Sunday, July 1, 2012

Berbaik Sangkalah...

Salam Ahad kepada semua sahabat2.

Bersahabat di alam maya bagi saya penuh warna warni, tidak hanya warna2 pelangi tapi turut terpalit warna kelabu, hitam dan warna2 pudar dalam kehidupan. Alhamdulillah, saya berjumpa dengan pelbagai coretan manusia, nukilan suka duka kehidupan dan pelbagai coretan takdir seorang insan. Paling saya syukuri sekarang saya bersahabat dengan PLHIV (People Living with HIV), Alia Haryanie dan kawan2 yang setema dengan saya iaitu ibu2, makcik2, penjawat2 kerajaan, anak2 remaja dan pelbagai lagi. Terlalu banyak yang saya kongsi, Terlalu banyak ilmu yang saya timba, Terlalu banyak teladan yang boleh saya jadikan sempadan, Terlalu banyak budi yang tidak mampu saya balas, Terlalu banyak ilmu pengetahuan yang saya kongsi, Hanya ALLAH yang akan membalasnya kepada anda semua.

Para sahabat,
1. Anda semua mengajar saya agar bersangka baik
Bersangka baiklah kepada takdir ALLAH, kita hamba diduga dengan pelbagai cara kerana ALLAH hanya menduga mereka yang berkemampuan. Adakalanya dugaan itu datang dalam bentuk ribut petir, panas gersang yang terlalu mencabar membuatkan kita tersungkur tetapi kita mesti berkata Alhamdulillah kerana kita masih bernafas di bumi milikNYA ini. Apabila kaki tersandung pada akar dugaan, barulah muka dan tubuh kita mengadap Kiblat kebesaran Tuhan, mengenal pasti kebesaranNYA, menginsafi kekhilafan kita dan pastinya sujud kepadaNYA. Jangan bimbang pasti ada rahmat disebalikNYA.
2. Anda semua mengajar saya bersikap positif
Bersikap positflah dalam setiap perkara, menyokong satu sama lain, membentuk rantaian nilai moral kerana kita semua tidak pernah mengenali satu sama lain secara peribadi. Coretan kita mampu menyatukan kita semua. Salam sahabat saya tujukan kepada anda teristimewa AHP, Naj Mi, Azam Ali dan semuanya. Anda amat positif, saya juga positif jadi kita sahabat positif selama2nya. Saya akan sentiasa doakan anda semua dan saya harap anda semua turut mendoakan saya.
3. Anda semua mengajar saya jadi lebih bijak.
Dari coretan2 anda, nukilan2 ikhlas anda, adakalanya mampu meleraikan kekusutan fikiran, kebuntuan kehidupan, kepantasan membuat pilihan, kesabaran dalam mencari jawapan ianya kerana ANDA SEMUA. Tak kira latarbelakang pendidikan kita, Tak kira latarbelakang moral kita, Tak kira latarbelakang kita, melalui blog kita berkongsi pengalaman dan ilmu. Dari blog seorang suri rumah tangga mampu membuatkan saya menjadi Chef kesayangan keluarga.

Andaikata melalui tulisan saya, ada kata2 yang mengguris hati dan perasaan anda, saya susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Andaikata melalui komen2 saya, ada sesuatu yang menusuk naluri anda, saya mohon maaf dan andaikata perkongsian saya tidak anda gemari, saya meminta maaf terikhlas jauh dari sudut hati. Saya bahagia dengan hanya melalui blog, ketipan dihujung jari kita mampu berhubung bagai sudah mengenali satu sama lain dari di bangku sekolah rendah.

TERIMA KASIH SAHABAT2 MAYA!!!!

28 comments:

  1. terima kasih juga kerana sering melawat saya diblog dan meninggalkan komen yang positif.... salam ukhwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ukhwah juga aiyang. Blog aiyang tu byk maklumat yg tak pernah terjangkau dek akak. Take care

      Delete
  2. Saya pun sama nak mintak ampun & maaf juga andai ada kata2 saya yg pernah mengguris hati MW. Semoga perkenalan & persahabatan di sini akan berkekalan hendaknya, amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Dinas, setakat ini tak pernah tapi akak appreciated your talented fingers supported by Encik Kenon.

      Delete
  3. salam kenal.. kita sama2 brkongsi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih Maiyah sudi berkongsi dgn saya, take care

      Delete
  4. salam kenal mak wardah.
    yes indeed. dugaan bukan sahaja buat kita insaf dan kembali kepada-Nya, malah ia adalah tanda kasih sayang Allah ke kita. Sebab sayang lah di ingat ingat kan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal kembali shahirah. Salamm ukhwah juga.

      Delete
  5. makwardah..
    mengenali blog membuat saya terfikir,kehidupan kita tak sama
    dr blog saya lebih positif..kalau kita susah,ada yg lebih susah
    kalau kita sedang,,jgn sesekali lupa diri

    tq sbb rajin singgah blog saya ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqvm Irfa, memang betul pun kita seherusnya bersyukur.

      Delete
  6. suke ngan entry nie
    sama2 perbaiki diri
    kerana tahu diri ini manusia biasa dan x pernah sempurna ;)
    salam kenal juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. terima kasih ieda...sudi singgah

      Delete
  7. salam kenal dari sumanje...
    suka bace enty makwardah....
    sumanje follow blog besst mak nie....

    ReplyDelete
  8. First time singgah sini.. salam kenal :)

    http://alindanblog.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih Alin nanti akak singgah dan salamukhwah juga

      Delete
  9. bile Allah duga maknanya Allah sayang kite :) sentiasa bersangka baik

    ReplyDelete
  10. Saya pautkan blog ini ke blog http://alambukansemulajadi.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih banyak2 atas pautan ke link Tuan.

      Delete
  11. terima kasih jua krn sudi singgah kt blog js...^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih kembali, JS. Sama berkongsi pandangan di blog

      Delete
  12. Terima kasih sahabat kerana sudi singgah kat blog dee :) God bless :)

    ReplyDelete
  13. ramai yang melihat tetapi buta
    ramai yang mendengar tetapi tuli
    ramai yang bercakap tetapi bisu.
    ramai yang menulis tetapi kosong.

    syukur di sini bukan begitu realitinya.

    t kasih dan semoga mendapat rahmat Allah atas segalanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam AHP,
      Tidak perlu berterima kasih kerana kita semua sama disisiNYA. Saya belajar dari anda semua, bersahabat secara positif. Selama ini saya hanya dengan dunia saya tetapi sekarang saya cuba melangkah ke dunia anda semua.

      Delete
  14. Semoga perkongsian kita memberikan manfaat diantara satu sama lain.. insyaallah.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti mendatangkan seribu manfaat kerana kita ikhlas, Insya Allah. Terima kasih sgt2 kerana sudi bersahabat

      Delete