Monday, April 2, 2012

Pokok Periuk Kera

 Ini adalah pokok periuk kera dalam spesis yang terancam. Menurut kaum Semelai, air yang tersimpan dalam periuk kera ini mampu menyembuhkan demam panas. Uniknya, apabila air embun atau hujan masuk, daun bahagian atas akan tertutup.
Ianya sukar ditemui dikawasan lain, hanya di Tasek Bera dan ramai orang tidak tahu khasiatnya. Saya harap kami mampu memelihara spesis ini untuk pengetahuan anak cucu.
Saya akan keluarkan lagi pokok-pokok herba seperti ini.

18 comments:

  1. pernah jugak terpikir nk bela pokok nih..tapi bila memikirkan tangan Nini ni jenis tak berapa mesra pokok..simpan ajelah angan2 tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nini, ini bukan pokok periuk kera hiasan tapi dia ada habitatnya sendiri. Pokok periuk kera biasa selalunya dibuat bungkusan pulut atau tapai. Ini special spesis...

      Delete
  2. OOOOOOOO mak wardah... lama tak jumpa pokok periuk kera ni... hehehehe

    ehhh pokok pakma tak de ker? pokok pakma kitaorang kecik jer... bau pon tak ler busuk mana pon hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. MR, ini kalau nak jumpa ada di Tasek Bera atau Tasek Chini...temapt lain tak dijumpai

      Delete
  3. Kitaorang kecik-kecik tak tau pon kegunaan pokok periuk kera ini demam panas... Terima kasih atas info ini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MR, akak taupun dari orang Semelai, akak minum air dalam tu rasanya payau. Tak kotor sebab dia bertutup secara semulajadi

      Delete
  4. tak pernah jumpa lagi pokok ini

    ReplyDelete
  5. Teringat lagi belajar pasal pokok ni dalam buku Sains di sekolah kecik2 dulu :)

    ReplyDelete
  6. As-salam
    Walaupun sudah berkurangan, pokok periuk kera saya masih mengeluarkan periuk-periuk barunya (dan beberapa kali mengeluarkan bunga). Amat banyak periuk keringnya yang bergayutan sekarang. Sayang pula hendak membuangnya.

    Unik sungguh periuk kera yang dipaparkan itu. Setahu saya, "penutup" periuk itu, bila sudah terbuka, ia akan terus terbuka. Kalau boleh menutup, bila periuknya berisi air, memanglah unik. Hebatnya ciptaan Allah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cikgu. Pokok periuk kera ni bertutup secara semualajadi dan inilah program canning/packaging Allah secara semulajadi.

      Delete
  7. Spesies ni akak tak pernah nampak. Yang akak selalu nampak, tak pulak tertutup. Dulu masa pergi Sabah, byk jugak jumpa pokok ni dijual di Gaya Street Market. Tak boleh bawak naik kapalterbang jadi akak pun tak beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ kak. Nak jumpa kena pergi Tasek Bera. Take care

      Delete
  8. assalamualikum. terima kasih kerana singgah blog ayu..
    zaman sekolah rendah.. suka main pokok kera..
    masa baru2 kawin ada gak bela...

    mmg untuk berubat, tapi sayang.. cepat pupuskan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blog ayu best byk infos. Ayu periuk kera ni unik tumbuh dekat kawasan berpaya yg lembab

      Delete
  9. slalu nampak gambar, tapi tak pernak jumpa depan2. logik la kot sbb saya pun x pernah sampai tasik chini/bera..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Namapun Cik Sibuk, faham jela...Take care & tq sudi jengok blog auntie2 & granny2 ni

      Delete