Monday, November 16, 2015

Perkosaan minda... trauma

Salam. Sahabat2 semua, saya kembali menulis kerana rindukan anda semua, mencari semula semangat yang hilang & luntur.
1. Kesayangan saya pulang ke pemilikNYA satu demi satu.
Tiada istilah kehilangan dapat saya ungkapkan dalam setiap kali perpisahan ini. Dari ayah kesayangan saya, emak insan yang paling saya kasihi, abang sulong yang saya cintai, baru2 ini hanya selang 43 hari saya kehilangan kesayangan saya lagi. Dua orang kakak kandung pulang ke pemilikNYA tinggal dari 10 adek beradik hanya tinggal 7 sahaja. Sambutan Raya kami semakin kurang meriahnya. Tangisan saya tak sekuat kehilangan yang awal2 kehilangan dulu, Ya Allah kasihi kedua org tuaku seperti mana mereka mengasihi aku, Ya Allah tiada kata dapat saya gambarkan bila menjadi yatim, seterus piatu tetapi syukur bukan sebatang kara.
Oli juga sakit, kudis di kaki dan ada di punggung yg besar. Warded & kami rindukan kacang kuda enak berwarna pink. Bertabah sayang, kuatkan diri Oli, family sayangkan Oli.

Mak yakin kuasa KUNPAYAKUN ALLAH, Allah turunkan panas terik matahari, banjir yang melimpahi bumi, ribut petir yang menggegar bumi tapi akan dianugerahkan hari remang indah dihiasi pelangi, untuk kita semua berdiri dalam saf bersama menhadap kiblat Illahi, bersama mencari sinar nur Illahi moga kita semua di anugerahkan Husnul Khatimah. Amiin.


Sunday, July 12, 2015

Rezeki Allah itu pasti

Salam.
Selamat Berpuasa, Selamat Menyambut Aidifitri untuk semua.
Alhamdulillah segala yg Allah duga sudah ada jalan penyelesaiannya. Perlindungan Allah pasti ada, pengajarannya banyak yang positif. Lupakan semua & maafkan semua tetapi berhati2 untuk masa akan datang. InsyaAllah, mudah sahaja. Angkat kedua belah tangan, tadah dan memohon segala dariNYA yang Maha Pengasih, Penyayang & Berkuasa. Alhamdulillah. Syukur atas semua doa dan semangat yg diberi. Tahun ini Hari Raya kami sambut secara sederhana. Berhati2 memandu di jalanraya.

Here I found the Jannah friendship. Hope will be till Jannah..Assalammualaikum to all.

Monday, April 27, 2015

Stressnya jadi penjamin

Salam.
Kawan2, stressnya jadi penjamin. Hanya Allah yang tahu. Bodohnya saya meletakkan kepercayaan pada seorang kawan. Tuan2 & puan2, tolong doakan saya tidak didakwa sekiranya hamba Allah tersebut tidak dapat membyr hutangnya. TiTolong doakan kami yg teraniaya. Hanya Allah yg membalasnya. ini cari saya mengatasi stress saya.
Saya membantu sahabat yg baik hati disini dengan jiwa yang tak tenang. Tepat waktu saya ke mahmakah & lalui prosesnya. Ya Allah kami teraniaya oleh seorang perempuan yang pendek akal. Disini saya buang masa & Alhamdulillah Allah kirimkan saya sahabat bernama Azxxn. Moga jannah Allah sentiasa terbuka untuk dia.

Pemandangan kotaraya yang tidak mampu mengubat resah saya. ya Allah saya takut kalau perempuan itu tabah biarkan kami menanggung semua hutang piutangnya.

Tidak mampu mengubat resah saya hanya solat & yasin

Ya Allah berikan bantuan kepada kami, kasihani kami orang yang teraniaya, tolonglah kami ya Allah dimahkamah dunia ini.


kawan2 doakan saya & rakan. Ya Allah bantulah kami yg teraniaya. Lindungilah kami dari insan yang zalim ini. Tolonglah doakan kami.





