Thursday, March 29, 2012

Sampai hati kamu....

Salam.
Hari ini, seorang sahabat telefon beritahu saya, anak gadisnya sebaya Along tidak mahu pulang ke rumah kerana tidak tahan paksaan ibunya yang memaksanya solat dan belajar. Sedihnya saya kenal anak ini, anda hidup semua lengkap disediakan ibubapa, kalau lari dari rumah sanggup tinggal di rumah kawan, anda betul2 anak yang tidak tahu diuntung. Solat & belajar perkara paling mudah...malu auntie kenal kamu. Harap kalau kamu bukak blog auntie, kamu baca & muhasabah diri. Ubahlah sikap sebelum kamu menyesal yang tiada penghujungnya....Ini lahir dari seorang Ibu sama seperti ibu kamu.

Setiap gerak geri dan tingkah lakumu,
Membuat hati ibu berombak rindu,
Setiap kerenah, senyum dan tangismu,
Membuat hati ibu terisi selalu,
Setiap rajuk, tangis dan tawamu,
Membuat hidup ibu indah sekali.

Ibu bangga ada kamu, Ibu sujud syukur ada kamu,
Ibu belai tubuh mongelmu, Ibu usapi kulit halusmu,
Ibu pastikan segala yang terbaik buat kamu, Ibu jauhkan segala yang cela darimu,
Ibu untukkan kamu makanan berzat, Ibu sekolahkanmu cari ilmu dunia & akhirat.
Waktu bayimu detik paling sukar tapi terindah bagi ibu,
Waktu bayimu detik yang sukar diungkapkan perkataan buatmu,
Waktu bayimu Ibu masih muda dan baru berkerjaya,
Waktu bayimu baru Ibu tahu bahagianya jadi Ibu
Tidak pernah Ibu lupa harijadi kamu,
Tidak pernah Ibu lupa hari pertama gigi susumu tumbuh
Tidak pernah Ibu lupa saat gigi kekal pertamamu tumbuh
Tidak pernah Ibu lupa saat kamu pertama kali jejak kaki kesekolah
Tidak pernah ibu lupa tentang kamu....walau sehalus perkara sekalipun.
Dikala remaja menjengah tiba, Ibu sentiasa memantau kamu,
Dikala remaja menyapa emosi kamu, Ibu sentiasa memerhatikan kamu,
Dikala remaja dibanggai kamu, Ibu sentiasa berkawan baik dengan guru kamu,
Dikala remaja menyerap budaya hitamnya pada kamu, Ibu pastikan tidurmu diiringi bacaan Yasin,
Dikala remaja memeriahkan hidupmu, Ibu yakinkan hati bahawa Allah sentiasa melindungimu.

Anak-anak,
Jangan marah adakala Ibu menyebok,
Jangan marah adakala Ibu membebel,
Jangan marah adakala Ibu bertegas
Kerana...
Kasih sayang Ibu adalah kasih sayang paling luhur di dunia,
Kasih sayang Ibu adalah senilai dengan nyawanya sendiri,
Kasih sayang Ibu syurga balasannya.


My most favorable designer...Syaiful Baharim

Salam.

I really adored this designer...Syaiful Baharim. His simplicity in designing his dress, seem to be his unique signature. His confident walking style with his models imaging his hardwork, dedication & commitments. Young age when involved in his career, his strong will, delicate job resulted him to be among the best. Planned to tempah jubah from Tenun Pahang with him...Sharing his Bride Collection & hinted Wardah on it. Sharing his bride collection...
 Simple, Nice & Awesome....Photo Ehsan Syaiful Baharim, Collection. If interested please contact Mr. Megat Alfie at 012 258 8854

Wednesday, March 28, 2012

Mazuin Hamzah-Specially for Reader from Bandar Seri Bagawan

Salam.

Through visitors list, ada juga pembaca dari Brunei dan kebanyakannya buka kisah Mazuin Hamzah tapi so far, sayangnya tak pernah komen. Doa saya agar terbuka hati mereka untuk komen & berkawan dgn saya, bercerita tentang Mazuin Hamzah dan apa saja. Saya percaya anda ada diluar sana sama seperti saya merindui khabar berita dari penyanyi cantik ini. Puas saya mencari wajah terkini beliau, rindu ingin menatap gambar terbaru, cerita anak-anak beliau kerana saya tetap kekal ingat wajah cantik beliau dalam Dia Ibuku & dalam mekar sejambak.

