Friday, May 11, 2012

Nyior Kote

Salam Jumaat.

Semoga kita semua mendapat barakah dariNYA. Malam tadi pening kepala saya bila mak ndak dan along bertelagah mengenai perkataan di atas. Puncanya kakak saya ada menghantar kelapa tua kerumah dan mak ndak mintak tolong along kukurkan. Perbualan mereka-

Mak ndak: Along, kukurkan nyior mak teh bagi tu.
Along: Jap lagi Along nak baca buku.
Mak ndak: Along jangan lupa, sayang nyior tu dah kote sangat
Along: Mak ndak kenapa mencarut pulak...
Mak Ndak: Along orang kg panggil nyior tu nyior kote...dah terlampau tua, bukan mak ndak mencarut
Along: Kalau  ye pun kat bandar jangan cakap macam tu, mak ndak sebutlah kelapa tua.
Mak Ndak: apa salahnya...bukan mak ndak susahkan orangpun
Along: yela..nanti orang kata apalah orang ni dah tua2pun kuat mencarut
Mak Ndak: mak ndak tak cakappun kote Along,  tepi sikit mak ndak nak goreng telur dadar adek
Along: Along nak gak
Mak ndak: Along tak payah dah ada 2 biji.
Along: Hi..entah apa2 mak ndak

Saya speechless bila this two buddies bertelagah.

22 comments:

  1. hehehe .. perbezaan loghat dan semantik sering menimbulkan isu.

    ReplyDelete
  2. Tuan, kelakar juga bila generasi C jumpa generasi Y...macam2 isu kat rumah.

    ReplyDelete
  3. Tak pernah pula dengar istilah tu membawa maksud "tua". Tentu Along kesihankan kelapa + pening kepala. Dan mujur pula dia tak suruh Mak Ndak gorengkan juga telur dia, hehehe. Salam sejahtera dari Pak Temuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam2 lah Along tu padahal dah tau mak ndak tu org tua

      Delete
  4. ok...bila mak ndak bukak slang..sumer boleh pening.kiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Along tu kdg2 suka buli mak ndak...

      Delete
  5. hihihihi...
    slang negeri lain2 pun blh jadik "isu" gak kak...

    ada sesetengah perkataan kita pikir biasa je tapi kat slang negeri lain maksud lain plak ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tu selalu mak nadak dgn Along Wardah berbalah pendapat. Ada byk perkataan yang sama tapi maksud berlainan

      Delete
  6. hehehe.. saya pun hampir dua tiga membaca2nya baru boleh faham slang ni... kena belajar lebih banyak loghat2 org semenanjung ni... (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu lamanya tak pergi site visit kat Tawau, teringin sgt goreng pisang cicah sambal kat Tawau. Kami kalau pergi mesti tapau balik semenanjung. Tak akan jumpa di mana2 kecuali tawau...

      Delete
  7. wallah... nasib baik along dah besar... dan memang suka sangat yer kacau mak andaknya itu hahahah

    tak tahan perot...

    ReplyDelete
  8. baru tahu kak nyior kote tu maksudnya kelapa tua.... hehehe....

    ReplyDelete
  9. ekeke.. kalau ila pun ingat mencarut

    nk bagi tau ne belog personal ila kat http://kokoadik.blogspot.com. yg tue belog contest

    ReplyDelete
  10. Comel nye la entry nih, akak... Hhahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tpj, akak hari ni busy sgt jadi teringat along bertekak dgn mak ndak

      Delete
  11. Adoih, saya gelak dari mula baca sampai habes, keluaq ayaq mata dah nih!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kdg2 along selalu cakap mak ndak mencarut tapi itu slang kg

      Delete
  12. ada je citer mak ndak ngan along ni
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama aje mak sedara dgn anak sedara...hari2 ada je benda nak jaikan issue

      Delete