Friday, April 17, 2015

Wanita Bekas Isteri Pembesar Sebuah Negars

Salam.
Mendengar & Membaca membuatkan ramai yg salah anggap tentang beliau. Wanita pertengahan usia yg makin jelita dlm usia sekarang, perencana yg baik, pemikir yg bijak tetapi akur bahawa kita semua perlu satu sama lain untuk bberjaya. Anak tunggal sudah menginjak usia dewasa, beliau harus pandai mengisi masa lapangnya.
Memandang tepat ke matanya yg cantik jelas kegigihan beliau menentang arus kehidupan. Tabah dgn takdir yg dilakatdilakar oleh Illahi tercatat dalam diary kehidupan. Mencuba & terus mencuba untuk terus bertahan membesar anak tunggal di negara asing dengan tabah.
Doa saya dia sentiasa dlm rahmat Allah & nasihat saya pada anda semua kita jangan senang untuk percaya apa2 cerita yg ada di tulis di internet & media, ada yg boleh percaya ada yg kita jgn percaya at all. Percayalah kerana besar dosa menjadi penfitnah, Nauzubillah. Terima kasih






Friday, April 3, 2015

BEST MALAYSIA ONLINE BOUTIQUE

Sekarang ini demam online shopping telah melanda Malaysia dan ianya telah berlanjutan buat beberapa ketika selepas banyak syarikat E-Commerce yang muncul di luar sana. Walaupun pada mulanya tidak ramai yang tahu bagaimana ia berfungsi namun kini keadaan sudah berubah sama sekali. Pandangan skeptikal tentang keburukan membeli-belah secara atas talian diatasi dengan pelbagai kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya. Bagi saya sendiri dahulu saya tidak mempercayai online shopping kerana tidak mendapat kepuasan dalam memilih barang apatah lagi dengan proses pembelian yang tidak teratur dan selamat. Kini saya adalah antara pencinta online shopping dan sebelum saya mula shopping saya akan pastikan hanya memilih best Malaysia online boutique yang mempunyai empat kategori utama seperti di bawah. 
Kategori pertama yang setiasa dapat menarik perhatian saya ialah kasut. Pada pendapat saya website online shopping Malaysia yang terbaik seharusnya mempunyai rangkaian kasut lelaki dan kasut wanita online yang meluas! Anda pasti bersetuju dengan saya on this matter, bukan? Saya high heels fanatik

Kemudian barulah saya akan tengok koleksi pakaian terkini wanita dan lelaki yang ditawarkan sama ada ianya menepati cita rasa saya atau tidak. Butik fesyen online yang mempunyai pilihan pakaian Muslimah mengikut trend fesyen Muslimah terkini adalah bonus bagi saya.
Aksesori wanita dan jam tangan lelaki adalah faktor ketiga untuk saya suka akan butik online Malaysia yang saya pilih. Ini kerana selepas beberapa ketika saya rasa shopping accessories online adalah jauh lebih mudah jika dilakukan di rumah. Saya dapat menjimatkan masa, wang dan tenaga daripada keluar ke shopping mall semata-mata untuk dapatkan produk kegemaran saya.
Yang terakhir ialah beg tangan wanita dan juga beg lelaki seperti backpack. Ada masanya saya tidak mempunyai masa untuk keluar semata-mata untuk dapatkan beg yang saya perlukan atas kekangan masa. Namun kini saya dapat beli beg online dengan harga yang terbaik di Malaysia terus dari rumah ataupun dari mana-mana saya rasa selesa. Mudah! Yang paling penting ianya jimat masa, saya membeli belah dengan tenang dan dalam keadaan yang sangat selamat. Dari hujung jari dan kediaman sendiri. 


Thursday, April 2, 2015

Enaknya Hidung Kucing, Seenak Kacang Kuda Rebus Yang Enak & Empuk.

