Sunday, April 29, 2012

DOAkan saya kawan2

Tuan2 & Puan,

Ya Allah, Saya dah jadi remaja purba, patut sedar diri, rumah kata pergi, kubur kata mari. Along selalu kata Mak, better recite Quran again & faham maksudnya. Mak, you are consultant, mesti faham teknologi2 dalam Quran. Malunya saya, anak remaja yang nasihatkan saya. Terima kasih anak. Along jugak cakap pada saya, Mak tak payah beli any medicine nak kurus, puasa sunat aje dah cukup. Mak exercise weekend Along temankan. Mak jaga makan...sekali2 bolehlah makan ni.
Lupakan roti canai banjir dengan nescafe tarik. Nanti Adek dengan Along remindkan mak.
Kami allow mak makan sebulan sekali je...Nasi lemak tak usah ambik lagi kalau nak sangat pun sebulan sekali. Maghrib tadi Wardah ambik Al-Quran besar saya dari rehal, susun bantal dan letak atas katil. Mak, kita sambung baca Quran 30 juzuk lagi nak... Ya Allah, sebak saya dengar ajakan anak saya, mengajak saya ke arah kebaikan seperti mana saya harapkan mereka juga.
 Syukur Alhamdulillah. Wardah buka Surah Al-Baqarah dan kawan2 doakan saya dapat habiskan 30 juzuk sebelum Ramadhan 2012 kerana saya amalkan membaca Yassen dan sehari semuka surat Al-Quran.
Bermula dengan Al-Fatihah, remaja purba seperti saya mulakan misi ini. Dikuti dengan muka surat pertama Surah Al-Baqarah. Tuan puan jangan ketawakan saya.
Disebabkan Wardah tidak boleh solat, dia jadi pendengar bacaan dan betulkan kalau ada say tersilap. Wardah menyorok di sebalik bantal di kiri saya. Ustazah nakal...
Moga kita sama2 mendapat fadhilatnya. Cepatnya masa berlalu, kalau tuan2 puan2 baca n3 saya tentang zaman remaja saya, entah bila tiba2 saya dah jadi makcik2. Alhamdulillah, masih boleh bernafas lagi, boleh bekerja, mudah2an dipanjangkan Allah usia bagi Qada apa2 hutang yang tertinggal & tertunggak.
Makanan nipun hanya sebulan sekali...Susahnya ada pengawal badan & pembantu peribadi yang suka sibuk badan ni....Allah, bersyukur saya ada sepasang zuriat yang rendah diri sikapnya. Doakan saya kawan2 agar dapat menghabiskan AlQuran seperti yang dirancang, sebelum ini kami berkongsi tetapi sekarang kami ingin melakukannya secara individu. Doakan...

12 comments:

  1. salam kak,
    InsyaAllah ... tak terlintas pun nak ketawakan akak ... sama2 kita berubah ke arah yg lebih baik ... aminnn ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yala...kadang2 malu jugak bacaan anak2 tegurkan...tapi akak dengan wardah kali ni betul2 nak ikut schedule

      Delete
  2. InsyaAllah kak...sama-sama kita berdoa untuk kebaikan kita bersama.alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih byk2 Nini. Nanti emailkan harga 3 bekas kerepek bayam termasuk harga pos.

      Delete
  3. assalamualaikum

    terima kasih komen dan melawat blog saya

    kunjungan sdri saya amat hargai..

    semoga berkunjung semula ya..

    salam perkenalan dr saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kembali. Doa say kita sama2 ciberkatiNYA

      Delete
  4. Nurul doakan semoga akak berjaya habiskan 30 juzuk tu sblm Ramadhan...

    ReplyDelete
  5. As-salam
    Insya-Allah termakbul niat murni itu. Anak-anak yang ikhlas mengingatkan, insya-Allah, akan selalu ingatkan kita, semasa kita ada, semasa kita telah tiada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih cikgu. Mudah2 an kehidupan kita semua sentiasa di berkati

      Delete
  6. Semoga tercapai niat yg amat suci itu, amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah cikgu dinas back to blog. Tqvm dinas, akak ni dah remaja purba, pandai2lah bawak diri

      Delete