Mank Ndak dah tak de keje lain, dia isi masa dengan berkebun kat tanah seluas sekangkang kera. Tuan2 & puan2 mesti geli hati tengok edible garden kami.
Dari tingkat atas, ada belimbing buluh, mak ndak selalu ambik pucuknya rebus dan minum. Katanya elok untuk darah tinggi. Pokok kesum dua pasu, daun besar & kecil sebab Wardah suka masakan campur daun kesum. Atas tanah pejuru kanan, cili padi. Dalam pasu bunga2 yang mak ndak suka. Yang tinggi tu pokok buluh madu, belum ada hasil lagi. Saya ambil dari Kuala Ketil Kedah semasa site visit ke Sekolah Rendah Agama Al-Naim.
Inilah istana cinta saya yang sangat sederhana tetapi didalamnya tinggal insan2 yang amat saya kasihi. Kalau dulu, petang2 ada sepasang adik beradik bermain di hadapan rumah tetapi sekarang kedua-duanya sudah remaja. Ada aktiviti indoors masing2. Bila ada Adam dengan Amjad barulah meriah mereka bermain sama2.
Inilah pokok buluh madu kesayangan Mak Ndak. Kebun Mak Ndak juga ada dua jenis pokok limau purut, daun kasar dan daun halus tetapi kalau susah berbuah.
Terselit pokok bunga raya yang selalu daunnya di makan ulat dan Along selalu spraykan semburan serai. Hari2 mak ndak marahkan ulat2 tu.
Ini sepohon lagi pokok buluh madu mak ndak dengan sepasang pokok daun limau purut. Baru saya perasan setiap pokok mak andak berpasangan. Di sudut hujung, ada pokok kacang tanah, daun kaduk, daun ceylon
& orkid hutan.
Pokok cili padi mak ndak yang jadi macam bonsai ada 5 pokok semuanya, hasilnya boleh diharapkan jugak lagipun bebas kimia. Rumput pun mak ndak yang tanam dan dia jaga.
Tenang dan damainya rumah kami. Dalam barisan rumah kami, hanya kami sahaja keluarga Melayu tetapi jiran2 kami semua baik2 dan sepakat. Along & Wardah memang suka tinggal di sini, kata mereka aman, damai dan selamat.
Nampak subur rumput carpet akak tu.......
ReplyDeleteNurul, mak andak yang tanam dan jaga.
DeleteAs-salam.
ReplyDeleteDi mana dan dalam keadaan apa pun, itu soal sekunder. Soal primernya, kita bahagia. Amat kemas dan bersih taman Mak Wardah tu!
Waalaikumsalam. Itulah taman sekangkang kera saya cikgu.
Deletejelesss btol nini dgn kebun mak ndak nih!
ReplyDeleteTak payah jeles, sekangkang kera tapi mak ndak macam nini jugak tangan seni
Delete