Friday, October 19, 2012

Kawan dan Sahabat

Salam Jumaat,
Semalam bukak FB ada kawan lama tag saya dalam gambar2 lama...Dari tingkatan 1 hingga melangkah keluar dari Universiti. ada yang remains as kawan tapi yang ramainya sahabat. Ada beza antara kawan dan sahabat.
Tingkatan 1 bersama sahabat2 yang hingga kini kami bersahabat. 

Kalau tak salah saya 3 dari kawan saya di sini adalah doktor pakar, 4 dah menjadi surirumahtangga sepenuh masa, 2 berniaga, seorang lagi sudah lama kembali ke rahmatullah, 4 lecturer, selebihnya telah mencapai tahap Senior Manager ke atas. Tiada seorangpun dari kami  ketinggalan dalam mendalami ilmu dunia mengikut minat dan bidang masing2 dan syukur Alhamdulillah atas rezeki Allah. Al-Fatihah untuk sahabat saya Hatasura Akashah Khairuddin, sahabat yg sgt bijak dalam pembelajaran meninggal ketika berkhidmat di Petronas Kerteh hampir 12 tahun lalu.
Dulu2 masa sekolah aktiviti sentiasa penuh. Dalam gambar ada sahabat saya yang juga telah pulang kepada penciptanya selepas habis sekolah sebelum dihantar keluar negara. Al-Fatihah untuk arwah Ainy Rafidzah .
Mandi di Lata Jarum, Raub...Nyaman dan tiada pencemaran

melangkah ke Universiti bertemu kawan baru dan sahabat lama masih kekal berhubungan, bak kata Wardah ini adalah zaman Jahiliyah saya ttapi saat paling indah dalam hidup saya.
Zie, Hana dan saya
Hana, Saya, Zie, Azura
Kami bersama Arwah Mak Hana
Haniza, Saya, Shok Ting dan Zie
Dalam Lecture Hall saya suka duduk belakang, hehehehe...bersama Zie dan Noriza
Hana, Azura dan saya
Softball dunia saya dari 13 tahun sehingga 23 tahun...sedih, saya dan kawan2 China nampak sama!!
Bertemu kawan2 sekuliah selepas konvo di Mimaland tapi sekarang Mimaland dah tak wujud lagi...

Apabila menoleh ke belakang, banyak yang manis dari pahit, ada kenangan yang akan saya kenang sepanjang hayat ini, ada kesedihan yang mengiringi sahabat2 yg pergi dulu, ada kerinduan pada sahabat2 yang sentiasa bersama dulu, hanya FB, email dan sms menghubungkan kami. 
Hari pertama saya melangkah ke alam kerjaya....

Sekadar berkongsi kenangan dengan anda semua, mungkin anda juga ada pengalaman yang sama dan sampai hari ini saya tetap berhubung dengan sahabat2 saya, tidak pernah terputus hubungan. Jarang dapat berjumpa sebab kami semua sibuk hanya 2 tahun sekali untuk re-union sekolah dan universiti, doa saya perhubungan kami berterusan hingga ke akhir hayat. Ameen


28 comments:

  1. lata jarum tuh dkt kampung saya tuh.

    kwn2 dari kecik smpi la belajar sgt happening,tp bile melangkah ke alam kerjaya,kwn2 yg dikenali dalam alam kerjaya tuh jadi tak best.asal rapat jer dgn bos dikate nyer membodek hmmmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Nazirah,
      Dulu Lata Jarum tu cantik sgt now dah tak seronok pergi...Di alam pekerjaan poiltik office kdg2 menggelikan hati.

      Delete
  2. saya tak ramai sahabat..kawan mmg ramai..mujur ada juga FB.. masih dapat berbual secara tak rasmi..bertukar pendapat..kalau dulu.. agak lama saya terputus hubungan..maklumlah zaman belajar.. nak call bukan berduit sangat..lagi pun kadang2 masing2 jauh nak berjumpa..

    sekarang pun masih sikit yang saya boleh consider sebagai sahabat.. atau terima saya sebagai sahabat..tapi dapat jugaklah mengeratkan silaturrahim sesama sendiri melalui media sosial yg ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul rai, sahabat tidak ramai berbanding kawan tapi bagi akak perhubungan akak dgn kawan mungkin seperti biasa tapai kalau sahabat akak ambik tahu susah senangnya..

