Hari ini mak ndak keluar berjalan2 cari makan dengan kakak dan abang ipar saya. Kami di rumah pandai2 lah buat kerja masing2 dan seperti biasa ada orang yang kena giliran basuh kasut. Tuan2 dan puan2, saya tidak berapa setuju dengan Mak Ndak dalam mendidik anak2. Mak Ndak adalanya sangat manjakan mereka, semuanya kalau boleh mak ndak akan bantu tetapi saya tegas dengan anak2. Berdikari perlu kerana satu hari nanti mereka akan keluar dari rumah ini dan melakukan segalanya sendiri, Generasi Y ini mesti dididik kepentingan sikap berdikari dan tidak terlalu dimanjakan.
Anak dara saya tidak terkecuali....
Along berus seragam sekolah dan saya tolong jemurkan dan Wardah basuh kasut
Wardah simbah saya dengan air sebab saya panggil dia BIBIK
Wardah bilas kasut lepas tu jemur kat tembok disebelah kanan.
Jujur saya bersyukur ada sepasang cahaya mata yang boleh di kawal tingkah lakunya setakat ini tapi doa dan harapan saya biarlah selama2nya agar mereka mampu berdikari dan berjaya dalam hidup di masa hadapan. Kasih sayang saya kepada mereka tiada hadnya. Thank you so much to my heart & my soul, both of you adalah Anugerah dan rezeki Allah yang paling bernilai.
Selamat Hari Minggu
No comments:
Post a Comment