Tuesday, May 15, 2012

Kopek

Salam Selasa.

Semalam sekali lagi berlaku perbahasan  masalah slanga. Kopek tanpa e tanda maksudnya mengupas tetapi kopek dengan sebutan e-tanda di pantai timur maksudnya buah dada. Ini dialog mak ndak, Along & Wardah di dapur.

Wardah: Mak Ndak kopekkan mangga...(tanpa e tanda)
Mak Ndak: Semalam mak ndak dah kopek (dgn e tanda) ada dalam peti. Adek tengok belakang bubur
Along: Kopek (tanpa e tanda) & Kopek (e tanda)
Wardah: Mak Ndak adek tambah, adek kopek (tanpa e tanda) sendiri.
Mak Ndak: Elok2 pisau tu tajam. Along kopekkan bawang besar mak ndak nak masak kari ayam.
Along: Mak Ndak kopek(tanpa e tanda) atau kopek (dengan e tanda). Cuba cakap elok2.
Mak Ndak; Along, cepat sikit kang Mak Ndak cubit kopek (sebutan dengan e tanda) awak. Ngada2 betul budak Along ni.
Along: Apa hal mak ndak ni nak kupas Along...Kuat sgt ke...
Mak Ndak: Nak cubit kopek (dengan e tanda) along tu susah sangat ke?
Along: Kopek (dengan e tanda) tu sebenarnya apa?
Mak Ndak: tetek along tu.
Along: la...cakaplah tak pasal2 mak ndak nak cubit tetek Along pulak

Macam2....

8 comments:

  1. Kahkahkahkah! Adoihhh sabaq jalah!

    Kopek juga membawa maksud 'beg duit' di kalangan golongan tua bahagian utara Semenanjung. Arwah tok saya dulu tak boleh berpisah dengan kopek duit dia :D

    ReplyDelete
  2. Makin domam den baco... Heheh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masalah pertembungan perkataan & maksud...

      Delete
  3. hahahaah... gelak sorang-sorang Kak So hehehehe...

    Seperti Kak Dinas kata belah Utara kopek tu bekas duit... sama la tu hehehe

    Bila koje kat tempat penuh orang pantai timur baru tau kopek tu apa kui kui kui

    ReplyDelete
    Replies
    1. MR,betul org pantai timur aje yg maksudkan sebegitu ertinya.

      Delete
  4. Replies
    1. Yelah Irfa masa kecik dulu kecoh pasal hantu kopek...yg saiznya extralarge...kena sorok kat bawah tu.

      Delete