Monday, April 23, 2012

Personal Assistant a.k.a Pembantu Peribadi

Sahabat bloggers,
Syukur saya ada juga pembantu perempuan ini. Namanya Nur Wardah, tugasnya adalah temankan saya shopping, ke pasar & kedai. Dia pandai shopping lebih pandai dari saya, upahnya tinggi. Saya beli sehelai diapun beli sehelai. Saya facial muka kat De Wajah diapun facial jugak. Kalau dia nak apa2pun saya tukang sponsor. Pelajaran Kemahiran Hidup dia saya yang bantu, dia sekarang baru pandai masak cekodok bawang.
Pemakanan Wardah berbeza dengan Along yang pantang bawang dan sayur, Wardah mesti ada sayur dan bawang,mak ndak masak dua versi setiap hari. Kelebihan Wardah sayang & lembut pada adek2 walaupun dia adek. Amjad sayangkan Wardah dan Along sangat2. Wardah & Along sayangkan adek2 jugak tapi tak sedalam kaseh sayang adek2 pada mereka. Along bercakap secara lantang dan terbuka, Wardah diam dan susah nak berkata lantang dan telus. Along berani bersuara tetapi Wardah penakut. Wardah cerewet dari segi memilih pakaian dan benda2 berkaitan dirinya. Wardah mudah mengalirkan airmata tetapi Along susah menangis kecuali masa saya accident. Baru2 ini kami dinner disebuah restoran live band di Seri Muda, Shah Alam. Wardah mengeluh tak selesa tetapi Along cool aje. Wardah pembantu peribadi yang baik kerana dalam diri Wardah ada sikap mengalah pada adek2. Sabar sekalipun tidak pernah jentik Adek yang memang tengah lasak tetapi Along adakala tinggikan suara. Mereka bersepakat adek2 tidak boleh dipukul. Along sukakan budak2 tapi Wardah hanya sukakan adek2 sendiri.
Live Band
Menyanyi lagu lama2
Makanan kegemaran Wardah
Budak Kecil kesukaan Along
Along selalu makan satay Aliff kawan sekolah dia

Wardah tidak memilih kawan, miskin kaya, cerdik atau kurang cerdik semua dia kawan tapi Along memilih dan hanya berkawan dengan rakan sekelas dan dia kenal rapat sahaja. Alasan Along, takut kawan2 yang tak berapa rapat kalau kawan rapat ada masalah. Saya selalu nasihat Wardah hati2 berkawan tetapi yakin Wardah boleh jaga diri. Bak kata budak kecik ni, Along denan Tatak Wardah kena baja pandai2 nanti adek nak masuk sekoyah. Adek nak dapat 20A PMR kalahkan Along 8A aje. Berapa subjeklah Amjad nak ambek...

Ya Allah, setiap anak ada kelebihan dan kekurangan kerana melengkapkan kehidupan saya, sampai hari ini saya tidak dapat memahami ibu Amjad & Adam, walaupun mereka lahir tanpa ikatan sah tetapi tidak ada rasa ehsan pada hati mereka. Dengarnya emak Adam lahirkan anak perempuan pula, tak tahu kemana adek Adam dihulurkan...Allah, tutupkan hati ibu Adam untuk berzina lagi. Semoga Allah sentiasa memberkati kita semua, InsyaAllah.

Ikhlas
Mak Wardah

12 comments:

  1. subhanallah..moga Allah bukakan pintu hati ibu Amjad untuk bertaubat..sedih saya kak bila tengok anak bangsa kita sendiri masih hanyut dibawa nafsu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nini, sama2 kita doakan...kesian sebab yang terima akibat anak2 yang tak tahu apa2.

      Delete
  2. Sayangkan Wardah dgn adik2 dia tu dan boleh diharap membantu akak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nazayiena,

      Rahmatnya ada adek, Wardah ada lebij tanggung jawab. Dia tahu sedih tengok anak2 yang terbuang. Alhmadulillah adek2 buat dia hargai rezeki dan kepentingan jaga diri

      Delete
  3. Wardah yg masih anak-anak pun sayangkan budak-budak tak tahulah bagaimana perasaan ibu amjad dan adam tu... tak serik-serik dan macam tak takut dosa... na'uzubillahiminzalik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakzakie,

      Saya doakan mereka berhenti & bertaubat. Kesian anak2 yang tidak berdosa, bahaya nasab yang tidak ketahuan.

      Delete
  4. memang anak2 ni didatangkan dengan sikap dan sifat berbeza. kesian kat kanak2 yg dua orang lagi tu. tergamak betul la maknya tu. semoga dibukakan hatinya utk bertaubat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Moga Allah bukakan hati mereka berhenti membuat maksiat & kembali ke jalan Allah. Kesian pada anak2 ini

      Delete
  5. salam perkenalan.


    Datang dari blog Irfa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi blogwalking. Salam persaudaraan juga dari saya

      Delete
  6. salam kak,

    semoga Allah sentiasa melindungi kita semua ...
    sedih .... semoga Allah turunkan rahmat, dibukakan hati kembali ke landasan yang benar ke atas mereka2 yang alpa ni ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ameen, betuk mak encik kita hanya mampu doakan

      Delete