Sekiranya ada saudara mara atau kawan-kawan rapat Hajjah Mazuin Hamzah sudi berkongsi maklumat terkini beliau saya sangat mengalu-alukannya walaupun hanya secebis kertas atau sekeping gambar. 

Harap sangat orang2 Brunei dan saudara mara Mazuin Hajjah sudi berkawan & bercerita tentang Mazuin sejak kecil hingga sekarang...di Brunei sebagai ubat rindu kami. Sudi-sudikan ya....Terimakasih

Monday, March 26, 2012

Sebelum Bertolak....

Hujung minggu saya kurang sihat, anak2 saya buat sendiri semua benda. Alhamdulillah walaupun penat pergi training Rugby Along masih sudi membantu. Sakit2pun saya pastikan kelengkapan mereka dah ada. Thank you Along Adek for understanding mak. Trow Along will go to school with Ani my neighbour. Risau hati saya takut Along lambat bangun sebab Ani hantar anak dia pergi sekolah 6:50 am tapi saya hantar Along 7:10 am. Harap2 Along Adek boleh ikut & I will remind Mak Ndak on this but normally mak ndak sgt2 alert on every single issue relate to both of them. Now trying to find maid harian (pagi datang, balik after 5:30 pm) just to help mak ndak so she can rest & kurang kalut...

Felda Chini - kain sutera tenun pahang

Di Pahang dua kawasan yang terlibat dengan aktiviviti Kain Sutera Tenun Pahang iaitu Kg Soi & Felda Chini. Hari ini lunch saya akan bertolak ke Kuantan stay dekat Hotel MS Garden semalam dan esok sehari membuat site visit dan meeting. Di Chini juga ada pusat pengumpulan & pembangunan PKS.

Hari ini saya ingin berkongsi nasib usahawan kecil dan sederhana. Berbagi ikhtiar dibuat oleh kerajaan tetapi hasilnya tidak begitu memberansangkan. Saya dan pasukan ber Roh Melayu sentiasa bersikap terbuka dengan bersama-sama mereka dari skim graduan hingga usahawan tani yang ingin mencapai export ready kami sama2 berganding bahu memastikan jumlah usahawan export ready sentiasa meningkat. Sama-sama kita berusaha, berdoa & bertawakkal demi kejayaan bersama.

Balik dari Felda Chini, kita berkongsi pengalaman saya yang tidak tinggi ilmunya, apatah lagi boleh digelar cendikiawan, cendawanpun tak layak rasanya, hartawan sipi-sipipun tak lekat lagi, InsyaAllah kita berkongsi cerita MOMs Hot Stories. Kekdahnya purse mesti nipis sbb nafsu membeli dah ada.

Thursday, March 22, 2012

Hari sembab, membab & lembap

Salam. Today saya busy sangat, 9:00 - 11:15 am saya meeting untuk Projek Mukah, 11:30 - 1:00 meeting dgn STRIDE, 2:30-4:30 pm meeting dengan client,tapi now lucnh time saya lepak untuk solat jadi fill-up the time update blog yang biasa2 ini. Habis meeting otak saya terus fikir nak tinggal di Pulau Burung yang jauh dari phone calls, orang2 cari saya, saya terpaksa cari orang2 tapi jujurnya saya sukakan kerja saya. Duduk sini sehari boleh tak, dahlah jauh ketengah lautan, takde lektrik hanya mewah dgn ikan & hasil laut.
Pulau Burung, Pulau Mantanani
Muka saya sembab membab sebab tak cukup tidur, balik dari Lembah Temir tak boleh nak tidur.  teringat2 ikan koi yang cantik harganya, anak sahaja harganya RM 2 ribu. Paling mahal 1.2 juta jadi saya fikir balik mengenai RFID. Andai saya & the team salah cucuk ikan mati, macam mana. So saya decided saya cuba dekat ikan murah2 dulu. Insyallah tuan punya ikan koi boleh jual ikan dia lebih mahal lagi sebab ikan dia akan ada mycard yang boleh trace semuanya. dari mak bapak ikan koi, penyakit dia, jumlah makanan diambil, kesihatan & kecergasan ikan boleh dipantau pada real time. Tuan/puan setuju tak kalau kita pasang pada anak2 remaja yang suka lari dari rumah???Saya perlu identify tingkah laku, buatkan hipotesis kebarangkalian dia lari & tahap kenakalan? Ya Allah, ini idea gila namanya. Patutlah muka sembab, otak kecut beridea yang jahat2. Saya nak rest kejap, solat & pergi meeting pulak. Take care...

