Wednesday, June 20, 2012

orang berilmu rendah diri

Salam Rabu.
Saya mengenali Pak Zakir dari tahun 2010 lagi bila syarikat beliau menjadi contractor kami dalam beberapa projek  tetapi terlalu banyak yang saya pelajari dari beliau. banyak teladan dari sempadan, nilai positif lebih lebih tinggi dari negatif. Berasal dari Bandung Indonesia, pakar dalam renewal energy, kalau anda lihat fizikal dia nampak seperti orang tua biasa, Berkelulusan dari Institut Teknologi Bandung tetapi saya amat kagumi peribadi beliau. Kuat bekerja dan rajin kerana kata beliau bila bekerja, bekerjalah seperti kalian akan hidup selamanya, beribadatlah seakan kalian akan mati esoknya. Rahsia kecergasan fizikal & minda prof tua ini hanyalah Al-Quran. Beliau & Al Quran tidak pernah berpisah sejak umurnya 15 tahun. Kata Pak Zakir, nyawa pinjaman yang tiada perlu kita bayar tetapi perlu kita cari, belajar, patuhi, mudah hidup kita di dunia & akhirat.
Ilmu dunia & akhiratnya saya fikir setara, aktif walaupun berpuasa, Pak Zakir boleh memanjat hujan & gunung. Beliau pakar dalam renewal energy Asean, bayangkan bila beliau present macam pakcik ketua kampung gayanya. Selain dari itu, beliau juga ada perniagaan keluarga di Indonesia iaitu kopi hanjuang atau bandrek.
Katanya bagus untuk kesihatan, dibawanya khas dari Bandung untuk saya. Insya Allah akan saya bantu untuk menjadi produk ini lebih diterima dipasaran Malaysia. Belum dicuba kerana saya sangat sebuk dengan SMIDEX 2012 bermula hari ini dan esok pula upacara perasmian oleh PM. Saya betul2 penat sebab hari ini ada Pocket Talk & berbagai.
Nati saya cuba jadi testimoni Pak Zakir dan bantu sepupu beliau yang lahir di Malaysia untuk bangunkan rangkaian perniagaan di sini. Komen Pak Zakir, Puan Masih boleh buat blog? Mungkin itu satu cara bantu puan kurangkan stress kerja? Puan tulis yang baik2, bahan2 yang membangunkan sahabat2 saya pasti Allah akan berikan rahmat yang tertinggi. InsyaAllah tapi ilmu saya sikit sangat jadi kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga. Yang tak best bila Pak Zakir tegur, Puan makin gumuk? Saya gelak sebab memang benar.
Airterjun begini Pak Zakir mampu lagi naik tak sampai 10 minit tetapi saya lebih rela jadi dugung di bawah. Comel atau tidak bentuk dugung, saya rela terima sebab saya gayat nak panjat naik walaupun ada tali dan segala macam peralatan, gayat tetap gayat. Tambahan pula air terjun ini, ngeri saya nak panjat. Kawan2, Pak Zakir sudah berusia tapi minda, ilmu dan kepakaran beliau diperakui oleh Prof2 universiti di Malaysia. Rendah diri, jaga amal ibadat dan tidak lokek berkongsi ilmu, itu yang paling saya kagumi.
Selamat Malam, Assalamualaikum dan Semuga Allah sentiasa memberkati hidup kita.

26 comments:

  1. Alhamdulillah atas rahmat yg Allah SWT limpahkan ke atas Pak Zakir.

    Seronoknya tengok air terjun tu, kalau dapat saya tembak, antara kepuasan maksima nih! (takdak lain asyik fikir pasal menembak ja saya ni, teruk kan)

    ReplyDelete
  2. Dinas, air terjun ni terletak di lembah temir raub pahang, kalau dinas pergi mesti hasil tangkapan boleh buat poscard. Memang cantik. rasanya blog dai temirvalley.blogspot tangan yang menembak gambar2 dalam tu sekelas, sestandard dan sewaktu dengan tangan dinas

    ReplyDelete
  3. Mak Wardah pon beruntung dpt kenal orang cam Pak Zakir tu :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul cr...alhamdulillah, pekerjaan akak membantu akak berjumpa orang2 yg baik2 dan blog akak juga bertemu dgn anda yg baik2

      Delete
  4. Hebat juga pak zakir ni ya. Betul juga, bila alQuran djadikan panduan, hdup pasti akan d berkati kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu, mungkin cikgu mampu melahirkan anak murid seperti pak zakir

      Delete
  5. Air terjun tu nampak lbh kurg cam air terjun telaga tujuh ja...cantik sgt... Tu semua kurniaan Allah swt pada beliau... Alhamdulillah. Terima kasih kerana sukakan blog M yg tak seberapa tu... Salam ukhwah dr M..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkasih,

      m blog m tu bagus sgt, air terjun tu kat raub pahang

      Delete
  6. Replies
    1. tkasih mam.
      akakpun kagum kelebihan allah kurniakan pd pak zakir

      Delete
  7. salam perkenalan..:)
    blogwalking here..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tkasih sudi bw kat blog akak. salam ukhwah juga

      Delete
  8. betul tu.. lagi kita ikut cakap Allah. lagi Allah jaga kita...=D

    jom singgah sekejap..=D
    http://lolz-l.blogspot.com/2012/06/still-jahat-walaupun-dah-solat.html

    ReplyDelete
  9. kata-kata pak zakir tu elok kita jadikan pedoman...
    kagum..tak pernah berenggang dengan Al-Quran..teringin nak buat macam tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murni, tkasih byk2, harap kitapun jadi macam pak zakir

      Delete
  10. salam tuan rumah,

    tumpang jalan, lalu sekejap.

    ReplyDelete
  11. kagum... mudah2an kita mendapat sedikit panduan dari kisah beliau. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih Asmara.
      Sama2 kita berusaha ke arah itu...

      Delete
  12. nini pon nk sama jadi dugong kat bawah dengan akak..bukan tak larat nk panjat naik tapi tak berapa tahan gayat..(alasan) hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Nini.

      Nini tak layak lagi jadi dugung tu tapi akak dah lama masa dalam kategori tu, nantilah nak jadi ikan arowana pulak...

      Delete
  13. Replies
    1. Terima kasih Ros, semuga ukhwah kita berpanjangan

      Delete
  14. kagumnya..saya sekarang cuba luangkan masa baca QURAN sehelai sehari.malu sbb dah lama x baca makin tergagap ;(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akakpun sama Irfa, kena charge bateri semula..tqvm for mengingatkan

      Delete