Monday, October 15, 2012

PhD Dalam Bidang Perniagaan

Salam tuan2 & puan2,

Hari Isnin ini Alhamdulillah saya sihat begitu juga keluarga. Anak2 tidak bersekolah, cuti PMR dan saya doakan Hafiz anak jiran saya yang handsome berjaya dengan cemerlang begitu juga dengan anak2 tuan2 dan puan2 semua.

Bercerita tentang urusniaga dan saya menulis hari ini dalam konteks Usahawan2 dan peniaga2 Melayu kita berdasarkan pengalaman saya berurusan dan membangunkan perniagaan mereka. Berbagai kisah benar yang saya tengok dengan mata kepala sendiri tentang sikap PhD mereka. Amat mudah membuat PhD yang bertahun saya rasa untuk saya habiskan usia dalam pembelajaran bagi mencapai tahap PhD. Sikap yang perlu kita buang tuan2 dan puan2...

(Semua gambar adalah dari google sebab saya akan buat entry khas untuk Cameron Highland)
Paling utama adalah KEJUJURAN

1. Kualiti Produk
Ada juga saya sendiri terkena mutu barangan yang saya beli amat teruk, perkhidmatan yang sangat menyedihkan contohnya ketika saya pergi ke Cameron Highland baru2 ni...dengan sewenang2 nasi ayam saya dihidangkan nasi ayam basi, berlendir2 nasi tu dan hampir hancur. Bila saya complaint dia kata nasi tu baru masak...air teh ais yang saya order hanya rasa susu penuh krim airnya warna pucat...
Alahai nasi basi lak......tak leh buat bini pompuan nih!!!
Khas untuk peniaga nasi ayam di Camron Highland tersebut, saya makan nasi ayam rasanya dah berpuluh tahun lagipun saya bukan orang puteh, masak nasi lebih dari tiga dekad, saya boleh bezakan nasi basi atau tidak. Bila saya complaint, sekurang2 nya anda jujur dan minta maaf. Kalau takpun cuba rasa dulu, kalau anda lalu makan saya sanggup bangga 3 kali ganda (harganya sepinggan RM5.50 aje tu yang berani bayar triple). Jagalah kualiti produk anda!!!!

2. Etika berniaga
Mana pergi akad perniagaan? Dah lama kita lupakan, kebersihan peralatan, keikhlasan tuturkata, bahasa badan, yang paling penting kaedah komunikasi, sikap pilih bulu dan cara mengambil pembayaran. Saya pernah terserempak dengan seorang peniaga muslim yang bertudung di sebuah R&R di Sungai Perak mencampakkan duit baki kepada pelanggan dengan muka masam. Kak, jangan lakukan ini lagi...hormati pelanggan walaupun akak baru lepas bergaduh dengan suami...Tolong ye kak...Apa jadi kalau pelanggan tersebutpun baru lepas bergaduh dengan isteri? Mesti ada adegan yang tidak ingin kita tontonkan..
Ko ingat aku takut???

3. Menetapkan harga barangan biarlah setimpal.
berniaga untuk untung betul tetapi biarlah berpada2 kerana kadang2 anda menyebabkan orang lain atau pembeli terbeban secara tidak sengaja. Strategikan semula perniagaan anda supaya untung yang anda dapat setimpal tetapi paling penting halal. Saya pernah makan nasi ayam tepi jalan harganya RM15 tetapi rasa, saiz dan segalanya SUPERB...saya syukur dan bahagia menikmati hidangan tersebut walaupun ditepi jalan dan saya hebahkan kepada kawan2 dan sedara mara.
Apasal mahal no..cinonetnye ayam....jom blah...

4. Susah ke nak ucap terima kasih & datang lagi?
Tak susah nak ucapkan, ianya bagaikan satu doa, lebih dari 44 kali anda mohon, InsyaAllah pasti pelanggan datang lagi. anda jugak yang untung. Kalau saya walaupun makanannya biasa2 tetapi budi bahasa akan menarik saya datang semula..PERCAYALAH.
Saya bawak kawan2

5. Etika berpakaian/bercakap
Pandai2 bercakap dengan nada baik dan menghormati pelanggan...pernah saya di Johor Baharu di sebuah kedai nasi beriani, saya mintak kari kambing dua piring lagi dengan penuh sinis pelayan lelaki tersebut bahasakan saya, Anak akak ni macam kucing, nasi tak luak, lauk jer habis...Hello dek...anak saya adalah manusia yang sempurna sifat dan akalnya, nasib baik mood saya baik, apakata kalau saya bahasakan semula  dengan jeritan " AKU BAYAR SUKA HATI AKULAH NAK ORDER BERAPA BANYAKPUN" tapi saya tak sampai hati nak buat macam tu.
Aku sabo....