Tuesday, March 20, 2012

Lambaian Lembah Temir

Esok saya ke Lembah Temir untuk projek RFID. berkongsi keindahan ALLAH yang teramat indah bagi saya....
Sejuknya air terjun di sini tapi belum officially launch lagi just for family & friend, tapi untuk saya amat menenangkan saya yang selalu sibuk. Gambar bawah lubuk ikan kelah...Haaa ada dugong...itu Azizi kawan sekerja saya...lihat keindahan kelah lebih dekat...dugong tinggalkan di lubuk...
Temir Hut ehsan Temir Valley.blogspot & Kelah ....Bye, Take care

Kebun kacang tanah Mak Ndak

Salam.

Saya ada kakak (tidak berkawin) yang jaga anak2 saya sejak mereka lahir dan sangat rapat dengan Along & Wardah. Mak Ndak jenis orang yang tak boleh duduk diam. Hobi dia bertanam dari rumput sampailah pokok-pokok hiasan & sayuran. Yang kelakarnya dah hampir 15 tahun saya duduk Kota Kemuning, saya tak kenal semua jiran kecuali rumah sebaris  atau yang berhadapan. Di kawasan rumah kami majoriti Cina dan ramai golongan emas yang tinggal dirumah anak-anak mereka. Jiran kami baik2 semuanya...Ada yang memang asal dari Cina, India dan negara2 lain jadi selalulah mak ndak & mereka bersembang. Sikap Mak Ndak yang paling kelakar adalah kalut & cepat risaukan keselamatan budak2 walaupun rumah kami ada guard. Semalam dengan lasernya dia marah Mr. Foo driver van tuition Wardah sebab jalankan Van semasa Wardah masih berdiri di depan pintu Van. Skrip Mak Ndak "Mr. Foo, Wardah bukan Iqbal lelaki kuat, you tengoklah dulu baru jalan". Semua budak2 dalam Van gelak dan sayapun gelak. Ini aktiviti pertanian baru dia:-
Rumputpun dia tanam, jiran kami bagi dia, Bila cabut kacang tanah, dia rebus untuk kami dan kawan2 dia makan. Kalau lama jiran-jiran tak nampak dia, mesti tanya" Where's your mom?". Semua orang ingat Mak Ndak mak saya, nenek Along & Wardah. Apa barang Along & Wardah sayang, jangan cuba2 rosakkan, Mak Ndak mesti hangen satu badan, makan-minum budak2 dua orang tu dia jaga rapi, apa2 Along Wardah nak mesti dipenuhi tapi kalau pasal pelajaran dua2 mesti score. Along dapat PMR straight As dia nak beli motor tapi kami marah. Ini barang2 kesayangan budak2 tak boleh diusik oleh sesiapapun...Cubalah kalau anda berani!!! Mak Ndak membebel 2-3 hari.
Ikan Laga Kesayangan Along
Ikan Belon Along
Wardah cakap sebab Mak Andak tak kawen, fussy, kuat membebel & perfectionist. Selalu Auntie Ida jiran kami selang  baris rumah marah Wardah, "Mak Ndak yang tulah manjakan adek, kalau bibik dah lama dia makan Adek dgn Along. Dah la masa kecik lahir je 4.3 kilo, baru 2 minggu 8 kilo, baby hulk hogan". Wardah mesti senyum malu2...Pastu Wardah, Along dgn anak2 buah Kak Ida Nadia dengan Hafiz pakat gossip Mak Ndak & Kak Ida dengan 2 orang guard yg jaga kawasan rumah kita orang.

Saya sangat2 suka mereka berdua

Terimakasih tuan punya gambar. Saya suka mereka berdua bersatu. Doa-doakanlah.

Monday, March 19, 2012

Ahad di Sungai Bera (Pentingnya e tanda)

Salam.

