Monday, October 22, 2012

Setiap dekad usia pasti ada keistimewaannya...

Salam Isnin,

Alhamdulillah saya tak ada Monday Blues hari ini, tapi nak berkongsi cerita bagi menghilangkan stress kerja.  Kami adalah dari zaman baby boomers tapi anak2 hari ini new generation X & Y.

rasanya setiap orang melalui zaman yang hampir sama. Pada usia 0-12, kita berada dibawah jagaan ibubapa lagi, bergantung sepenuhnya kepada mereka dan bagi saya zaman ini terlalu pendek.  Zaman ini saya menghadapi Peperiksaan Penilaian Darjah Lima yang dimestikan oleh ibubapa agar mendapat keputusan yang baik untuk melangkah ke asrama penuh. 5A target semua, tiket masuk ke sekolah berasrama penuh dan MRSM. Kata arwah ayah saya, dari sekolah2 ini banyak anak2 Melayu yang berjaya. Akur kata orang tua ke sekolah berasrama penuh saya dihantar. Zaman ini sgt indah kerana ada perlindungan dan kasih sayang suci murni dari ibubapa sepenuhnya kerana tinggal bersama.

Zaman sekolah menengah tingkatan 1 bermulalah era sangat baru. Pengurusan masa, penjagaan diri dan pembelajaran jadi kelam kabut. Duduk di rumah saya bebas tapi diasrama terkongkong, jarang dapat jumpa keluarga. 2 bulan saya menangis rindukan keluarga dan homesick, bulan ketiga saya sudah terbiasa dengan hidup yg padat dan sentiasa terisi. Saya aktif dan bahagia malah bersyukur dihantar kesini, zaman ini zaman lagu Careless Whisper WHAM, Boy George, Cyndy Lauper & Madonna.
Macam2 aktiviti saya lalui dan saya mula bermain softball dari sekolah ke MSSN & MSSM dan perlawanan dengan sekolah2 lain di sekitar KL. Enjoy dgn aktiviti sukan ini... terbawa smapi ke Universiti.
Kehidupan sentiasa beramai2 dan berkawan...di Dewan Makan yang makanan selalu tidak menepati selera saya dan kawan2.
Study bersama, nakal bersama, malas bersama, kena denda bersama tetapi secara perlahan imej saya dan kawan2 dibentuk oleh guru2 menjadi sebegini...
Penyesuaian diri di khalayak, gaya dan imej.
Zaman persekolahan di universiti adalah yabg terbaik, paling seronok...ke alam kerjaya, selepas 3 tahun bekerja ke alam rumahtangga, ada masa jatuh bangun keranan penyesuaian diri. Tanggungjawab baru dan mula membina aset, kerjaya dan keluarga.
Pertukaran status, besar tanggungjawab byk dugaannya.
Tidak mudah, tidak payah tapi berat...saya patuh fitrah Allah
bertambah bahagia saya adanya sepasang cahaya mata
Di alam 30an, saya membina aset dan kerjaya, menikmati tumbesaran buah hati saya dengan penuh kesyukuran, memahami tabiat dan sikap anak2, kelebihan dan kesyukuran, ianya sangat menyenangkan.
Di alam 40an, kerjaya saya sudah stabil, anak2 semakin membesar, anak2 dah remaja, saya seimbangkan antara kerjaya, pencapaian anak2, amal ibadat dan keharmonian dalam kediaman saya. Pada masa ini, setiap hari saya berdoa semoga Allah panjangkan usia saya agar dapat melihat buah hati saya membesar dengan sempurna, menjalani pembelajaran di universiti dalam bidang yang mereka minati, berkerjaya dan bahagia berumah tangga. 
Tapi saya hingga kini bila saya berjauhan dari mereka, saya outstation atau berada diluar kawasan dalam jangka masa yang lama walau tinggal dihotel 10 bintangpun mata saya tidak boleh lelap bila malam. Apabila saya telefon rumah, anak saya demam atau kesihatan mereka terganggu bila malam saya akan rasa sayu dan pasti menangis mengingati mereka. Terbau2 shampoo rambut wardah dan perfume Adidas Along, terdengar2 suara mereka dan pastinya bila bangun tidur muka saya akan sembab sebegini...
Saya menangis dan baca Yasin semalaman bila Along demam kuat pertengahan tahun ini tetapi saya pada masa yang sama saya outstation ke pendalaman Sabah dan terpaksa bermalaman di kawasan tiada kemudahan. Sembab muka sebab saya tidak cukup tidur dan menangis, saya harap bila masuk usia 50an ini tidak terjadi lagi. Saya mesti belajar tabah dan kuat. Yakin doa seorang ibu paling mustajab bagi anak2. Moga Allah permudahkan segalanya untuk saya dan anak2 termasuk semua pembaca, InsyaAllah.


42 comments:

  1. masa mendewasakan kita..
    saya dah lalui fasa kanak2,fasa remaja,sekarang fasa rumah tangga dan pengorbanan membesarkan anak2
    syukur dgn segala nikmat Allah beri saya peluang merasa semua fasa ini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Irfa, akak juga sama, bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan...