Alhamdulillah syukur...
Anak bongsu saya tahu jalan pulang & selamat. Subhanallah anak kucing lagikan boleh di didik apalagi anak manusia. Apa gunanya akal kalau tidak digunakan, anak kucing lagikan dengar kata ini pulak anak manusia.
Wahai anak-anak kesayanganku, kalau Oli boleh aturkan masanya dengan baik kenapa tidak kita manusia.
Tahu masa tidurnya, masa mainnya dan tahu masa-masa keluar & balik rumahnya. tahu mana tandas dia, katil dia & paling baik tahu melawan kalau dibuli.
Tak mengamuk biarpun mandi, anak yatim piatu yang pandai bawak diri. Sayang ahli keluarga sendiri jadi anak2 yang saya sayangi, pelihara nama baik keluarga,
Masa kecilnya yang comot dan sakit mata. Dengan kasih sayang dan jagaan, syukur disembuhkan Allah. Saya mohon pada anak2 saya, jangan lepas tingkah laku dan kata2, pelihara diri dan iman, kalau berkawan mesti ada batasan. Agama kena pelihara, adat resam kita teruskan, orang Melayu kaya budi bahasa, jangan memaki & marah orang di khalayak ramai, sabar & selesaikan masalah dengan baik.
Katil comel Oli yang Oli suka tidur & selalu tidur dengan lena. Tata Wada yang tolong kemaskan & Oli tidur sebilik dengan Tata Wada. 
Siang Oli terboroi tidur sebelah Tata Wada, Oli gemuk sebab suka makan ayam rebus atau bakar. Ketentuan Allah, Oli suka makan daging ayam, anak-anak saya makan ayam hanya tempat-tempat bertulang. Cara Oli makan ayam memang kelakar & selalu jadi bahan ketawa kami sekeluarga.
Sampai keluar air mata, makan dengan penuh berselera tapi kena suap sebab Tata Wada takut tercekik. 
Ya Allah, rumah kami tidak membazir lagi sejak adanya Oli. Fungsi Oli bukan hanya comel tapi mengurangkan pembaziran domestik.
Tidurnya lena tetapi selalunya Tata Wada akan dukung Oli kemana2 & paling saya suka hidung Oli yang sangat enak untuk dicium, rasanya macam makan kacang kuda yang enak, lembut & gebu. Kalau berani, sila cuba sebab saya tiap2 hari cium hidung kucing anda & nikmati kekenakannya.
Cara tidur Oli yang terlampau seksi & langsung tidak sopan santun. Kalau dia dibenarkan keluar rumah & baliknya nanti pasti tidur lena sangat2 & tidak sopan. Kalau anak kucing boleh dididik ini pula anak manusia. Selalu saya kata pada Along & Wardah, Oli tahu tak nak membazir kita manusia pula yang tak tahu menghargai rezeki.

Tuesday, March 31, 2015

Anak bongsu saya lari dari rumah

Salam.
Anak bongsu saya si Oli dah pun layak ke sokolah. Dah dewasa & pandai tunjuk perasaan sebenar .Nak keluar berteman & bertemu kawan2. Nak pandai lari dari rumah & pulang lewat. Manja saya dah besar rupa. Pesan saya "pergi sekolah, buat perangai baik2 & balik rumah kalau Oli sayang mak". Alhamdulillah keluarnya pagi baliknya tengahari. Oli anak yang baik dengar pesan emak.
Oli selalu bising & pantang pintu di buka dia akan cari jalan keluar dari tingkappun Oli boleh keluar. Saya adalah ibu yang lembut hati. Saya tidak boleh paksa Oli duduk rumah sebab saya perlu faham fitrah alami Oli berbeza dgn arwah tobby. tobby orang parsi yang besar & lambat gerakannya. Oli kucing liar yang kuar & tampan. Mak pujuk tata wada kita ajar Oli mana jalan pulang & mana rumah.
Anak kucing lagi boleh dikawal tapi kalau anak manusia payah sebab manusia ada akal. Bertuah kita jadi manusia jadi jom kita gunakan akal.
Kejap lagi Oli nak pergi sekolah tapi tunggu tata wada dulu pergi. Oli baru tadika jadi waktu sekolah mula pukul 8.30 am.
bangun2 pagi Oli dah ready kat katil tata wada dah ready nak pergi sekolah.

