Friday, May 18, 2012

Kenapa Mak....

Ya Allah, menitis airmata saya sebagai ibu mendengar komen Wardah.

Kenapa mak, ramai mak2 yang boleh berborak dengan orang lain baik2 tapi dengan anak2 sendiri herdik2.
Kenapa mak, ramai mak2 yang boleh puji anak orang lain melangit tapi dengan anak sendiri di hina bodoh, malas, lembab
Kenapa mak, ramai mak2 yang di pejabat boleh bercakap & melayan client dia orang baik2 tapi di rumah bengis pada anak2
Kenapa mak, ramai mak2 yang suka membandingkan anak2 mereka dengan anak2 orang lain?
Kenapa mak, ramai mak2 yang sanggup mendera anak kandung mereka sendiri?
Kenapa mak, ramai mak2 yang boleh pergi outstation ke Paris, update FB makan sedap2 di hotel2 kat oversea tapi tak sediakan makanan yg lengkap kat rumah untuk anak2
Kenapa mak, ramai mak2 yang boleh berboyfriend kat tempat kerja tapi bila anak berboyfriend dia marah...

Jawapan saya: Adek, bagi mak, anak2 satu anugerah. Mesti di didik, di jaga dengan penuh kasih sayang. Yang ada jumpa mungkin hanya quarter of your friend's parents. Sayang tahu ramai ibu2 yang baik di dunia ni but manusia always had mata lalat. Mak macam tu ke?

Wardah kata: No, you are not, Mak. Adek love you so much...
MW: kenapa adek cakap macam  tu?
Wardah: last week mak wati classmate adek datang sekolah, masuk kelas tarik wati keluar & pukul wati kat koridor. Cikgu cool downkan mak dia. Suruh bawak wati balik & asked wati to follow her mother
MW: Kenapa teruk sangat sampai macam tu
Wardah: According tu cikgu, her mom told her, wati curi duit mak dia, banyak jugaklah..ratus2 tu pasal mak dia mengamuk
MW: Salah wati lah tu tapi mak dia tak payahlah pergi sekolah, mengamuk macam tu. Settlelah aje kat rumah
Wardah: wati cerita kat cikgu semalam, mak dia pukul dia dengan kayu penyapu sampai separuh mati. dia curi duit sebab suruh bibik dia beli lauk untuk dia dgn adek2 dia makan. Mak dia selalu outstation, ayah dia kat Abu Dhabi kerja sana balik 4 kali setahun. Tu pasal dia curi duit tu.
MW: wati tak cakap dekat ayah dia ke?
Wardah: sebab wati mengadu pasal perangai mak dialah wati beaten up macam tu. Wati cakap kat adek, dia called her father mak dia ada boyfriend & selalu update kat fb activities dgn boyfriend. wati suruh ayah dioa tengok fb mak dia, wati cakap kat mak dia, kalau rasa nak jadi muda balik, left her family with their father aje. kesian watikan mak.
MW: Aah, wati tu cantikkan sayang...pelajaranpun ok tapi mak dia tak appreciate dapat anak macam tu. Mak appreciate adek sangat2...U r the best gift Allah granted me.

saya sebagai ibu muhasabah diri. Ya ALLAH, peliharalah keluarga saya agar sentiasa tawadduk terhadapMU.

16 comments:

  1. Adeh.. Wati tu nak mak angkat tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berani TPJ nak tanya..jumpa mak diapun masa pick up budak2

      Delete
    2. Budak mcm tu kita kena cover jadi mak utk dia.. Kasik dia rasa kasih-syg sorang ibu.. Kasik dia tempat menumpang manja.. Senyum dan peluk dia tiapkali jumpa pon daa ok for a start..

      Delete
    3. akak tak sangka dlm kemanisan tuturkata ibunya bila bcakap ttg wardah dia ibu yg tidak baik akhlaknya. wati sweet budaknya, rapat dgn bibik sbb kat pasar malam selalu terserempak. andai ada waktu, akak nak peluk wati & kata, u r the best friend that wardah have, Auntie really thanked u for that.nak peluk dia, at least to comfort her

      Delete
    4. Ye la kak.. Tapi may be mak dia tgh depressed ke, sepi ke, konpius ke, kejiwaan ke.. Kan? Maklum la hidup ni mcm2 kisah. Cuma itu la, kan? Yg budak tu kita kesian nye.. Mudah2an ada penyelesaiannya.

      Delete
  2. Replies
    1. tak sangka ada mak macam tu, muka cantik tapi perangai tak padan dgn muka.

      Delete
  3. Allahu akbar, kesiannya..saya pun pernah dengar pelbagai kisah yg lebih kurang begini di kalangan pelajar2 saya..

    ReplyDelete
  4. Semoga keluarga kita terus dilimpahi kasih sayang dan dijauhkan dari segala keburukan..

    ReplyDelete
  5. moga Allah berikan hidayah buat mak wati. emm. sedih baca :'(

    ReplyDelete
  6. baca sambil lap airmata ;(
    siannya anak itu
    mintak jauh dr kita jd ibu mcm tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insya ALLAH, kita sntiasa dijauhkan dari jadi ibu yang berakhlak seperti itu...Ameen

      Delete