      Delete
  2. Suka tengok perubahan MW dari zaman remaja hingga sekarang. Semoga segala urusan MW dipermudahkan olehNya, amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Dinas, InsyaAllah kita semua sentiasa dalam perlindungan Allah

      Delete
  3. kenangan tu semua...tapi dulu mmg xsama dgn sekarangkan...insyaallah moga dimudahkan segala buat kita semua...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Aishah,
      Bagi akak ianya kenangan yang tak akan luput dari ingatan...InsyaAllah Allah akan permudahkan untuk kita.

      Delete
  4. Syok juga tengok perjalanan hidup orang... Imbau kembali sendiri punya.. ada yang pahit dan manis....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks WuMing,
      setiap org akan melaluinya, ada yang pahit dan ada yang manis tapi mesti ada hikmah pada setiap yang berlaku

      Delete
  5. seorang ibu pasti akan ingat anaknya walau jauh dimata..moga Along dan adik2 ingat pengorbanan ibu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Anitaare,
      Ibu tidak pernah dapat melelapkan mata sebelum anaknya tidur lena, seboleh2 seorang ibu tidak rela tidur anaknya terganggu dek seekor nyamukpun..InsyaAllah

      Delete
  6. Zaman kita lebih kurang sama....cuma haluan kejayaan dalam hidup itu yang berbeza......:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najmi,
      betul kita melalui zaman yang hampir sama, tetapi najmi juga berjaya dengan cara najmi tersendiri kerana Najmi boleh menulis dengan sangat noble. thanks & take care

      Delete
  7. lain muka akak...yang penting maintain je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Sue,
      Perubahan = peningkatan jumlah permukaan + penambahan usia + penambahan beban kerja + penambahan tahap kemalasan.

      Take care...

      Delete
  8. fasa perjalanan akak..seronok baca...:)
    kasih sayang seorang ibu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fasa perjalanan akak yang kalau seronok nur anis baca, Alhamdullilah, thanks tetapi setelah menjadi ibu baru akak lebih menghargai kasih sayang arwah emak akak dulu...

      Delete
  9. saya tak pernah berjauhan dengan anak2..tak dapat saya bayangkan kalau kena kerja di tempat yg jauh..apa lagi bila anak2 sakit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Rai, itulah persamaan kita sebagai ibu, dimana2pun anak2 tetap lekat di hati walaupun jauh di mata.

      Delete
  10. Seronok M baca perjalanan hidup Mak Wardah... Tapi yg pasti M nak kata kat sini..Mak Wardah maintain jelita gitu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. M thanks kalau ianya seronok dibaca, tapi bab jelita tu dah tak de rasanya

      Delete
  11. salam ziarah.... usia mematangkan kita...

    jemput ke blog akak di cheezemaz.blogspot.com. Manalah tahu teringin merasai keenakkan sos dari serbuk cheeze maz yg sesedap sos cheese wedge di kfc. harga pun hanya RM 10.00 sepack bg 200 gram (x termasuk courier)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, iklan yang bagus. Kalau ada kelapangan akak akan order, InsyaAllah.

      Delete
  12. maintain jelita akak ni.....seronok baca perjalanan hidup akak.... insyaallah... akak pasti boleh menghadapinya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Munna, maintain jelita tu tak rasanya dah purba dah, dah masuk 4 series munna tapi bila masuk 5 series tu akak berdoa akak boleh menghadapinya dengan baik. thanks

      Delete
  13. zaman sekolah,zaman asrama mmg zaman yang terindah,memori pahit manis kekal kuat dalam ingatan..alangkah indahnya jika kembali kezaman2 itu..namun itu mustahil...apapun hidup perlu diteruskan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Cik Tie&akak,
      Kenangan indah yang tidak boleh dikembalikan semula tetapi mengisi satu slot memori dalam kehidupan kita sebagai insan. Take care

      Delete
  14. wahhhhhhhhhh best nye masih ade pix2 lama..na smua pix mase skolah hilang nth kemana ntah ;c

    ReplyDelete
  15. ahhahahahaha...kelakar btol tgk gambar tawe-tawen tuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Ummi Wafa,
      Memories...ebony & ivory, live together in perfect harmony...

      Delete
  16. sebagai seorang ibu, KA sgt2 faham perasaan MW bila berjauhan dengan anak2, cukup mengerti perasaan tu, doa kan mereka banyak2 bila rindu berjauhan tu ye !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks KA, ye doa saja mampu saya pohon kpd Allah, agar anak2 saya sentiasa dirahmati dan dilindungiNYA.

      Delete
  17. tgk gambar lama nih...nostalgia...nostalgia huhuhuuu

    ReplyDelete
  18. Bagus ada pic lama2..sila lah dtg ke blog sy..http://ajax85.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks, pasti akak akan baca nanti. take care

      Delete
  19. Kenangan lama selalu mengusik jiwa kannn. Apa pun cabaran masakini meningkatkan kematangan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Pok Li,
      Kenangan memang tinggal kenangan tetapi ianya juga satu proses meningkatkan kematangan diri.

      Delete
  20. Kenangan lama.. walaupun masa tu kita rasa tak indah tapi bila dah berlalu dan jadi kenangan memang terasa keindahannya..

    Bila dah berkeluarga makchaq agak kurang berkawan2.. lebih kepada keluarga dan anak2.. tapi sesekali jumpa kawan2 lama memang teringat kisah2 sekolah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks makchaq, pendapat kita selalu sama. sekarangpun saya hanya bertanya khabar kawan2 alam dari media sosial yang ada.

      Delete