Thursday, March 29, 2012

Sampai hati kamu....

Salam.
Hari ini, seorang sahabat telefon beritahu saya, anak gadisnya sebaya Along tidak mahu pulang ke rumah kerana tidak tahan paksaan ibunya yang memaksanya solat dan belajar. Sedihnya saya kenal anak ini, anda hidup semua lengkap disediakan ibubapa, kalau lari dari rumah sanggup tinggal di rumah kawan, anda betul2 anak yang tidak tahu diuntung. Solat & belajar perkara paling mudah...malu auntie kenal kamu. Harap kalau kamu bukak blog auntie, kamu baca & muhasabah diri. Ubahlah sikap sebelum kamu menyesal yang tiada penghujungnya....Ini lahir dari seorang Ibu sama seperti ibu kamu.

Setiap gerak geri dan tingkah lakumu,
Membuat hati ibu berombak rindu,
Setiap kerenah, senyum dan tangismu,
Membuat hati ibu terisi selalu,
Setiap rajuk, tangis dan tawamu,
Membuat hidup ibu indah sekali.

Ibu bangga ada kamu, Ibu sujud syukur ada kamu,
Ibu belai tubuh mongelmu, Ibu usapi kulit halusmu,
Ibu pastikan segala yang terbaik buat kamu, Ibu jauhkan segala yang cela darimu,
Ibu untukkan kamu makanan berzat, Ibu sekolahkanmu cari ilmu dunia & akhirat.
Waktu bayimu detik paling sukar tapi terindah bagi ibu,
Waktu bayimu detik yang sukar diungkapkan perkataan buatmu,
Waktu bayimu Ibu masih muda dan baru berkerjaya,
Waktu bayimu baru Ibu tahu bahagianya jadi Ibu
Tidak pernah Ibu lupa harijadi kamu,
Tidak pernah Ibu lupa hari pertama gigi susumu tumbuh
Tidak pernah Ibu lupa saat gigi kekal pertamamu tumbuh
Tidak pernah Ibu lupa saat kamu pertama kali jejak kaki kesekolah
Tidak pernah ibu lupa tentang kamu....walau sehalus perkara sekalipun.
Dikala remaja menjengah tiba, Ibu sentiasa memantau kamu,
Dikala remaja menyapa emosi kamu, Ibu sentiasa memerhatikan kamu,
Dikala remaja dibanggai kamu, Ibu sentiasa berkawan baik dengan guru kamu,
Dikala remaja menyerap budaya hitamnya pada kamu, Ibu pastikan tidurmu diiringi bacaan Yasin,
Dikala remaja memeriahkan hidupmu, Ibu yakinkan hati bahawa Allah sentiasa melindungimu.

Anak-anak,
Jangan marah adakala Ibu menyebok,
Jangan marah adakala Ibu membebel,
Jangan marah adakala Ibu bertegas
Kerana...
Kasih sayang Ibu adalah kasih sayang paling luhur di dunia,
Kasih sayang Ibu adalah senilai dengan nyawanya sendiri,
Kasih sayang Ibu syurga balasannya.


16 comments:

  1. :') harap insan tersebut diberi hidayah :')

    ReplyDelete
  2. memang tepatlah diumpamakan syurga itu dibawah telapak kaki ibu.

    nukilan seorang bapa pula ada di sini ..

    http://al-lavendari.blogspot.com/2010/01/kasihnya-ayah-kasihnya-anak.html

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar, semoga Allah lembutkan hati sang anak kembali ke pangkuan keluarga ... sedih bila baca kes2 gini kak...masa muda remaja mmg apa yg ibubapa suruh serba tak kena, hidup dgn kawan2 terasa lebih indah dan bermakna ...sedangkan di luar tu macam2 berlaku sebaliknya ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah mak encik, moga2 remaja ni berubah.

      Delete
  4. dia lupa ke dalam ic dia ada ditulis agama : ISLAM


    takde agama yang tak menyuruh umatnya bersembahyang...even agama Kristian,Buddha pon pegi sembahyang!!

    moga cepatla adik tu dapat hidayah..risau sgt dgn anak-anak zaman sekarang..tak takut lansung akhirat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takut jugak dengar anak kawan akak ni, Nini.

      Delete
  5. Sedihkan...
    Betapa sukarnya mereka membesar dan melahirkn kita....
    Aduhaiiii anak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doa akak anak2 kita dijauhkan sari gejala2 negatif begini.

      Delete
  6. muga anak itu sedar akan kesilapannya

    ReplyDelete
  7. Astaghafirullahalazim..Semoga anak itu diberi petunjuk & hidayah olehNya..

    ReplyDelete
  8. Itu hari ini... Kelak masa depan tak tahu laa... Anak WuMing masih lagi kecil...

    Harap dia besar nanti tak lah degil... Dan buat bukan-bukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak doakan anak2 kita semua berjaya dunia & akhirat.

      Delete