      Delete
  3. Ohhhhh..... photo lama kalau kita keluarkan album dan tengok kembali seronok jugak....bersama kawan2 lama yang dah hampir semua buat haluan masing2 setelah berkeluarga....

    Mimaland tu saya ingat dan pernah pergi tapi kat mana ya..... Shah alam kan????? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Najmi, bila bukak album lama byk kenangan tapi bila ingatkkan arwah kawan2 3 org telah pergi kepada pencintanya, hati rasa sayu, ada yg dah berkeluarga dan ada yg still single..bila jumpa 2 tahun sekali macam2 cerita keluar.

      Mimaland tu kat Gombak lah najmi

      Delete
  4. Replies
    1. Thanks Sue itulah namanya kenangan...take care

      Delete
  5. Bykkan kenangan manis dr pahit waktu zaman dulu2 yea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Nazayiena, memang kenangan yg manis, palin teruk ada member akak yg simpan kami akak kena denda kat sekolah sebab pakai skirt atas lutut kena cabit kemuncup...take care

      Delete
  6. Masa sekolah dulu kan, akak selalu rasa bilalaaah sekolah nak abis. Boring dan tension mengadap exam yang tak sudah2. Tapi sekarang ni miss sangat zaman itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks kak...betul sgt, saya rindukan glove softball saya yang kepam baunya...

      Delete
  7. mmg zaman sekolah saat2 terindah dalam hidupkan MW

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks KA, memang betul rasanya zaman duduk asrama tu macam dalam penjara tapi bila keluar penjara rasa nak masuk balik. take care

      Delete
  8. cantiknya mak wardah ni..

    sayapun suka tengok gambar lama2 tapi sayang masih tak ada kesempatan untuk bertemu kawan2 kecuali melalui fb..

    banyaknye gambar kenangan, moga berterusanlah hubungan akak dengan mereka..aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Nita, tak cantikpun biasa ajer. Akak selalu berhubung dgn kawan melalui FB & sms @ email. Akak akan simpan gambar2 yg Wardah labelle zaman jahiliyah tu baik2 nanti anak cucu boleh tengok, hehehe lepas tu kena kutuk. InsyaAllah Ameen.

      Delete
  9. seronok bila mengenang kisah2 lama..terasa nak kezaman tu balik..byk jg gambar MW buat kenangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Ieja, macam2 kenangan bagi kami yg nakal2 ni...pernah kami tersergah pak guard sekolah, main softball dalam hujan, ada jugak kawan akak yg ngorat lab assistant. hahaha kalau jumpa semula, kami gelakkan dia kuat2.

      Delete
  10. seronok mengimbau kenangan lama..... mujur ada fb skrg ni.... kwn2 lama dolu boleh berjumpa melalui fb

    ReplyDelete
  11. seronok masih lagi tersimpan gambar gambar lamakan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks Nurfarahiza,
      Akak memang simpan untuk kenagan...dan bahan kutukan wardah anak akak...

      Delete
  12. Replies
    1. Thanks Noen,
      Nostalgia terindah...take care

      Delete
  13. tergelak bila saya baca part Mimaland tu..hehehe..saya ke sana masa usia saya kecil sangat, takde memori tentang mimaland...

    ya, sahabat & kawan..banyak bezanya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Doc, alahai doktorpun, zaman doctor zaman sunway pyramid, zaman akak sg wang plaza ajer...mimaland tu zaman bila, anak2 la ni lagi canggih ada Gambang Resort, legoland dan segalanya ada tapi setiap zaman pasti ada keistimewaannya. take care

      Delete
  14. tgk balik gambar lama ,senyum sendiri ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks irfa, sama dgn akak. itulah kenangan namanya dek...take care

      Delete