Thursday, May 24, 2012

Anak2 remaja kita - tepuk dada tanya selera

Salam.

Mid Year Exam dah sampai ke penghujungnya, Wardah hari ni last paper pendidikan seni, Along semalam last paper Add Math, hari ini dah berehat di rumah. Kalau dulu isu2 perkahwinan jarang dibicarakan secara terbuka pada di  kalangan remaja dahulu  tetapi remaja hari ini bersikap terbuka apabila meluahkan hasrat dan impian hidup mereka di masa hadapan.
Perbualan Along, Adek dan cousins mereka Kiki & Nayli yang di panggil Ooah.

Ooah: Adah (Wardah) nak kawin unur berapa?
Adah: 23 tahun.
Ooah: Kak Ooah umur 25 abis u. Mudanya Adah nak kawin.
Wardah: Kalau tua sangat nanti dah tua anak kecik2 lagi
Along: Dek, 23 belum habis belajar lagilah. Along nak kawin lambat.
Ooah: Ada ke perempuan ke nak kat Along? Lelaki paling tak romantik di mayapada ini.
Dia orang semua ketawa. Alongpun ketawa.
Kiki: Eleh sekarang perempuan dah kurang, permintaan untuk berkawen pada lelaki tinggi. Apa kami nak risau
Adah: Perempuan pun dah boleh berdikari sekarang tanpa lelaki. Kami tak heran pun
Along: Susahlah nak cari perempuan Melayu baik2 sekarang.
Kiki: Sosial sangat...
Ooah: sapa suruh pilih perempuan macam tu.
Along: Ala tak kesahlah...kalau tak kawenpun Along dah pandai masak sikit2. Basuh baju washing machine ada, laundry ada, boleh hire maid, kalau kawin nanti kena control. Kalau nak anak, ambek anak angkat,banyak orang buang anak, dari buang merata2 baik Along ambek.
Adah: Along tu cakap besar, nanti terhegeh2, tak nak kawen.konon...
Kiki: Adah, dah ada calun ke? lagi 9 tahun tu..
Adah: Kiki ni kenapa, nantilah masa orang kat u. Orang pilihlah.

Tiba2 mak ndak menyampuk.
" Awak berempat berangan nak kawin, nak jaga diri sendiripun tak lepas lagi, semua mak ndak yang buat untuk Wardah ngan Along tu. Belajar pandai2 dulu, cari kerja elok2, pilih orang elok2, asal keturunannya elok2, agamanya bagus, ada sikit harta barulah kawin. ni panty diapun mak ndak yang basuh ada hati nak  kawen umur 23 tahun".

Serentak mereka menjawab:
"Tu sebab mak ndak tak kawen2, cerewet sgt" lepas tu pakat gelak ramai2. Tepuk dada tanya selera, anda berhak memilih yang terbaik untuk diri anda sendiri tapi sebagai ibu saya juga berhak membantu anda membuat pilihan yang terbaik.

I am speechless again.

10 comments:

  1. Salam.. Mesra nye depa nih.. Happening..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TPJ, mereka sgt nakal dan banyak kerenah...

      Delete
  2. nak calon menantu lelaki macam ustaz yang ngajar ngaji kanak-kanak tu ...
    "ya anak - anakkkkk"


    lupa lak nama ustaz tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih pB sudi singgah...Akak doakan dapat menantu seperti yang dikehendaki.

      Delete
  3. dalam dok bincang-bincang sempat lagi mereka kenakan mak andah deme yer...

    cerdik sungguh bebudak ini hehehehe...

    wokey apa... mak wardah dah nampak kan ciri-ciri menantu hehehehe.. hopefully jadi mak mertua yang baik la...

    o o o tetiba rindu kat Opah Kak So yang open -minded di kuala kangsar... waaaaaa... sesiapa pun menantunya, layanan tak berbeza, yang sibuk terasa tu, menantu tak sedar, nak lebih jer hehehe terima lah seadanya... Insyaallah...

    errr kenapa kak so merepek ni... aduhai *tepuk dahi*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak So, belum terfikir lagi nak jadi mak mertua...tetapi adakala saya jugak rindukan arwah ibubapa saya. Ye la, jangan beda2kan menantu...maupun cucu2...

      Delete
  4. Anak sulung saya..lelaki dah kata tak nak kawin..saya rayu kat dia...tolongg la kawin..tak larat la mama nk jg hakim dahh....heheee mcm2 bdk 2 sekrg kan....anyways terina kasih kerana mnjengok blog saya :) salam perkenalan moga berkekalan persahabatan ini ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih puan saniah. Macam2 telatah anak2 kita nikan...

      Delete
  5. hehe..gelak baca
    saya dulu penah cakap kat diri nak kawen masa umur 25tahun
    tapi jodoh sampai masa umur 21..

    anak2 skrg lebih terbuka dan kita juga tak boleh strict sgt dgn mereka..ibarat menarik layang2..

    anak lelaki saya selalu cakap 'nanti abang nak kawen dgn perempuan yg sayang umie'moga2 Allah kabulkan hasratnya itu sbb dia je anak lelaki saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa, sedar atau tak kita juga turut mendidik anak2 lelaki kita kearah membantu bakal isteri mereka. Mudanya Irfa kawen tapi banyak faedahnya...kita sama2 ada satu hero, InsyaALLAH bakal menantu perempuan kitapun baik akhlaknya. Sayangkan kita aopa kata bila dah ada menantu kita berblog jugak...

      Delete