6. Dengki khianat yang tidak berkesudahan
Sindrom peniaga Melayu bab Mandrem adalah terbaik dalam semua bangsa, ada yang pantang nampak peniaga lain maju, adanya agenda tersembunyi bumiputera bagi menglingkupkan perniagaan orang lain. JANGAN SESEKALI LAKUKAN INI...suatu hari nanti ALLAH pastikan tunjukkan dan saya telah melihat sendiri bagaimana aibnya manusia yang menggunakan iblis/syaitan dalam menutup rezeki orang lain...jangan dicuba perkara khurafat ini.
Aku lagi beso dari ko, awal duduk sini tiba2 ko dok tepi aku?Ni aku kena jatuhkan nih.

7. Pilihan produk/barangan jualan
Pilih produk atau perniagaan yang lain dari yang sedia ada, ubahlah persaingan dengan menawarkan produk baru atau produk yang menambah rantaian nilai perniagaan yang sedia ada kerana saya saya temui seorang peniaga goreng pisang yang laris akan membuatkan peniaga goreng pisang yang lain membuka perniagaan yang sama dan di kawasan berhampiran. Kenapa anda tidak menjual jus buah2an segar kerana perniagaan itu belum terdapat lagi di situ...Cubalah berfikir secara rasional. bersainglah dengan sihat.
Orang duduk sini dia duduk sini, Orang jual goreng pisang dia jual goreng pisang...Tension

8. Hormatilah pelanggan tak kira usia
Ada peniaga yang mengambil kesempatan atas usia pelanggan, jenis kenderaan pelanggan, corak hidup pelanggan dan keikhlasan pelanggan. contohnya saya selalu membeli nasi lemak Along di gerai yang sama, kalau saya yang membeli harganya berpatutan tapi kalau anak2 saya yang membeli harga akan berubah2. Pernah saya membeli bunga di kawasan Sungai Buluh, Mak Ndak beli bunga ros warna kuning harganya RM 28 sahaja tetapi bila saya yang pergi membeli bunga yang sama dia kenakan saya harga baru RM36 dan untuk beza RM8 itu untuk gaya hidup saya sebab mak ndak selalu pergi pakai kain batik dan blause harian tetapi saya pergi dgn pakaian kerja.
Ko tipu anak aku...Jaga ko!!!

9. Hormatilah waktu solat/puasa/amal ibadat.
Saya selalu perasan ada peniaga muslim lelaki pada hari Jumaat Selamba Kodok ajer berniaga depan masjid dan gagal merehatkan diri hanya untuk solat Jumaat. Bang...lihat sekeliling anda, anak2 kecilpun sembahyang, kenapa tidak minta jasa baik ahli keluarga wanita meneruskan perniagaan. Saya pernah terserempak pada bulan/akhir2 Ramadhan peniaga lelaki yang menjual lemang dengan brutalnya menghisap rokok dan minum air dihadapan pelanggan. Tolonglah...anak2 kami memerhatikan tindak tanduk anda dan susahnya kami untuk menerangkan bahawa PUASA ITU WAJIB BAGI MEREKA YANG CUKUP SYARATNYA....Fikir2kanlah. Pernah juga saya terserempak anak muda lelaki menjual ayam golek dengan bangganya makan dihadapan saya, Wardah dan Amjad di pasar ramadhan pukul 3 petang dengan hidangan nasi bungkus yang sangat2 menyelerakan...Puas saya pujuk Amjad supaya bersabar tunggu sampai waktu berbuka tetapi kandas juga sehingga pukul 4:15 petang siap Amjad kata Abg tu dah tua boleh je buka puasa cepat, kenapa adek tak boleh?
Mak, dia boleh tidur tak payah solat subuh kenapa adek kena solat?

10. Hormatilah makanan
Peniaga2 ni kadang2 tidak ada rasa hormat pada makanan, sisa2 makanan dibuang sesuka hati kelongkang2 dan dibiarkan dilonggokan sampah sarap tanpa pembungkusan yang baik. Menyebabkan pencemaran bau dan bahaya jangkitan penyakit seperti nyamuk, tidur dan sebagainya. Mungkin lebih afdal, sisa2 nasi tersebut diasingkan mengikut kategori, sedekahkan kepada orang ramai dan makhluk Allah yang memerlukan. Terbaik kalau anda tanam dipangkal2 pokok yang bukan sahaja kurangkan bilangan samapah tetapi akan menjadi baja kepada pokok2 dan saya temui ini di Seri Kembangan, cantik bunga2 pakcik tu hanya kerana lebihan hasil berniaga dia tanam baik2 di sekeliling poko bunga2 hiasan dan kucing2 terbuang pula diberikan sisa2 makanan yang masih elok diatas sekeping zink bersih. Akibatnya banyak kucing2 tersebut diambil oleh jiran2 nya kerana sihat dan comel. Kata orang tua2 nasi dan rezeki tidak baik dipijak dan dicampakkan begitu sahaja.
Jom kita mulakan hidup baru, buka mata dan bersahabat sesama kita...