Kawan2 Oli stray cats datang sarapan kat rumah Oli sebelum kesekolah. 

Balik sekolah Oli ulangkaji pelajaran & rehat. Oli tengok tv & tidur petang.

Oli tunggu mak balik.. Oli kata Assalammulaikum. Apa khabar mak? Untuk Oli mak sentiasa Alhamdulillah... Moga Allah sentiasa murahkan rezeki keluarga kita. Ameen.



Monday, March 30, 2015

Heran... dah tua2 enjoy di CC

Salam.
Apa pendapat anda bila anda nampak warga tua bermain game di CC? Kalau saya malu teramat. Hiruk pikuk remaja bermain games & pelbagai.
Majoriti pengunjung terdiri dari bangsa asing, bangsa China, India & warga asing. Bisingnya dgn gelak ketawa & tepuk sorak mereka. Orang Melayu hanya saya & Wardah. Bayangkanlah sekiranya di masa hadapan generasi kita hanya aktif menjadi wira keyboard. Atas paksaan Wardah saya temankan juga dia ke CC atas nama kerja sekolah. Dengan bayaran RM 2 seorang sejam & saya habiskan waktu dengan bukak fb.
Maghrib melabuhkan tirainya kami pulang ke rumah dengan senang hati.
Saya tengok keliling semua pengunjung lelaki remaja sahaja. Intai juga apa yg mereka buat, game hanya dua orang warga asing yang bukak blog merepek tetapi bila dia tengok saya berpaling, mereka tutup. Tu dia makcik kawasan dah mai. Yang paling tidak boleh saya lupakan bila saya teman Along buat survey tentang The Advantages Using Unifi At Restaurants. 
Ada baik ada buruk. Pada hari ini saya melihat ada juga kedai2 mewah 24 jam menyediakan shisha & tuan puan jgn terkejut melihat gadis2 Melayu kita menghisap shisha dgn baik. Bagi kita ibubapa yang anak2 sudah berada di universiti perlu peka dgn budaya seperti gay, lesbian & lain2. Saya yakin anak2 ini akan bijak memilih mana yang baik kerana selagi dalam hati masih takut Allah, InsyaAllah kita akan sentiasa dilindungi.
Malam Sabtu baru-baru ini, kami keluar hantar Along balik rumah sewa & kami dapat tengok program jom kita berbasikal. Family activities yg baik. Nampak meriah dgn lampu2 basikal & anggota keselamatan
yang berkawal. Moga hidup kita sentiasa dlm baraqoh Allah. Doakan saya mencapai segala cita2 saya, InsyaAllah.

Monday, March 23, 2015

Bezanya cara saya & arwah emak saya, bagai bumi dengan langit

Salam.
Besarnya dulu & kini
Masa saya kanak-kanak banyak yang arwah mak langsung tak pernah berterus terang,
Masa saya kanak-kanak banyak yang arwah mak langsung tak pernah bersuara
Masa saya kanak-kanak banyak yang arwah mak larang
Ya Allah berbezanya saya dengan arwah mak macam bumi & langit
Ya saya hanya kasih sayang kami kepada anak-anak,
Tetapi kasih sayang saya kepada arwah mak mungkin tidak sama dengan kasih sayang anak2 pada saya mungkin berbeza

Dengan Wardah dengan Along,
Ini bicara saya dengan Along:-
Saya: Along, ingat pesan Mak. Jangan usik anak dara orang, Along lelaki. Mesti hormat dan pelihara adab dengan kawan-kawan perempuan.
Along: Mak, Along tak minatlah benda-benda macam tu.
Saya: Kawan lelaki pun sama, jangan lebih2 sangat, jangan ikut kawan2 gay. Ajak dorang jadi lelaki normal ye sayang
Along: Mak ni, fikir bukan2 je. Taulah Along jaga diri.
Along best friend Oli