Saya ada tugas ke Bera, Triang Pahang. Anak2 ikut saya bagi memeriahkan suasana. Wardah kata Tasek Bra, Along tambah mungkin bra ada makna dalam bahasa Semelai, tapi kawan saya orang Trengganu kata makna bera dalam loghat Terengganu adalah malu, muka yang merah padam menahan malu. Kalau benar Sungai Bera memanglah sungai yang sangat pemalu. Tuan puan boleh lihat gambar di bawah.
Semasa saya sampai ke Jetty Sudin ini, ada 3 orang saintis dari Taiwan & Jepun sedang berkampung. Saya berbual-bual dengan mereka & kami bertukar a few knowledges tapi highly P&C. Pokok Mengkuang tumbuh subur & buluh-buluh berdau halus yang sangat cantik merimbun. Airnya warna teh susu tapi hidupan di dalamnya pelbagai species yang sayang andai kita tidak ambil sebarang tindakan. Banyak pokok2 herba yang pelbagai dari kadok yang tumbuh meliar sehingga ke sirih hutan.
2 orang kawan sekerja yang tidak membantu, hanya menemankan saya dan bersiar-siar tapi sekurang-kurangnya sudi menemankan. 
Kedua-dua pembantu saya memulakan langkah menganalis air sungai. Saya marah takut jatuh tapi the other scientist said "t's okay, they will be our successor". Dalam hati saya, mamat jepun ni mahu je saya tolak dalam sungai, itu jantung hati & nyawa saya tapi mereka fikir kawan agaknya...Perasan muda lah tu..
Last mereka duduk macam ni dalam lubang tepi sungai tu. Malas jerit, saya sms Along: Kl duduk macam tu, org ingat along adek tgh berak dalam Sungai Bera. Bera muka dua2, cepat-cepat bangun lompat naik atas. 



Bomoh

Salam.

Berhati2 dengan manusia yang mengaku mampu menelek sakit anda. Berkongsi pengalaman saya sendiri mengikut rakan sepejabat ke rumah seorang wanita yang namanya saya rahsiakan di Pandamaran Klang. Kami pergi bertiga waktu lunch dan mungkin bomoh itu menilai kami orang berada2 padahal bertiada2. Beliau telah meneka penyakit setiap dari kami dengan mengurut kaki kami yang ditutup dengan kain hitam dengan membaca surah lazim. Wanita tersebut berkuku panjang, bertudung dan pada usia awal 40an. Setelah menggosok kaki kami di bawah kain hitam, dia menyuruh kami merasa samada bahagian tersebut panas atau tidak. Sekiranya panas maknanya ada benda halus tinggal di situ. Antara diantara kami dikatakan membawa "benda" itu sekali kerumah. Dia bertanya samada kami mahu menjemput "Nya" masuk. Pastilah kami tak mahu. lepas tu dia ambil botol kosong dan tutup kaki kami dengan kain hitam semula dan mulakan upacara memasukkan benda kedalam botol tersebut.

Nah inilah benda yang dimaksudkan dan boleh dilihat melalui Hp dalam bentuk negatif.
Ha tu dia, dah tua baru pertama kali tengok benda-benda mistik. Ternganga sampai boleh bawak ke syirik. Paling kelakar, dia beritahu kami ada pengerasnya bagi mengkebumikan botol tersebut yang berisi "Anu: masing-masing. Kami tanya berapa, dia suruh anak dia ambil pensel & kertas, dia kata harga standard kebumikan benda Allah tu RM250. Bayangkan dia dapat RM750 dalam amsa tak sampai 25 minit. Kami bayar dan balik. On the way balik kami bincang semula. Akhirnya kami sendiri ketawa sampai nak guling2 kat Restoran Pak Su Corner Seksyen 16, Shah Alam.  Logik, Sains kalau kita gunakan negatif semua cahaya akan didetect jadi ketulan2 hitam dan merah seperti darah diatas sekira ada warna merah berhampiran. Kami cuba pada makanan & minuman semuanya ada bintik2 seperti di atas. Bodohkan kami bertiga...Balik tu kami buat solat sunat, taubat saya tak akan percaya lagi perbuatan sedemikian. Lebih afdal saya sujud pada Allah sahaja. Kesilapan kami sendiri, terlampau pandai. Kaki kami panas sebab digosok oleh tangannya dan dibawah kain hitam yang memang memerangkap haba, gambar hitam dan merah itu pula adalah pantulan cahaya, gerakan benda itu berpunca dari pergerakan tangan kami sendiri & kedudukan cahaya. Aduiii...


Friday, March 16, 2012

Lucah - Saya tiada niat ke arah itu

Salam.


