Monday, March 19, 2012

Bomoh

Salam.

Berhati2 dengan manusia yang mengaku mampu menelek sakit anda. Berkongsi pengalaman saya sendiri mengikut rakan sepejabat ke rumah seorang wanita yang namanya saya rahsiakan di Pandamaran Klang. Kami pergi bertiga waktu lunch dan mungkin bomoh itu menilai kami orang berada2 padahal bertiada2. Beliau telah meneka penyakit setiap dari kami dengan mengurut kaki kami yang ditutup dengan kain hitam dengan membaca surah lazim. Wanita tersebut berkuku panjang, bertudung dan pada usia awal 40an. Setelah menggosok kaki kami di bawah kain hitam, dia menyuruh kami merasa samada bahagian tersebut panas atau tidak. Sekiranya panas maknanya ada benda halus tinggal di situ. Antara diantara kami dikatakan membawa "benda" itu sekali kerumah. Dia bertanya samada kami mahu menjemput "Nya" masuk. Pastilah kami tak mahu. lepas tu dia ambil botol kosong dan tutup kaki kami dengan kain hitam semula dan mulakan upacara memasukkan benda kedalam botol tersebut.

Nah inilah benda yang dimaksudkan dan boleh dilihat melalui Hp dalam bentuk negatif.
Ha tu dia, dah tua baru pertama kali tengok benda-benda mistik. Ternganga sampai boleh bawak ke syirik. Paling kelakar, dia beritahu kami ada pengerasnya bagi mengkebumikan botol tersebut yang berisi "Anu: masing-masing. Kami tanya berapa, dia suruh anak dia ambil pensel & kertas, dia kata harga standard kebumikan benda Allah tu RM250. Bayangkan dia dapat RM750 dalam amsa tak sampai 25 minit. Kami bayar dan balik. On the way balik kami bincang semula. Akhirnya kami sendiri ketawa sampai nak guling2 kat Restoran Pak Su Corner Seksyen 16, Shah Alam.  Logik, Sains kalau kita gunakan negatif semua cahaya akan didetect jadi ketulan2 hitam dan merah seperti darah diatas sekira ada warna merah berhampiran. Kami cuba pada makanan & minuman semuanya ada bintik2 seperti di atas. Bodohkan kami bertiga...Balik tu kami buat solat sunat, taubat saya tak akan percaya lagi perbuatan sedemikian. Lebih afdal saya sujud pada Allah sahaja. Kesilapan kami sendiri, terlampau pandai. Kaki kami panas sebab digosok oleh tangannya dan dibawah kain hitam yang memang memerangkap haba, gambar hitam dan merah itu pula adalah pantulan cahaya, gerakan benda itu berpunca dari pergerakan tangan kami sendiri & kedudukan cahaya. Aduiii...


9 comments:

  1. pengalaman mengajar kita kak...
    InsyaAllah...udah kak.jgn buat lagik mende2 camni..syirik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Nini, sebenarnya kita boleh buat semua sendiri dengan solat hajat & pelbagai kaedah. Kami 1st time, letih aje mak bapak hantar sekolah. Akak tak akan buat lagi

      Delete
  2. Jangan beri kesempatan pada orang macam ini... Diri mereka sendiri pun tak mampu nak bantu... apatah lagi orang asing.....

    ReplyDelete
  3. Word verification atau pengesahan perkataan itu tak perlu....

    Cadangan saja... Ramai juga tak berapa suka..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually akak tak setpun. Anyway tahnk you for your suggestion.

      Delete
  4. Saya memang tak berani pergi jumpa bomoh untuk berubat lepas dengar macam2 cerita orang kena rogol bagai..takut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, Dinas back to blog. Jangan sekali2 pergi sebab banyak bidaah sebenarnya & kita tak perlukan mereka sebagai perantaraan kepada Allah. Itu last Dinas..

      Delete
  5. agaknya sbb ada duit senang je membayarnya
    kalau kena kat saya konfem putih mata la dia..
    mana ada bawak duit sebanyak itu kalau ke mana2..hehe

    ReplyDelete
  6. Bukan byk duit irfa, tp malas nak byk cakap. Kl duit lebihpun baik hantar rumah anak yatim.

    ReplyDelete