Wednesday, May 2, 2012

Hujan lebat

Salam.

Tak tau kenapa area Shah Alam bila hujan lebat mest jammed sangat2. Hari ini hampir sepanjang hari  hujan lebat, angin kuat. Schedule saya penuh, pukul 10 ada meeting dgn UITM yg dtg ke pejabat saya tapi blok berbeza. Pergi meeting belum hujan bila turun bawah, Ya Allah, banjir dekat tepi2 longkang. Saya parking dekat longkang jadi selamatlah  kasut tinggi saya jadi sampan. Baldu lagi, selamat bersampanlah saya pergi lunch dekat kawan dekat Muhd Chan Abdullah, Seksyen 16, Shah Alam. Kaki saya terama gatal2 puas saya tahan macho, balik office ambil air panas basuh kaki.

Balik dari office pick up Wardah kat sekolah, jammed dengan parents yang manjakan anak macam saya. Sampai rumah kaki gatal tak tertahan...kena rendam air panas campir garam.Bilik air bawah mak ndak tengah guna, nak ambil baldi ni tapi angin betul dengan mak ndak:

MW: Mak Ndak, tolong hulurkan baldi
MN: Nak buat apa?
MW: Nak rendam kaki, cepatlah gatal sangat ni.
MN: Kenapa? Awak main hujan ke?
MW: Cepatlah....orang tak main2 ni
MN: Jap2 ...nak keluar dah ni. Nah baldi
MW: ok2...
Bila tengok saya rendam kaki kat dapur, Mak Ndak dgn zalimnya:
MN: Kasut tinggi sedepa, kena air hujan jugak. ha3...cacing rambu ramba kot masuk gigit2 kaki awak.
MW: bengang....

Sambil rendam kaki tengok makanan restoran Papadom Ria kat Pantai Cenang, sebelah Waterworld. Best sgt makan Northern Indian Cuisine.  Minggu Lepas lepak dengan member tapau dari sana. Berbaloi dgn harga. Tokeh dia jiran saya. Saya dapat tunjuk gambar brochures aje sebab lunchpun dengan org2 MOTOUR kat office saya tak sempat ambil gambar.
Sedap yummy2 lazatnya.Bagi Wardah jealous tengok
Sedapnya Wardah...
Adek, this is the best. Rugi adek tak rasa
Finally ini rumah tokeh, rezeki mereka murah sebab mereka memang pemurah. Susah nak cari jiran seperti ini. Bagi mereka duit ringgit tak jadi masalah tapi silatulrahim dan ukhwah lebih penting. Kawan saya tapau mai dari Langkawi bawak pi ke Shah Alam. Makan boss lalupun buat2 tak nampak...takut dia mintak. Selamat Malam.

2 comments:

  1. skrg ni klu nak turun klang valley kena tgk cuaca dulu.... takut tersangkut dlm banjir kilat skrg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Munna, banjir kilat selalu jadi

      Delete