Kita teliti perbualan saya dengan seorang peserta projek pertanian ini. Jangan marah.
A adalah saya, B adalah dia.
A: Hello, Good Morning. XXXXX.
B: Assalammualaikum. (Dia kena pastikan saya Muslim, sepatutnya)
A: Waalaikumsalam. 
B: Puan, saya nak bercakap dengan Puan XXXXXX. 
A: Ya, saya sedang bercakap dengan cik. Apa yang boleh saya bantu?
B: Puan saya Ashaari dari Kg. Buntut Pulau, Temerloh. Saya dah pergi Jabatan Pertanian Pahang, dia orang cakap kalau nak tahu tentang xxxxxx cari puan.


Bukan teknologi yang ingin saya ceritakan tetapi Kg Buntut Pulau tu dekat kg saya tetapi keunikan namanya. 


Ini perbualan saya dengan seorang pegawai  dari Sarawak.
A: Cik Liana, saya ke Sarawak 25 Disember jadi cik bawak saya jumpa peserta projek gelas tu. Kat mana ya?
B: Kat kampung Buangsiol dia nak kaedah yang sama dengan peserta dari Parit Pornorogol, Muar.
A: Sorry, kampung apa Cik Liana yang di Muar?
B: P O R N O R O G O L


Saya amanahkan seorang pegawai untuk uruskan tugasan itu. Dengan muka selamba dia tanya saya "Kak, nama kg ni betul ke? Pornorogol...Gayat nak pegi ni Kak. Saya senyum aje.

Wednesday, March 14, 2012

Untuk bacaan wanita sahaja...terjumpa kekasih lama

Salam. 

Today saya ada meeting di satu kementerian di Putrajaya. Saya wakil tempat kerja dan seorang lagi kawan.Semasa meeting disebelah kiri saya duduk seorang lelaki yang pernah mengisi hati saya 17 tahun lalu. Dah hampir 17 tahun tak berjumpa apabila mata kami bertentangan seakan ada bisikan di telinga saya "between both of you just tinggal kenangan". Saya cepat2 alihkan mata dan buat2 tak kenal DIA walaupun saya akui sejujurnya DIAlah insan pertama yang sangat saya kasihi. DIA juga insan pertama yang mengajar saya erti cinta dan kesetiaan. 

Meeting hari ini fikiran saya tak keruan, rasa tak selesa, doa saya lepas meeting saya berjaya memboloskan diri tak perlu berjumpa DIA. Kami sudah ada kehidupan sendiri, berdosa besar andai ada walau sekelumitpun perasaan. Dah jadi prosedur meeting, email & telefon mesti ditulis .

Balik office, email saya tertera:-

Sender: Prof XXXX XXX
Message: Just to knock your memory box, you left me behind 17 years ago when I really 
                   need you.

Saya tidak berani membalasnya, lepas solat Zohor  saya reply.
Dear XXXX,
There is a reason why I did that but now it is too late for me to explain. Saya dengan penuh kerendahan hati meminta maaf atas segala salah & silap saya. Today, two of us heading happy life with our families. Thank you.

Baru tadi dia reply:
Dear XXXXXX, 
You never owed me any  explaination but my heart still have huge scar for it. Anyway, i do forgive you because I strongly belief eveything fated by ALLAH. Selamat Hari Wanita, to  wanita yang pernah saya suka & sayang dulu.

Ya Allah, saya amat menghormati lelaki itu dari dulu sampai bila2, kurniakanlah kepada DIA surihati yang baik dan setia, zuriat yang sihat dan bijak, rezeki yang diberkati, umur yang panjang dan tubuh badan yang sihat kerana DIA adalah insan yang amat pemurah ilmu pengetahuan, wang ringgit & tenaga kerana saya yakin DIA adalah khalifah yang diutuskan Allah bagi mendidik bangsa sendiri untuk berjaya. Terima kasih kerana pernah menghuni hati saya 17 tahun dulu.

Specially for DIA, all the best.





Tuesday, March 13, 2012

Gadgets & Children - Generation X&Y

Concentrate with their handphones, lap top & another gadgets. New era, new world, high technology approach with rapid changes, parents have to work harder to balance life. Just use your finger tips, bad or good information will be deliver to you within 1 second. Huh....

Monday, March 12, 2012

Outstation & Kids

Salam & happy hols to parents & kids.