Terimalah teguran saya sebagai seorang sahabat kerana saya menulis berdasarkan pengalaman dan peristiwa yang pernah saya lalui. Maafkan saya kalau ada salah dan silap.

24 comments:

  1. KA sagt2 setuju, nak berniaga ni jangan kira nk untung n nak kaya cepat. byk perkara len yb perlu diambil kira barulah boleh berjaya dgn jayanyer kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks KA, rasanya perlu diperbetulkan...

      Delete
  2. Sangat setuju dengan apa MW isukan ni.
    Semua ni memang berlaku Di persekitaran kita ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Mooniqueen, moga dapat diubah ke arah yang lebih lebih barakah...Take care

      Delete
  3. Pasti kan juga ada duit baki kecil disediakan... elakkan dari berkata (beri alasan)kepada pembeli "eh tak da duit kecil lah, baru start niaga ni" ada setengah peniaga sanggup tak jual barangan yang dijual hanya kerana pembeli beri wang besar........


    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Najmi, itupun satu fakta yang perlu diambil kira...take care

      Delete
  4. sy setuju mak Wardah
    dan harus dibaca oleh para peniaga2 he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Mama sara nur,
      Harap2ada peniaga yang baca, hehehe kalau ada...take care

      Delete
  5. Suka sangat saya dengan entri ni. Bersemangat saya baca dari mula sampai habis. Semua perkara ni kita temui dalam kehidupan & sangat bagus dijadikan panduan pada para peniaga :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Dinas, dek byk kali terkena tu yg rasanya akak perlu berkongsi dgn semua, masa pergi KB dulu ada client akak kena buatan org jadi busung sampai bawak maut dek kepercayaan org hasad dengki pd iblis. take care

      Delete
  6. aetuju sgt mak wardah..... walaupun family munna terlibat dgn aktiviti jualan makanan...kami seboleh-bolehnya nak jaga pelanggan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Munna, Moga perniagaan family Munna bertambah maju, kat mana ye? boleh akak lepak sana. Take care

      Delete
  7. mak wardah, itulah realitinya sekarang. bukan setakat di CH saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Anim, betul tu dimana2 pun ada...take care

      Delete
  8. salam kak,

    saya setuju sangat kak..orang berniaga ni kena mesra..biar lah ada masalah negara sekali pun..kena pandai ambil hati pelanggan.. baru orang suka..

    sampai hati budak tu kata anak akak makan macam kucing..kalau saya memang dah kena basuh kat situ jugak..suka2 hati nak samakan anak kita ngan binatang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks rai, comel budak kat gambar tu kan... Akak malas nak bertekak dgn anak2 kalau tak sabar akak sengkeh jer kepala budak tu..

      Delete
  9. Salam perkenalan Mak Wardah..
    Ya betul saya setuju 100% apa yang Mak Wardah cakap. Bila orang sekarang pikirkan nak untung dari keihlasan nak meniaga sebab tu bila meniaga sekejap jerk lepas tu lingkup tapi itulah hakikatnya... bukan nak menjatuhkan bangsa sendiri memang dah banyak jadi depan mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks ratu hati, sebeb tu kadang2 kena tegur jugak...yg kesiannya bangsa kita. Keberkatan itu pentingkan...

      Delete
  10. Saya juga pernah terkena dengan karenah peniaga yang tak bertanggungjwb(bukan semua)..

    Tak pentingkan kebersihan dan sebagainya.. Nasi basi juga pernah kena...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks WuMing, komen dan n3 WuMing memang berisi punyer, harap2 lepas ni ada pengurangan dalam kes seperti ini ya WuMing...

      Delete
  11. setuju sangat ngan ntry mak wardah.....semua tu berlaku disekeliling kita...jgn pentingkan keuntungan semata2....

    ReplyDelete
    Replies
    1. MP. Thanks suka tgk posing cam model gitu...Betul sgt2, keuntungan yg halal lebih afdal.

      Delete
  12. geram bila terkena macam ni... moga Allah akan balas pada mereka yang tak tahu nak jaga pelanggan...

    pernah dulu terbeli laksa yg dah lembik basi.. saya apa lagi pergi semula pulangkan dan sound sikit... memang rasa sedih sangat waktu tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zie, thanks harap2 Allah bukakan pintu hati mereka menjual apa yang sedap pada mereka pada sedap pada org lain. Doakan mereka berubah...

      Delete