Adakala dilahirkan sebagai wanita banyak dugaannya, setiap tingkah laku wanita itu sentiasa diperhatikan. Mereka tidak kenal siapa dia, saya rasa jangan jatuhkan hukuman tapi mengira fakta dan pendapat orang lain.
Wanita ini sahabat saya, bagi saya dia sahabat yang baik, tulus dan sangat menghormati persahabatan. Kami di pejabat lama dan jabatan lama adalah satu rumpun saudara yang besar. Memang ada kata2 yang kasar dan mengguris hati dalam pergaulan harian tapi untuk meletakkan maruah sahabat sayake bawah tapak anda bukanlah perkara enteng untuk saya terima.
Tidak perlu bertanya saya, bagaimana you boleh rapat dengan dia? Jawapan saya "dia bukan seperti yang anda sangka sebab dia sahabat karib saya". Bila saya tanya semula,"kenapa? apa masalah dia? Kamu jawab awak tak tahu sejarah dia? Saya kata "sayapun ada sejarah kerana definisi sejarah itu sendiri adalah peristiwa yang telah berlaku pada tarikh tertentu dan tempat tertentu". Anda tanya lagi "awak tak takut nanti reputasi awak jatuh? Saya jawab "saya tidak anda reputasi untuk dijaga. Saya hanya perlu jadi diri sendiri dan jaga tingkah laku saya". Anda tanya lagi "awak tahu ramai orang yang tak suka dia?" Saya jawab "saya tidak perlu ambil tahu kerana saya suka berkawan dengan dia". Anda tanya lagi "awak taukan dia pernah kena tangkap basah? Saya jawab "saya tidak mahu tahu sebab saya tidak ada bukti sah". Anda sambung lagi "Awak tak malu nanti orang anggap sama macam dia"? Saya jawab "saya tak pernah malu sebab dia dengan saya sama saja. dia wanita sayapun wanita, dia manusia sayapun manusia, dia ibu sayapun ibu, kami sama". Awak teruskan lagi"awak tahu dia kena cerai talak tiga?" saya jawab"saya yakin jodoh pertemuan ajal maut di tangan Tuhan, saya bangga dia boleh melaluinya dengan berjaya'. Awak bakar tahap kebosanan saya, awak kata " kalau saya geli nak baik dengan perempuan macam tu"?. Saya penat dengan umpatan awak yang tidak segan silu memberikan saya gambaran betapa rendah pekerti awak. Jawapan saya "XXXXX, sorry pls stop provoking me about XXXX. She got nothing to do with you, She never know who are you. My principle is easy. Saya bersahabat dengan 2 orang sahabat saya XXXXX di department awak dgn XXXX atas dasar saudara seagama. You have no right nak buruk2kan mereka pada saya sebab saya rasa kadang2 kita nampak najis di kain orang lain tapi najis sendiri bertempek di punggung". Saya terus naik ke pejabat.
Tuan & Puan,
Saya tidak berhak menghina sesiapapun kerana mungkin diri saya lebih hina dari orang2 yang hendak saya keji. Saya sedar amal ibadat saya tidak seberapa, ilmu dunia dan akhirat saya jauh ke belakang, banyak yang saya kena belajar dan top-up untuk hidup di sana. Saya yakin ada di antara insan2 sebegini yang tidak senang dengan persahabatan orang lain dan saya pohon marilah kita berkawan dengan orang lain seikhlas hati anggap mereka bagai saudara sendiri. Saya tidak kesah kalau sahabat2 saya ini menganggap saya apapun tapi yang ikhlas mereka tetap sahabat saya dunia akhirat. Kalau anda ingin bersahabat saya, silakan tapi buang pekerti buruk anda...
kita semua tak pernah lari dari dosa kak..
ReplyDeletebaik dari dosa yang kita sedar dan kita tak sedar..
pada pendapat Nini, walau siapapun akak @ Nini..asalkan niat kita ikhlas berkawan/bersahabat..insyaAllah..DIA akan tunjukkan yang terbaik buat kita :)
Akakpun sama, happy sgt dapat kenal Nini & kawan2 lain. Hari ini akak sedih bila kawan akak @ sahabat di hina begitu. Sapalah akak Nini nak menghina org lain.
Deletesalam kak,
ReplyDeleteyeee siapalah kita nak menghukum orang lain ...
sentiasa beringat2 klu kita rasa kita "baik" hari ini ntah macamana pula anak cucu cicit kita nnt...
Mak Encik, akak tak tahu kenapa dalam kerajaan @ agensi kerajaan masih ada golongan pegawai yang rendah sangat hati budinya. Orang yg sama pernah tegur akak bila kerap lunch dengan staff. Lunch pun kena standard ke? Sedangkan dia sendiri pegawai bawah dari akak.
Deletethanks akak sebab baca belog saya yg tiada apa2 sangatnya tu...belog saya tu byk merapunya je...
Deleteemm kdg2 mengumapat org rasa sedaapp hingga tk nmpak salah sendiri...
maya, blog maya ok, akak enjoyed baca.
Delete