Tuesday, May 1, 2012

Alhamdulillah...Hujan Rahmat Hari Pekerja

Senja di Kota Kemuning dengan hujan lebat. Jiran2 sunyi sepi sebab ramai yang keluar berjalan2 sempena cuti Hari Pekerja. Kami tidak kemana2 sebab 16 Mei bermula peperiksaan setengah tahun. Anak2 saya mengulangkaji pelajaran (tekanan dari guru besar a.k.a EMAK).
Ya Allah, kusyukuri hujan rahmat yang diturunkan...hari panas terlampau yang dilalui memang memenatkan. Setiap kali diduga dengan cuaca panas kering, kesihatan juga terganggu. Allah Maha Mengetahui, diturunkan hujan dari langit bagi mengimbanginya. Maknanya apabila kita diduga Allah mesti ada kebaikan di sebalik setiap dugaan.
Senja di Kota Kemuning dan hujan yang mencurah-curah sekurang2nya menyejukkan bumi. Padang permainan di hadapan rumah kami sunyi sepi.
Edible Garden saya turut dilimpahi hujan rahmat dan dalam hati saya sentiasa berdoa supaya anak2 saya boleh menerima setiap ilmu yang mereka ulangkaji. Tangga kayu tepi dinding tu hakmilik tukang baiki rumah, dia tertinggal dan saya tak sampai hati nak buang. Ya Allah, aku memohon kepadamu, lindungilah dan berkatilah setiap penghuni rumah ini dan jadikanlah kami orang2 yang bertakwa dan bersyukur di atas setiap kurniaMU termasuklah rakan2 blogger saya. Ameen

Terimakasih kawan2 kerana sudi membaca (Perasan macam ada orang yang baca).

8 comments:

  1. salam kak,

    ameeennnn...
    hujan lewat petang / malam di sini ...
    sejukkkk sket, siang td mmg panas sungguh...

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam.
    Betul ME, tengahari u air cond tak rasa dalam rumah. Kalau anak2 kecik lagi senang demam, batuk & sebagainya. Kesian budak2.

    ReplyDelete
  3. asalam ... hujan hujan nie ... jika pekena kopi o ... sedap ..tq

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalan. betul ajak akak semalam buat kopi o panas minum petang dgn cakoi...bersemangat kami.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Lama tak meninggalkan komen. Semalam hujan, hari ni pun hujan. Sejuuk je. Beberapa hari sebelum tu panas terik kan. Syukur Alhamdulillah atas rahmat Allah.

    ReplyDelete
  6. Ada orang yg baca tau :)

    Saya doakan semoga anak2 Mak Wardah dapat menjawab soalan peperiksaan dengan tenang & cemerlang, amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dinas, akak pun mngaminkan do dinas, amin.

      Delete