How do I manage my pack schedule with schooling kids? If I have an urgent site visit, normally I'll bring them along. Last semester holiday, I brought Along & Adek to Sekolah Rendah Agama Al-Naim, Desa Murni, Kuala Ketil Kedah. Subhanallah, we really amazed by the school visions & missions. They are planning to have & create continous income from their own activities. I submitted the proposal to the related ministries & hope all of you will pray that those concern parties will look into what I suggested with full consideration. This photos attach taken during my visit.
They have their own chalet but still in development progress & Along seem to be very happy with that "Eco-green Islamic School Tourism"
Workers barrack with Tilapia Canvas Pond for daily consuming. Great idea but just need to furnish a bit more to be more hygienic
Poor conditions hostel for boys, propose by us to have better one sooner
Better conditions for girls hostel. fish pond also for daily consuming
Girls Hostel, clean & closely monitored by the school management
New hostel block for Al-Hafiz (boys)
Houses (show house) for the those retired citizens with minimum monthly payment but fully guiding & observing in learning, practising & understanding Al-Quran
Al-hafizahs reciting & learning Al-Quran and the youngest is 6 years old. 
Al-hafizs not only from Msia but outside Malaysia
Pray that my proposal will be approve as soon as possible, we hope that Al-Hafiz & Al-Hafizah not just did the current selling methods, annoying public. Al-Hafiz & Al-Hafizah must be guided to be professional entreprenuers, experts, academicians & have their own vision to be the best caliph. 
Sekolah Agama AL-Naim visions:-
5 in 1 complex 
1. School (Daily & Agama)
2. Place for AL-Hafiz & Al-Hafizah
3. Place for "Berzikir" adult
4. Place with houses to rent by elderly (pensioner) or normal peoples just concentrating for our NEXT LIFE
5. Eco-green Islamic School Tourism (chalets, standard of practises in Islamic Life, Islamic Activities & etc

Hopefully, I may help them to create complete package for us as the caliph of Allah but I am very tiny caliph compared to others. Complex fully recharge by the Islamic activities, Amazing place, amazing founder who donated 32 acres of land just for this school.
The tiny little ants will relaxing  themselves in the swimming pool when nobody around.

Wednesday, March 7, 2012

New nama for Lisa Surihani

Today coincident I read blog Pak Lan...Lisa Surihani after married was given new name by him, Lisa Surirumah  but I add Lisa Surirumahtangga to Yusri. I am very confident Lisa plans to continue her acting activities. All best for the newly wed couple.

Help me!!!!

Salam.

Time for Coffee. Illustrate by this photo;

Can't open my eyes....Need urgent help.
Really need this during lunch time.
but the massage girl not so cute....
No matter how. proposal must be done by today.
Photos: Google Image

Tuesday, March 6, 2012

BOSSSINI BOSSSANA

Pilihan anda
Boss, Yes Boss
Atau
Boss, DO IT NOW
Atau
Boss, Shouldering Company Pride & Responsibilities
Atau
Boss, Slow & Steady
OR


Monday, March 5, 2012

Kenapa suka cari salah orang & menyalahkan orang

Salam.

Kenapa suka cari salah orang dan menyalahkan orang lain. Ini budaya kerja sihat? rasanya kalau tahap management tu bila orang bawah2 buat silap bermaksud kaupun share sama. Kepimpinan melalui tauladan, cik kak..

"I dunno how the UiTM graduate works...simple task also they can't make it. next time, better send our kids overseas". Just hina orang macam tu but how you control & guide them. Kalau you nak tahu dosa pahala kita sebagai BOSS dia orang pun kena nilai semula. PDA pandai2 nak bagus tapi kerja hampeh...Tak pernah guide budak-budak tu tapi asyik hentam kaw2. Malulah sikit mentang2 awak vocal boleh jerit pada dia orang sesuka hati, sebab dia orang dah besar panjang malaslah nak layan KEKWAT awak tapi doa orang teraniaya selalu dikabulkan. Kalau pergi belajar overseaspun bila masuk kerja kita as management kena guide dia orang baik2. TUNJUKAJAR bukan TINDAS. Pesal PDA dia orang kau senang2 justified below satisfaction tapi bila tanya WHY no written report & clear JD. Mana punya rules hang ikut??? Saya tetap mahukan FAKTA bukan AUTA.

Ya ALLAH, hari ini masa meeting PDA saya dah sound satu manager yang jauh lebih senior dari saya (bukan pangkat tapi lamanya dia di Agensi). Sabar Mak Wardah!!! 3/4 dari iman (sebab takut iman sendiri dah tak cukup kuat)