Ini bicara saya dengan Wardah:-
Saya: Sayang, kawan adek tu balik dengan pakwe dia ke?
Wardah: Aah, sebab mak dia keje KL, jauh.
Saya: Mak dia tau tak dia naik motor dengan pakwe dia hari2.
Wardah: Mak..manalah adek tahu. Kita jangan sebuk hal orang
Saya: Yelah adekkan kawan dia, adek nasihatlah.
Wardah: Hiiii...mati balik hidup adek tak berani. sia-sia makan penampar dia
Saya: Cakaplah dengan cikgu kalau dia tampar Adek.
Wardah: Mak, dengan mak2 sekali dia tampar
Saya: MasyaAllah
Tata Wada girlfriend Oli paling rapat
Arwah emak & saya masa umur saya 3 tahun
Dulu Along, Adek,
Arwah wan tak pernah ajar mak tentang haid, mandi wajib atau apapun yang berkaitan seks,  jauh sekali tentang hubungan lelaki & perempuan. Belajar sendiri2 tapi tak berani nak mencuba atau bertanya dengan orang tua. Semuanya mak belajar bila dah haid, cara jaga kebersihan & adab2 mandi bila sampai masanya.
Zaman sekarang, mak ajarpun adek tak dengar, malas lagi.
Jawab Wardah: XXXX tu bibik dia yang buat semua. lagilah teruk. dia x cuci apa2pun. 
Jawab Along: masa sekolah menengah dulu, ada kawan Along budak Cina, pengotor gila. Buang pad yang kotor dalam dustbin dlm kelas. Semua org nak muntah. Yang paling best masa Along jadi pengawas sekolah, masa Assembly ada budak tercicir pad masa berjalan masuk kelas. 
Jawab Wardah: Mak, dulu kawan adek budak lelaki lembutkan, kat kelas selalu pakai bedak. Cikgu rampas bedak tu, dia nangis. sian pulak adek.
Jawab Along: betullah, mesti larang naluri macam tu. jangan sokong
Jawab Wardah: Adek kesian sebab dia mesti malu.
Ya Allah anak2 sekarang berbeza dengan kita dulu2. 
Kata mak saya jangan menyanyi di dapur, nanti kawen dapat laki tua.
Kata Wardah: Budak2 sekarang jarang di dapur, ada bibik atau mak dia beli makanan siaplah mak.
Kata Along: Mak tak kawan orang tuapun.. Wan takut makanan hangus atau mak yang terbakar
Kata mak saya dulu, jangan makan dalam kuali, periuk 
Kata Wardah: ada jer restoran yang hidang dlm kuali, tu kita makan aiskrim dalam pasu bunga
Kata Along: mungkin dulu kuali hitam & nampak kotor kot

Yang saya paling hairan, sampai la ni saya masih ikut pantang larang arwah emak. Saya elakkan makan dalam kuali & periuk walaupun restoran hidang dalam kuali & periuk yg berkilat, saya mintak sudu, garpu & pinggan. hahahaha saya memang Old School. Maafkan saya.

Friday, March 20, 2015

Yakin pd rezeki halal Allah

salam. alhamdulillah, malam ini saya & Along makan di Terengganu Corner, Section 7, saya bertemu pemuda ini.
bekas siswazah kejuruteraan mekanikal UiTM tapi memilih berniaga char kuew tiow di seksyen 7 Shah Alam, Selangor. Hamba yg sangat teliti dari segi halal & haram dalam hidupnya.

sekelipan mata terhidang char seaweed noodle yang enak. Saya tanya mee apa dan dia ceritakan rahsianya. Sebungkus RM6.50 dgn 5 hidangan sgt berbaloi. Jom cuba & baca khasiatnya. Produk Melayu Muslim. InsyaAllah saya akan support produk ini.
khasiatnya, kehalalannya terbukti dan dibuktikan secara klinikal. Terima kasih titukang masak yg berijazah kejuruteraan mekanikal & terima kasih pembuat mee seaweed yang bijak. Moga Allah luangkan rezeki halal buat kalian seluas-luasnya  
enak, sihat & halal. saya salute anak muda ini dan saya janji saya akan beli mee seaweed ni lagi. InsyaAllah penjual mee & pencipta mi rumpai laut ini dibukakan rezeki Halal Allah seluas2nya. Terima kasih atas budi baik anda. 


