Saturday, April 28, 2012

Usia Remaja Trang Tang Tang

Menginjak usia remaja saya dididik berdikari, awal perpisahan rindu yang teramat pada ibu, keluarga dan rumah. Setelah hampir 25 tahun saya bertemu semula kawan2 lama melalu Alumni & fb. Rindu ke alam dulu, terima kasih guru2 yang mengajar saya. Hampir 100% dari kami berjaya melangkah ke menara gading, memegang jawatan dalam kerajaan dalam pelbagai bidang. Rindukan dunia yang terpencil dulu, sedih dengar sekolah dulu yang kami hidup bagaikan adik-beradik bertukar budaya. Anak2 generasi baru tidak mampu bertahan. Wujudnya budaya ragging pelbagai...untuk Wardah ini tempat emak menghabiskan usia remaja.
Untuk anak2 kesayangan saya, inilah dunia remaja saya tidak seperti anda berdua, kita tidak pernah berpisah. Inilah aktiviti remaja saya.
Menjayakan aktiviti kenegaraan yang anda berdua tidak pernah melaluinya kerana arus kemodenan dan limpahan kemewahan tidak mendidik anda berdua jerih perih anak2 kemerdekaan tetapi kami diterap nilai2 tersebut.
Membesar bersama bagai saudara hingga ke hari kami bergelar remaja purba masih ada aktiviti bersama.
Kami membuat aktiviti bersama kerana sekolah kami hanya ada satu aliran iaitu Sains Tulen sahaja. Dulu mak dan kawan2 suka main hujan di asrama.
Kami belajar bersama2 dan nakal juga bersama2. Kami rapat antara satu sama lain. Didenda berdiri atas kerusipun bersama2.
Along & Adek, kalian berdua emak doakan kekal bersahabat dengan kawan2 baik kalian agar ada kenangan remaja yang indah untuk dikenang. Jangan lupa dimanapun anda bersekolah, usaha bersungguh2 menjadi anak Melayu yang berjaya kerana kejayaan bangsa Melayu generasi X,Y & Z adalah anda semua yang menentukannya. Ya ALLAH, berikan kejayaan yang cemerlang pada Muhammad Iqbal & Nur Wardah dalam ilmu akhirat & duniaMU, berkatilah mereka dan kasihilah mereka. Ameen.

2 comments:

  1. ameeennn kak,
    saya pun harap kita semua dikelilingi teman2 yang baik2 shj ...

    ReplyDelete