Tuesday, March 20, 2012

Kebun kacang tanah Mak Ndak

Salam.

Saya ada kakak (tidak berkawin) yang jaga anak2 saya sejak mereka lahir dan sangat rapat dengan Along & Wardah. Mak Ndak jenis orang yang tak boleh duduk diam. Hobi dia bertanam dari rumput sampailah pokok-pokok hiasan & sayuran. Yang kelakarnya dah hampir 15 tahun saya duduk Kota Kemuning, saya tak kenal semua jiran kecuali rumah sebaris  atau yang berhadapan. Di kawasan rumah kami majoriti Cina dan ramai golongan emas yang tinggal dirumah anak-anak mereka. Jiran kami baik2 semuanya...Ada yang memang asal dari Cina, India dan negara2 lain jadi selalulah mak ndak & mereka bersembang. Sikap Mak Ndak yang paling kelakar adalah kalut & cepat risaukan keselamatan budak2 walaupun rumah kami ada guard. Semalam dengan lasernya dia marah Mr. Foo driver van tuition Wardah sebab jalankan Van semasa Wardah masih berdiri di depan pintu Van. Skrip Mak Ndak "Mr. Foo, Wardah bukan Iqbal lelaki kuat, you tengoklah dulu baru jalan". Semua budak2 dalam Van gelak dan sayapun gelak. Ini aktiviti pertanian baru dia:-
Rumputpun dia tanam, jiran kami bagi dia, Bila cabut kacang tanah, dia rebus untuk kami dan kawan2 dia makan. Kalau lama jiran-jiran tak nampak dia, mesti tanya" Where's your mom?". Semua orang ingat Mak Ndak mak saya, nenek Along & Wardah. Apa barang Along & Wardah sayang, jangan cuba2 rosakkan, Mak Ndak mesti hangen satu badan, makan-minum budak2 dua orang tu dia jaga rapi, apa2 Along Wardah nak mesti dipenuhi tapi kalau pasal pelajaran dua2 mesti score. Along dapat PMR straight As dia nak beli motor tapi kami marah. Ini barang2 kesayangan budak2 tak boleh diusik oleh sesiapapun...Cubalah kalau anda berani!!! Mak Ndak membebel 2-3 hari.
Ikan Laga Kesayangan Along
Ikan Belon Along
Wardah cakap sebab Mak Andak tak kawen, fussy, kuat membebel & perfectionist. Selalu Auntie Ida jiran kami selang  baris rumah marah Wardah, "Mak Ndak yang tulah manjakan adek, kalau bibik dah lama dia makan Adek dgn Along. Dah la masa kecik lahir je 4.3 kilo, baru 2 minggu 8 kilo, baby hulk hogan". Wardah mesti senyum malu2...Pastu Wardah, Along dgn anak2 buah Kak Ida Nadia dengan Hafiz pakat gossip Mak Ndak & Kak Ida dengan 2 orang guard yg jaga kawasan rumah kita orang.

10 comments:

  1. Assalamualaikum MAK WARDAH
    Mohon izin singgah. Terima kasih sudi ke blog saya.

    Beruntungnya punyai kakak yang mahu tinggal bersama dan menjaga anak-anak dengan baik + penuh kasih sayang. Kalau "bibik seberang" yang jaga, rasanya tak mungkin sama kualitinya. Alhamdulillah! Ketemu lagi.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Cikgu. Alhamdulillah, cikgu sudi buka blog bodoh saya ni. Inipun dibantu oleh Nini adek@rakan blogger yang baik hati. InsyaAllah ketemu lagi

    ReplyDelete
  3. besar pengorbanan mak ndak tu..sayang sungguh dia pada anak2 akak

    ReplyDelete
  4. Betul Irfa, dulu ada maidpun, dia jugak yang jagakan budak2 tu sebab takut anak2 terjatuh kalau bibik dukung. Kelakarnya kalau time dia kalut...kecoh satu Kota Kemuning. Masa dia jaga akak kecik2 dulu garang tapi dengan anak2 akak termometer dia turun..

    ReplyDelete
  5. wah!...boleh geng dgn Mak Ndak nih..sama minat..suka berkebun :)

    ReplyDelete
  6. Nanti akak rekomen Nini kat Mak ndak, Meh pindah Kota Kemuning...

    ReplyDelete
  7. Kota Kemuning jauh sgt..apa kata akak pindah Kamunting ajer? kihkihkih

    ReplyDelete
  8. Kamunting, Perak...Nini tunggu akak pencen, beli tanah buat rumah kat sana.

    ReplyDelete
  9. salam kenal :)

    bestnya dpt berkebun kan..sy pun suka tp apakan daya duduk atas kayangan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mamyharraz, mak wardah hepi sud jenguk. Duduk atas kaitsnganpun boleh bertani, kaedah fertigatipon Iris. Mamyharraz registered new .technology harraz sky fertigation. Take care

      Delete