Sunday, March 15, 2015

Allah, saya berkongsi lelaki kesayangan ini.

Salam para sahabat.
Mungkin ini doa wanita ini. Wanita ini tidak pernah berkahwin & pastinya tiada zuriat. Lahirnya lelaki ini pada 7 hb Oktober 1995 menjadikan lelaki ini adalah anak saudara kesayangannya. Terlalu sayang dan dia sangat rapat dengan lelaki ini. Wahai semua wanita, bersyukurlah kalau kita ada zuriat, peliharalah zuriat kita dengan penuh kasih sayang dn hiasi mereka dengan ilmu akhirat & dunia. Saya dan wanita itu berkongsi kasih sayang pada lelaki yang sama. Dari usianya muda & sihat, dia meletakkan lelaki ini antara insan yang teratas dalam hidupnya. Ya Allah sehingga kini wanita itu semakin menyayangi lelaki ini.

Along dgn wardah sentiasa dlm doa mak ndak agaknya. Makan minum budak2 berdua ni sentiasa dlm perhatian mak ndak & mereka tetap budak kecik bg mak ndak. Kemana-mana mak ndak pergi Along yang hantar, urusan mak ndak Along yang uruskan, segalanya Along. Kadang-kadang orang fikir Along cucu mak ndak . Maaf cakap dalam semua anak2 saudara, mak ndak paling percaya pada Along terutama bab duit ringgit & harta benda. Saya pernah tegur Mak Ndak bab2 ini tetapi mak ndak selalu marah saya. Mak Ndak letak 200% kepercayaan pada Along. Semakin usia meningkat semakin mak ndak mengharapkan Along. Doa saya walaupun berkongsi kasih tapi lelaki ini tidak akan berubah.
Demi kasih pada lelaki ini, mak ndak turut sayang pada Oli sebab lelaki ini dengan adeknya sayangkan Oli. Mak Ndak turut memastikan Oli sentiasa ada di rumah supaya lelaki ini ada kucing untuk di manjakan.
Mak Ndak sentiasa menunggu kepulangan lelaki ini pulang dari sebarang aktiviti kehidupan samada dari universiti dan keluar kemana-mana. Kasih seorang ibu saudara yang tidak ada tandingannya.Tertidur selepas solat fardhu atau sunat di sofa bawah adalah rutin mak ndak sekiranya lelaki ini belum pulang dan dia dapat melihat dengan matanya sendiri lelaki kesayangannya ini selamat.
Hanya Along dengan Wardah yang tahu apa keperluan mak ndak, kalau bab berpakaian atau persiapan nak keluar rumah kalau orang lain yang buat, mak ndak mesti cakap "hanya adek yang reti uruskan dia" tapi bab-bab urusan duit & harta benda tunggu Along cuti biar Along yang uruskan. Selalu berpesan pada Along, jaga rumah dia, kebun getah dia & tanah dekat kampung. Kongsi dengan adek dan jangan jual semua harta pusaka. Entahlah mak ndak kalau suatu hari nanti kalau Along pergi belajar jauh di luar negeri. Kesian mak ndak... Harta& duit ringgit mak ndak hanya Lelaki ini dan adeknya yang punya.
Allah yang maha megasihi, kasihilah wanita ini sebagai hambaMU, ampuni semua dosa-dosaNYA Ya Allah, bukalah pintu rezekiMU, bukalah pintu kesihatanMU, bukalah pintu rahmatMU, bukalah pintu taubatMU, bukakanlah pintu ImanMU dan berkatilah kehidupan wanita ini di duniaMU dan juga diakhiratMU. Wahai lelaki ini, jangan sesekali lupa kasih sayang mak ndak pada hayatnya atau sekiranya dia tiada lagi. Kami berkongsi kasih sayang kami dan sentiasa sedekah Al-fatihah kepada dari dunia dan akhirat kami.