunan yang sgt drastik...Rai ikut Simpang Pulai ye sebab Tapah tu bahaya

      Delete
  14. baru je sekali munna naik CM... teringin nak ke sana lagi... tapi bab makan kat sana mmg tak banyak pilihan rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Munna, pasal makan tu akak tak pasti sebab pergi untuk kerja rushing sgt2...

      Delete
  15. rindunya nak pegi cameron lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Noen, Jom kita pergi sama2 nak?. take care

      Delete
  16. bilalah nak kesini lg... mengidam nak makan stoberi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks MA, bila cuti sekolah? Alisha nak ada adek? Alhamdulillah...akak usik ajer...Alhamdulillah

      Delete
  17. Replies
    1. Thanks Irfa, jom kita pergi beramai-ramai....take care

      Delete
  18. weekend ni nak gi cameron. yeay. hee. ;)

    ReplyDelete