Monday, May 14, 2012

Hanya Allah Yang Tahu

Salam Isnin.

Untuk semua ibu2 saya ucapkan "Selamat Hari Ibu". Berkongsi kisah rakan lama di sekolah rendah dahulu. Bertemu hanya di Facebook setelah hampir 32 tahun kami tidak pernah berjumpa. Bertukar sekolah apabila bapanya berpindah ke Negeri Sembilan waktu hampir bersara dari jawatan polis. Entah kenapa dia terperasan  itu akaun facebook saya. Dia gunakan facebook anak perempuannya menghubungi saya.Semasa kecil dulu, beliau aktif bersukan & cantik orangnya tetapi dalam bidang pelajaran pencapaiannya sederhana.

Dalam masa 32 tahun, berbagai kisah suka duka diharungi, senyum tawa tidak pernah menyebelahi teman saya. Awal usia 18 tahun sudah mendirikan rumah tangga atas dasar suka sama suka, bersuamikan anak polis juga. Pada saat saya berdikari di sekolah berasrama penuh, teman saya hanyut di alam percintaan, di saat saya melangkah ke universiti, teman saya mendirikan rumahtangga. Disaat saya menghadapi peperiksaan akhir di universiti, teman saya di tinggalkan begitu sahaja dengan anak seramai 2 orang. Namun selaju kakinya berlari di padang, begitulah tabahnya ibu tunggal muda ini menongkah arus kehidupan. Hinaan, cacian & tohmahan dia tolak ke tepi, yang penting pelajaran dan perut anak2 mesti di isi.Pada saat saya melangkah ke alam kerjaya, teman saya menjadi pembantu rumah orang asing di salah sebuah banglo di Port Dickson, berkhidmat di sana selama 21 tahun dengan membawa kedua2 anaknya bersama.

Semalam, pertemuan semula kami sempena hari ibu sedunia, saya kagum kuasa Allah, setelah diduga sedemikian rupa, teman saya hari ini mampu membeli sebuah rumah teres setingkat di Nilai, walaupun kecil tapi selesa untuk mereka bertiga. Mampu melakukan umrah bersama anak2 sebanyak 2 kali malah pernah di bawa ke New York oleh majikan bersama anak2. Anak sulung sudah bekerja di bank dan anak kedua masih belajar di pusat kemahiran. Bangga saya mendengar ketabahannya menjadi ibu tunggal tetapi bila ditanya bila kekosongan diisi semula, pantas jawabnya, biarlah bemenantu dulu. Masih terasa sakitnya tubuh di sterika, kepala ditunjal dan masih terasa hinanya bila muka diinjak tapak kaki suami.

Untuk teman yang saya hormati, andalah IBU SEJATI, bangganya saya kerana dianugerahkan teman seperti kamu. MASSITA MOHD YASSIN, andalah ibu paling terpuji di dunia dan pada saya kalau dalam usia 7-12 tahun anda adalah sahabat saya, kini dan selamanya anda tetap sahabat saya. Pintu rumah saya sentiasa terbuka untuk anda dan ruang persahabatan saya tetap sama walau siapapun anda. Salam bertemu semula, semoga barakah sentiasa bersama kita semua.

Seladang tulip untuk kamu,
Setulus doa juga untuk kamu,
Seikhlas salam persahabatn juga untuk kamu
kerana
Nilai ketabahan kamu tidak mampu dinilai dengan wang ringgit
Nilai kesabaran kamu tidak mampu dihalusi dengan gulungan ijazah
Nilai keimanan kamu tidak mampu ditafsir dengan kiraan kalkulus,
dengan itu,
Saya menghargai kamu sebagai sahabat
Saya menghargai kamu sebagai wanita
Saya menghargai kamu sebagai ibu

6 comments:

  1. Salam.. Itu la kata orang, Agi Idup Agi Ngelaban.. Berpantang Maut Seblom Mati. Dan Takkan Diuji Hamba-Nya Kecuali Dengan Ujian Yang Setimpal Kemampuan. Dia Maha Mengetahui Yang Nyata & Tersembunyi..

    ReplyDelete
  2. Besarnya dugaan yg ditempuh oleh sahabat MW tu, sayu saya membacanya. Alhamdulillah hidupnya bertambah baik sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak syukur Dinas, sahabat akak berjaya dalam hidup...

      Delete
  3. terkagum seketika membacanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah Irfa, dia positif melaluinya...

      Delete