Sunday, May 6, 2012

Alkesah Kaedah Semaian Cili Mak Ndak

Tuan/Puan,

Ini yang mak ndak lakukan...
1. Semaikan biji cili dalam pasu yang ada

Kaedah bersedekah anak2 pokok cili kepada tetamu yang datang ataupun jiran2 yang berminat. Kata mak ndak biar mereka turut berkebun, makan cili bebas kimia dan lebih baik untuk kesihatan.
Untuk diri sendiri, mak ndak pindahkan ke atas tanah
Bila berbuah, mak ndak petik simpan atau bila ada jiran2 yang minta mak ndak sedekahkan. Kerana pergaulan mak ndak harian hanya ada jiran2 China atau Korea yang mana mereka sangat prihatin tentang apa yang mereka makan, pentingnya HALAL bagi mereka membuat saya malu pada diri sendiri bila mak ndak bercerita tentang kawan2 nya. Jiran Korea saya bercerita dengan Mak Ndak di kampung mereka di Korea seboleh2nya mereka mendapatkan makanan terutama sayuran yang bebas kimia dan Halal kerana Halal bagi mereka adalah bersih. Ya Allah, saya harap kita semua turut memastikan setiap barangan kita semua bukan sahaja halal atau bebas dari unsur2 anjing dan khinzir tetapi pentingkan juga rangkaian nilai atau pemerosesannya kerana Halal itu bersih dari segi pembuatannyatermasuk kaedah penjualan dan pembeliannya juga.

4 comments: